Paham tak..?

Salam semua,

Hari ni saya nak cakap pasal bahasa.

Semalam Pakcik Mat perkenalkan anaknya, Fazli kepada saya. Pakcik Mat boleh dikatakan bapak sepupu saya (sepupu Ayah saya). Kira Fazli ni dua pupu sayalah. Jenuh jugak saya semalam sebab kene cakap dua loghat dalam satu masa :-), dgn Pakcik Mat ckp Kelantan, ngan Fazli plak ckp Sarawak (isteri pertama Pakcik Mat orang Sarawak).

Walaupun penguasaan loghat tidaklah terlalu kritikal bagi rakyat Malaysia, tetapi kesan nya masih ada walaupun minima. Pelanggan akan lebih mesra jika peniaga menggunakan loghat atau bahasa ibunda mereka (Tak Semua..!, ada jugak yang rasa ckp KL baru ada class ;-))

Secara peribada saya nk cuba nilai loghat yang saya boleh la pakai (at least boleh la ckp)

  1. Kecek Klate – 100% skill :-) Tanah tumpah air ku.. hahak
  2. Cakak Ganu – Loghat dah ok, mungkin istilah tertentu tak tau. Blajar masa keje Petronas. Ramai geng technician orang terenganu.
  3. Cakap Utagha – Ramai membe orang utagha lagipun bahasa yang paling senang nk ikut. Mungkin istilah tertentu yang jarang di pakai je tak tahu.
  4. Cakap KL – no hal punyer.
  5. Klakar Srawak – stakat borak2 boleh la. Bagi saya bahasa sarawak bukan di kategorikan loghat tetapi bahasa. Sebab vocab dia memang byk tak sama (cthnya Klakar = cakap, sik = tidak, auk = ya, memang berlainan).

Kayu pengukur bahasa yang selalu digunakan ialah “Ular Melingkar Atas Pagar” saya rasa mungkin masih raleven. Cuba kita kaji,

  • Melaka – Ulau Melingkau Atas Pagau
  • Utara – Ulaq Melingkaq atas pagaq
  • Kelantan – Ula melika atah paga
  • Terengganu – Ulo melika atah pago
  • Sarawak – Saya blank.. heheh..

Mungkin ada yang boleh tolong saya utk loghat Negori, Pahang, Perak (segan dok stadi kat perak 5 tahun tak padai cakap perak – takdak orang Perak nak ajor teman), Johor dan lain-lain.

Kesimpulannya:

  1. Bahasa boleh membantu anda menjadi lebih mesra pelanggan.
  2. Sungguh byk loghat dan bahasa di Malaysia ni (campur Jawa, Iban, Melanau.. huh botak kepala nak blajar sume tuh)
  3. Sayangilah bahasa anda. Bahasa budaya bangsa.
  4. Lagi banyak bahasa yang anda tahu, lagi luas pasaran anda (Pakcik Saya ditukarkan ke Cawangan Bank Islam Penang semata2 kerana Dia terer ckp Cina. Bank Islam nk cuba capture market kaum Cina di Penang)

Fuad: Teringin blajar bahasa Jepun (Slalu layan anime.. keh keh)

Kita teruskan plak dengan asas terakhir dalam Rich Dad Poor Dad iaitu ‘Work to Learnt, Don’t Work for Money’. Dalam menerangkan asas ini Robert Kiyosaki menceritakan kisah hidup nya memilih kerja bukan kerana gaji tapi kerana ilmu yang nk dituntut. Perkerjaan Robert Kiyosaki ialah:

  • Kelasi kapal – untuk belajar perdagangan
  • Tentera – untuk belajar kepimpinan
  • Jurujual – untuk belajar cara menjual dan menangani rejection
  • Kerja2 sampingan lain spt berkerja di jabatan akaun, pekerja buruh, pemasaran dll.

Setelah dirasakan ilmunya sudah mencukupi, Robert Kiyosaki memulakan perniagaannya sendiri. Pesan Ayah kayanya, mulakan perniagaan sendiri sebelum berumur 30 sebab jika muflis, anda mempunyai masa utk bangkit semula.. :-)

Sebelum mengakhiri ulasan buku Rich Dad Poor Dad ini saya nak highlight satu pesanan penting Robert Kiyosaki kepada bakal orang kaya : Give and You Shall Recieve.

Okes. Sehingga berjumpa lagi.. Chiaw…

-Fuad-

About these ads
Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

7 Komen di “Paham tak..?”

  1. akirasuri Says:

    he he he setakat ni saya
    1. jawa-bahasa ibunda belah bapak, tapi iso ngomok sitik2 waeh…
    2. cina- bahasa ibunda belah ibu, tapi tak reti atas alasan2 yang tak dapat dielakkan…
    3. loghat utara- boleh la sebab dah berkawan dan duduk study kat utara ni dekat nak 3 tahun..
    4. loghat kelate-boleh la sebab duduk kat kelantan hampir 3 tahun tapi ada la iras-iras orang siam nak belajar cakap klate…ha ha ha…
    5. loghat ganu- boleh sikit-sikit tapi ada la iras-iras orang puteh nak cakap ganu..ha ha ha..
    6. loghat melaka- fasih kot sebab dok melaka 2 tahun..
    7. loghat kl- erkk ape tu..ha ha ha…
    8. sarawak- boleh kot sikit-sikit…
    9. loghat johor- kompem la tau sebab asal memang johor pun..huhuhu

    huhuhuhu fuad, awak kelantan kat belah mana??

  2. fiq Says:

    fuad, hohohoho..mak kawe oghe tumpat, demo oghe klate,bakpo tok ghoyak awa2 xp

  3. Nyetok Says:

    bubuh la tagboard, mudoh sket nok letok mesej. =) peace

  4. Fuad Says:

    Akirasuri: Wah..wah..wah..surrender aa. 9 bahasa tu.. pergh.. tabik spring 3x.. Kampung sendirik kat Kg Demit, Kubang Kerian. Kg Mak, Pasir Pekan, Tumpat. Kg Ayah, Kangkong, Pasir Mas. Stadi di klate ke dulu?

    Fiq: Heheh.. stail demo mace mamat key el jah. Hahak..

    Nyetok: Gu, bleh tulun ajar dok. Aku bab2 blog ni tak sapa sebulan jagung lagi. Amat menghargai tunjuk ajar orang berpengalamang…

  5. Zairol Says:

    Loghat Pahang dengan Perak lebih kurang sama je.. “a” digantikan dgn “o” so jadilaa “Ulor melengko ateh pago” tapi satu yg menarik.. Loghat Melayu asal Sarawak yg biasa di kawasan Sarikei yg bunyi nya lebih kurang macam loghat sarawak tetapi dalam tuturkata org negeri sembilan.. Contoh loghat sarawak moden “sia” bermaksud situ tetapi org di situ akan cakap “sio” so bayangkan bile semua jadi O..

  6. Fuad Says:

    Tenkiu Abang Roy. Ko memang expert bahasa ni. Nnti leh tulih kamus loghat2 di Malaysia.. heh..

  7. yasin Says:

    saya org singapure, nk jinak2 ngan base malaysia.. hehe.. smpai mulot menggigel-gigel, menggeletar pn ade..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: