Pindah Rumah

Dikirim Mac 15, 2007 oleh Fuad
Kategori: Maklumat Umum

Salam pertemuan,

        Blog ini sudah berpindah ke alamat baru iaitu: www.almaribuku.com

        Jemputla menziarah selalu. Terima Kasih..

-Fuad-

Hari-Hari Terakhir

Dikirim Mac 14, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

Semenjak dua menjak ni sume orang dok tanya.. Aik.. Ada lagi? Aduh2.. Terasa macam suma nk halau jek. Sepatutnya hari ini adalah last day saya. Namum kerna baik hati, sambung sampai ari jumaat. Padahal ganti cuti minggu lepas. ;-)

Buat mereka2 yang menganjurkan jamuan perpisahan, terima kasih banyak2.

Dengar cerita, kat KL-Selangor ni nak berbisnes senang. Tak tahulah. Kalo betul bagusla. Tapi pengajaran Gerai Iceblend, takleh wat sensorang, kene carik gak rakan kongsi kecuali kalo wat Full Time.

Blog ni jugak akan beralih ke alamat baru atas nasihat rakan2. Esok akan saya umumkan alamat baru blog ni. Dan dijangkaan blog akan diupdet selepas 2 minggu percutian. Begitu jugaklah akan saya lawati blog rakan2 selepas 2 minggu, iaitu awal bulan 4.

Sekian terima kasih. Majulah komuniti blog demi perkongsian ilmu dan ukhwah.

-Fuad- :-)

Kisah Kena Tag

Dikirim Mac 13, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan,

desktop.JPG

desktop_opis.gif

desktop_opis2.gif

Arini sesi menjawab tag. Telah pon di tag oleh Akirasuri.

Yang paling kiri tu desktop kat rumah. Lepas format aritu memang takdek ubah apa2 setting kecuali install Metastock 9.0. Memandangkan sound card problem tak repair2 lagi, komputer dirumah hanya digunakan utk tgk chart dan karang blog.

Yang ke-2 ialah rupa sebenar desktop kat opis. Sebetulnya sudah berapa lama tak buat clean-up sebab mmg jarang tgk desktop. Most of time akan tgk screen yang ke-3, desktop yang ditampal dengan note post-it maya. Dan post-it tu dah tak diupdate selama 2 minggu. Haha. Maklumlah target keje dan x penting lagi. Soon, I’ll be a free man. Slave no more. Freeedoooommm. Sekurang2nya untuk 2 minggu lagi. :-P

Itu saje untuk menjawab tag kali ini. Dan seperti biasa saya tak men’tag’ orang lain.

Sedikit update pasal akaun Gold Saving Passbook Maybank yang dibincangkan dalam entry sebelum nih. Aritu saya bertanyakan Maybank Cawangan Kota Bharu, Maybank kini tidak lagi menawarkan akaun baru utk di bukak. Frust betul. :-( Beruntunglah orang yang dah ada akaun tu. Huhu. Kene beli emas betul la plak camnih.

Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Permainan Hidup

Dikirim Mac 12, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan…

Haha..setelah seminggu. Saya demam sejak ari Isnin lepas dan kini kembali betugas. Fuh..dengan penuh keberatan. Nasib baek ada blog, ada alasan sket nk menapak ke opis dengan sedikit semangat untuk di gengam.

Minggu lepas, saya sebok mengulangkaji buku yang bertajuk Panduan Haji & Umrah keluaran Lembaga Tabung Haji. Hajat dihati nk pergi umrah yang dijadualkan pada 21 Mac 2007. Malangnya kerajaan Arab Saudi lambat keluarkan Visa dan impian saya terkubur (buat kali ini). Sebaik sahaja dapat berita yang teramat menyedih itu, seluruh hormon2 pertahanan tubuh saya mengalami penyusutan kualiti kerja yang amat ketara. Petang tu saya demam teruk.

Seingat saya, demam kali ini antara yang paling teruk sehingga saya mengalami mimpi yang amat menyeramkan. Mimpi Seram: Saya membeli saham dengan semua duit simpanan saya dan saham tu turun sikit demi sikit. Fuhh.. Boleh meracau di buatnya. Haha… :-P

Arini nk cite pasal buku saya saya baru beli sebelum balik kampung aritu. Saya sepatutnya naik bas pagi, tapi sebab malam tu xleh tido (mimpi seram antara sebabnya selain layan DVD… Best wooo cite Apocalypse) saya dah terlepas bas pagi. Maka merewang2 lah saya nk tunggu bas malam plak. Saya mencari satu buku yang lain dari yang saya dok baca selama ni. Saya tak mau buku berat pasal saham, perniagaan, self-improvement, psycology tapi saya nak carik buku dalam kategori ni jugak tapi dalam bentuk novel atau cerita lawak yang santai jek kandungan dia. Antara buku yang menarik perhatian saya:

  1. Traders, Guns & Money – Novel kisah kejahatan broker2 membaham duit2 para traders.
  2. Monkey Business: Swinging Through the Wall Street Jungle – Kisah 2 orang mamat Grad Havard & Wharton yang keje kat brokerage company
  3. Confessions of an Economic Hit Man – Kisah pengakuan pembunuh ekonomi negara2 lain. Bagaimana US menggunakan Hit Man ni nak musnahkan ekonomi sesebuah negara.

