Menjejaki Jutawan Senyap

Salam Pembaca Almari Buku,

Seperti yang dijanjikan semalam, tajuk buku hari ini ialah “Menjejaki Jutawan Senyap” karya Dr. Rusly Bin Abdullah. Buku ni saya kategorikan sebagai keusahawanan dan motivasi. Mengandungi 222 muka surat (Saya habiskan dalam masa satu malam sahaja.. :-) ). Kupasan yang cukup menarik dan anda pasti tidak akan merasa bosan..

Sebelum kita teruskan dengan ulasan buku, saya nak ceritakan tentang pendekatan saya dengan setiap buku yang diulas.

Masa – masa yang di ambil bergantung kepada berapa byk pengajaran yang dpt di cedok. Setiap topik yang berguna memang berbaloi untuk dibincangkan dengan lebih mendalam demi kebaikkan bersama.

Perkongsian Pengalaman – setiap buku mempunyai kesan peribadi kepada saya kerana saya suke mempraktikkan apa yang saya baca. Saya akan berkongsi pengalaman dan anda mungkin juga boleh kongsi pengalaman anda dalam topik tersebut.

Buku berkaitan – antara masalah saya di kedai buku ialah saya mudah tertarik dengan banyak buku dan sukar bagi saya membuat keputusan ingin membeli buku mana terlebih dahulu. Slot ini saya reserve utk pembaca membantu saya. Harap2 sgt bantuan anda.

Untuk hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya tentang buku ini (simpan ulasan utk esok… :-P )

Akhir tahun lepas saya membeli buku “Petunjuk Jalan Kejayaan” dari Dr. Rusly dan saya dapati isinya sangat menarik dan saya terus mencari buku pertama beliau iaitu “Menjejaki Jutawan senyap”. Hasilnya awal tahun ini, saya telah mulakan bisnes part time iaitu jual Ice Blend. Kalau anda berminat boleh lawati http://www.myiceblenz.net/ , stakat ni En. Ezly memang memberikan sokongan yang sgt baik pada networker beliau (saya kira networker Penang).

Setelah cuba berniaga di bermacam2 tempat (tepi pantai, kaki lima dan shopping complex) hasilnya tak seberapa, modal pon tak berapa nak lepas. Sehinggalah sekarang saya berniaga di Pasar Malam, hasilnya memang bagus. Tapi ada rahsianya. Seperti anda tahu, sudah byk gerai iceblend di Pasar Malam Pulau Pinang apa yang saya buat untuk stand out of crowd (akan di bincangkan esok).

Semalam juga saya ada ceritakan berkenaan seorang wanita yang terus berhenti kerja setelah membaca buku ini. Namanya ialah Kak Izan, kerja sebagai cashier sebuah shopping complex di P.Pinang (Orang penang taulah, Cosmart Bukit Jambul). Memandangkan post hari ini dah panjang, kita simpan dulu cerita Kak Izan. Anda pasti tidak mempunyai alasan untuk mulakan perniagaan anda sendiri setelah mengetahui cerita Kak Izan ni.

Stakat ini dulu untuk hari ini..jumpa lagi esok.. Saya utang anda lagi:

1) Ulasan Buku “Menjejaki Jutawan Senyap”
2) Marketing approach yang digunakan perniagaan Ice Blend pasar malam saya
3) Kisah Kak Izan yang cukup berani.

-Fuad-

About these ads
Explore posts in the same categories: Buku Motivasi

16 Komen di “Menjejaki Jutawan Senyap”

  1. cikguonline Berkata:

    Buku tersebut memang menarik… setelah menunjukkan buku tersebut kepada abg ipar saya rupaya dia kenal (rakan sama-sama berniaga dahulu) terus dia menghubungi Chef li tersebut dari no yang terdapat dalam buku yang saya beli tu.

  2. Fuad Berkata:

    Wah..kira kawan lama jumpa melalui buku lah. Heh. Apapun..thanks for the comment cikgu..

