Almari Buku – Prolog
Salam pengenalan kepada semua pembaca,
Ini adalah post pertama saya. Sebagai pengenalan saya akan terangkan apa yang ditawarkan oleh blog Almari Buku ini. Sebelum tu saya nk ceritakan bagaimana tercetusnya naluri saya mewujudkan blog ini.
1) Semalam saya telah bersiar2 di Popular (kira window shoppinglah
) dan ternampaklah akan buku bertajuk “Blog Wild”. Buku ni dah direkemenkan oleh kawan saya, En. Razif (dulu bos tapi sekarang kire member la. harap2 nnti leh jadik business partner plak). Sebab saya ada budjet nk beli buku bulan ni, maka terbelilah akan saya buku tersebut. Hasilnya… terbitlah blog ini hari ini…
2) Saya suka baca buku terutama sekali berkaitan bisnes (keusahawanan), motivasi dan teknologi terbaru. Saya suka berkongsi faedah daripada buku tersebut dan berharap mendapat cadangan untuk buku2 yang patut saya beli. Cara yang terbaik adalah melalui blog ini.
Jadi, harap blog ini dapat membantu anda. Jika anda ada komen atau cadangan untuk buku2 yang berkaitan, saya amat menghargai jika anda dapat kongsi bersama…
Sebagai pembuka tirai, esok saya akan mulakan dengan buku berbahasa melayu yang cukup laris di pasaran dan kandungannya sgt berkesan dan menarik. Secara peribadi saya sendiri memulakan perniagaan sampingan saya (nk tahu bisnes ape, nntikan esok) selepas membaca buku ini. Saya telah meminjamkan buku tersebut kepada seorang wanita, tahukah anda apa yang berlaku? Dia telah meletakkan jawatan seminggu kemudian demi untuk memulakan perniagaan. Hebat bukan.. Tajuknya ialah “Menjejaki Jutawan Senyap” daripada Dr. Rusly. Nantikan….
-Fuad-
Ogos 10, 2006 at 11:37 pm
Tahniah dgn tehasil Blog ni, sama-samalah kita berkongsi pengalaman dari Blog ini
Ogos 11, 2006 at 8:25 am
Terima kasih abang roy..
Bila nk bukak Ice Blend kat Sarawak ni..? Ezly offer jadi stokis kat sarawak.. dah ada orang Miri bukak so bleh la ko supply powder kat dia di samping jual sendirik..