Akhirnya, saya terbeli buku The Game karya Neil Strauss. Asalnya saya menjangkakan buku ni pasal kisah benar pengamal NLP (Nuero Linguistic Programming) yang berjaya. Memandangkan harga nya antara yang terendah dan terletak dalam rak International Best Seller kat Borders dan juga tajuknya agak menarik pada kaki game macam saya.

Rupa2nya novel ni mengisahkan kehidupan seorang PUA, Pick-up Artist. PUA ni golongan yang menggunakan skill mereka samaada ilmu psycology atau NLP atau trial & error untuk menggoda wanita2 jelita. Misi mereka adalah ringkas, seduce & get laid. Buku yang tak sesuai utk orang2 yang berdarah sejuk (buaya darat) sebab buku ini akan mengajar mereka skill yang akan merosakkan lagi wanita2 di Malaysia. Bagi Lelaki yang baik hati dan saja nk gelak2 macam saya ;-) Buku ni ni memang best lawak tak ingatnyer. Bagi wanita2 yang tgk buku ni di baca oleh suami, tunang atau pakwe anda, berhati2lah. Hahak..

Life is a game. As long as you play by the rule (if you know the rule of course), you’ll get what you want” 

-Fuad-

Tip Elak Bayar Saman

Dikirim Mac 5, 2007 oleh Fuad
Kategori: Perkongsian Pengalaman, Saja2

Salam pertemuan, 

Sekarang ni saya tengah mengulangkaji buku yang tak berapa menarik pada tatapan umum. Kecuali bila terpaksa mengulangkaji macam saya sekrang ni. ;-)  Jadik, buat masa ni takdek ulasan buku dulu. Sekadar borak2 kosong..

Saya baru saje mendapat tip yang best. Tapi diharapkan korang pakai untuk diri sendirik jek. Nnti tak pasal2 blog ni di ban sebab mendedahkan rahsia kerajaan. Tipnya ialah bagaimana nak megelak dari membayar saman. Bila saja anda kena saman, terus sahaja menuju ke klinik yang terdekat dan mintak MC. Ya betul, loop hole dalam undang2 Malaysia, jika anda sakit anda akan terlepas dari saman, kononnya emergency. Tapi tak sume saman la, speed trap ke boleh kot. Tapi kalo parking tempat takleh parking pastu depan disko plak. Sakit pejadah nyer. Dan make sure MC tu tarikh dia sama ngan tarikh kene saman.

Jika anda tak sakit? Inilah perlunya berkawan ngan doktor2, atau kawen ngan doktor atau paksa adik2 korang blajar rajin2 supaya leh jadik doktor. Haha. :-P

Kenangan Silam: Pernah pegi satu klinik dan masa tu demam suam2 jek tapi ngayat doktor tu kasik MC. Seminggu lepas tu baru tau doktor tu sebenarnya wife bos besar. Huh.. Nasib baek dia tak cite kat laki dia. Kalo takkk.

Sehingga berjumpa lagi. 

-Fuad-

The Black Charisma

Dikirim Mac 2, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan,

Kata orang, setiap orang ada dia punya dark side. Identiti yang jahat tapi selalunya boleh menyelesaikan masalah yang kita hadapi (Pengaruh Anime Bleach) I wish I got the character as him (refer kat gambar di bawah). It will solve most of my problem. Raise ooo my dark charisma.. ;-)

Selamat bergembira sepanjang ujung minggu. Sehingga bertemu lagi..

-Fuad-

Harga Kijang Bertambah Mahal

Dikirim Februari 28, 2007 oleh Fuad
Kategori: Saja2

Salam pertemuan, 

kijang.jpgSejak 3 tahun lalu saya bercita2 nk bagi hadiah kijang emas kat Ayah saya. Harga bagi 1Oz Kijang Emas time tu dalam USD300++. Malangnya time tu baru keje, so paham2 jela. Dan kini bulan 3 ni besday Ayah saya datang lagi, dan saya mula mengusha balik Kijang Emas ni. Hasilnya saya dapati hari ini harganya telah mencecah USD667 for 1Oz. Damn.. So damn expensive. Huh, kalo saya beli dulu dalam masa 3 tahun boleh jadik 2 kali ganda dah nilai dia. Mana nk carik pelaburan yang ROI = 3.

Memandangkan harga sekeping kijang emas tu pon dah RM2474, maka saya kini nak mengusha Dinar Emas Kelantan plak sebagai alternatif. Haha. Kijang Emas oh Kijang Emas. Apsal la ko mahal sangat.

Sape yang berminat nk beli Kijang Emas ni kot2 ada isteri mengidam nk Kijang Emas, tapi takdak daging ler, leh rujuk website Bank Negara atau Maybank. Dan sape2 berminat nk beli Emas Dinar Kelantan, leh kirim kat saya nak balik kampung ni. Janji tak mark-up tapi akan dijual balik dengan harga emas semasa. Hehe ;-)

Sehingga bertemu lagi…

-Fuad-


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.