  3. dayah Berkata:

    yer,buku tu amat bgs..sy juga teruja untuk memulakan perniagaan menjaja tu, tp ade jgk halangan yg tak dpt dielakkan..trskan bercerita pengalaman awak, sy ingin tahu :)

  4. dayah Berkata:

    ohh…ribu jgk modal nk bukak stall iced blend ni ek?

  5. Fuad Berkata:

    Dayah, kalo betul2 berminat saya syorkan kongsi. So lebih kurang RM1500 setengah sorang.. lagipon x lah penat sgt compare dgn wat sensorang…dalam 1 bulan agak2 dah balik modal dah kalo rajin wat tiap2 hari… Saya amat sarankan bukak ice blend terutama tempat yang takde lagi.. Thanks for the link in your blog :-) I’ll put yours here too..

  6. roshaizul Berkata:

    aku dah baca buku tu. memang menarik. jangan ingat orang yang jual tepi jalan tu takde duit….

  7. jan Berkata:

    di mana sy boleh beli buku petunjuk jalan kejayaan,biar kecil asalkan berhasil,okb

  8. hairi Berkata:

    saya nak jemput anda untuk satu sesi seminar dikangar. boleh tak bagi no tel h/set

  9. su Berkata:

    beli la bku ni…klw x pn cri r kwn2 y ad beli pinjm n bace…seriously mmg akn motivate korang……

  10. bajet Berkata:

    Sekarang dah masuk buku keempat,’AKU TAK NAK MISKIN’.Chef Li dah dapat gelaran Dato’ pun.
    Pendekatan biz yang lebih dekat dengan sosio budaya melayu yang perlu digerakkan dari bawah.

    Tidak seperti bisness ‘express’ beberapa syarikat ICT,seperti MIRSB yang baru muncul,meransang semangat biz orang Melayu tanpa mengenalpasti kemelut sedia ada yang membelenggu bangsanya sendiri.

  11. qamas Berkata:

    huhuhu. mmg larh. mcm x prcaye je klu bc buku nih. mmg ade ke seorang pnjual makanankat passar malam buly dpt 800 sehari. ini mmbuatkan sye rase ingin mncuba.

  12. ddy Berkata:

    Baca buku chef li telah buat saya menceburi bidang bisnes yg saya sendiri tidak terduga sama sekali..tahniah datuk chef li.. percaya lah..Baca buku menjejaki jutawan senyap akan membawa banyak perubahan diri kita maupun kepada keluarga…

  13. rozi osman Berkata:

    Saya pernah membaca buku menjejaki jutawan senyap.memang saya sangat teruju bila membacanya.tapi buku itu saya pinjam dari kawan.dan sekarang saya berusaha mencari buku tersebut utk memilikinya dan membaca lagi

  14. Yusairi Berkata:

    Buku menjejaki jutawan senyap memang best!Rasa teruja nak jadi jutawan.Chef Li telah menunjukkan bahawa sebenarnya memang ada jalan menuju jutawan kalau kena dengan caranya.Jutawan senyap yang dipaparkan sebenarnya bukanlah orang yang dilahirkan jutawan tetapi orang biasa yang bijak merebut peluang terhidang.Ada antara mereka meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sudah bergelar jutawan.Segala usaha meeka berbaloi,tidak seperti jutawan2 MLM dan sebagainya yang bergelar jutawan hasil titik peluh orang lain dan menonjolkan diri di merata tempat.Jutawan senyap adalah jutawan low profile!
    Syabar Cef Li kerana mendedahkan rahsia jutawan senyap yang ada di antaranya berasal dari negara seberang.Sekiranya mereka boleh,mengapa kita tidak?Ayuh!Buktikan,dengan jalan kekayaan yang terbentang luas di bumi Malaysia yang aman,makmur & maju ini..

  15. web tools Berkata:

    I always used to study article in news papers but now as I am a
    user of web thus from now I am using net for posts, thanks to web.

  16. Ingrid Berkata:

    I blog quite often and I truly thank you for your content.

    This great article has really peaked my interest.
    I’m going to bookmark your blog and keep checking for new details about once a week. I opted in for your RSS feed too.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: