Pelaburan Dinar Iraq – Bernas atau Hampas?

Salam pertemuan pembaca sekalian,

Semalam saya didatangi surat elektronik (email) dari kawan saya berkenaan pelaburan Dinar Iraq. Memang sangat mengujakan jika dari dilihat peluang pulangan dan disokong oleh teori2 yang menarik. Yang lebih menjolok mata, jika anda memperkenalkan pelaburan ni, ada komisen yang sgt menggiurkan melalui program affiliatenya.

Apa yang bernas? Iraq sekarang tgh kegawatan ekonomi akibat perang dimana pertukaran mata wang 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Memang rendah yang teramat. Fenomena yang sama berlaku pada Dinar Kuwait semasa perang (Krisis Teluk Iraq-Kuwait) dahulu ialah bersamaan 0.1 USD tetapi sekarang bernilai 3.46 USD utk setiap 1 Dinar Kuwait. berbanding Kuwait, Iraq mempunyai simpanan yang jauh lebih tinggi dimana setakat ini hanya 17 daripada 80 telaga minyak yang digali. Sejarah jugak menunjukkan Dinar Iraq pernah mencecah harga USD 4 utk 1 Dinar. Kalaulah Iraq kembali pulih dah Dinar Iraq hanya mencecah USD 1 dolar utk 1 Dinar, ini bermakna pelaburan memberi pulangan 1400%. Dengan kata lain, anda laburkan RM1000 hari ini anda akan dapat RM1.4 juta apabila ekonomi Iraq sudah pulih. Jutawan..lalala.. :-)

Sumber Rujukan: http://www.mydinar.net

Apa yang Hampas? Maka saya pun buat la kajian awal berkaitan pelaburan yang nampak begitu gah dan masyuk nih. Perkara pertama yang saya lakukan, saya pastikan betulke nilai pertukaran matawang yang dinobatkan tu. Website yang selalu saya pakai ialah http://www.xe.com Memang sah, 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Tapi ada satu link menarik keluar bila Matawang Iraq Dinar dipilih, WARNING! Beware of Investment Scams Involving IRQ Iraq Dinar. Haha.. utk penjelasan lanjut boleh rujuk sumber rujukan di bawah.

Sumber Rujukan: http://www.xe.com/iqd.htm

Pendapat saya, saya tidak menyokong mana2 pihak dari segi potensi Matawang Iraq. Masing2 mempunyai teori tersendiri berkenaan potensi Dinar Iraq utk naik semula. Teori mana yang betul, terpulang kepada kehendak yang Maha Kuasa. Saya cuma meragukan dari segi hukum melabur dalam matawang. Pendirian saya, ia amat2 meragukan, no offense buat peminat FOREX (ini adalah pendapat peribadi dan tak layak diguna pakai sebagai penghujah hukum). Mungkin budak ekonomi boleh komen.. lama dah tak nyusahkan dia ;-)

Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda..

-Fuad-

Nota selingan: Saya rasa kalau kita buat perniagaan secara online, terutama jual barang amat elok kalo lepas pembayaran dibuat, penjual membuat panggilan kepada pembeli dan melafazkan akad jual beli. Apa komen anda?

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum

35 Komen di “Pelaburan Dinar Iraq – Bernas atau Hampas?”

  1. linn_comel Says:

    errm..saya pernah dengar tentang dinar iraq ni, setahun yang lepas ia sudah diwar-warkan oleh forumers dari forum buat duit. Teringin nak cuba, tapi bila fikir2 balik, saya pun tak pasti samada saya nak beli atau tidak. till now, saya masih tak terfikir nak beli dinar tersebut. Mungkin saya masih tidak pasti ttg hukum yg sebenarnya, jadi niat terbantut

  2. ad3ck Says:

    mmg byk giler scam skang neh..dulu aku la otai autosurf, hyip, dll..tp sekejap jer..byk site yg tetiber ilang..mmg ternyater most of them ialah sekam chinta(scam..hehe)..

    untuk menjawab nota selingan ko, memang elok kiter hubungi pembeli utk lafaz jualbeli (or berteima kasih, dll), tapi aku personally rase care tuh kurang praktikal..aku penah tanyer soalan kat cikgu (ker ustaz, tak ingat) pasal akad jual beli utk mesin minuman, yang takder penjual..kiter masukkan syiling and dapatkan minuman pilihan..(konsep jualan melalui mesin minuman lebey kurang samer ngn konsep jualan online)..as long as kiter bersetuju membeli dari ‘mesin’ tuh, maka jual-beli tersebut selesai..

  3. aku Says:

    pasal akad tu.. kurang pasti (nama jer ngaji maahad huahuahua)

    beli barang sekarang pon dah tak akad (aku le) kecuali beli makanan.. tu pon jarang2..

    pasal dinar iraq tu, hmm.. memang sangat tertarik.. dah penah dengar, tapi takut kene scam..

  4. soulof99 Says:

    Kalo emas nak gak beli. Ni duit kertas je.. mane tahu nnti die gi hapuskan matawang tu. Tak ke naya…

  5. akirasuri Says:

    eheh…ini sekadar pendapat sayalah ya [cerita bohong aja]…mungkin akan membebel panjang barangkali..ha ha ha…baiklah, buat masa kini, matawang dinar iraq tu memang deficit [berikutan peperangan] dan dijangka akan meningkat pada masa hadapan dengan andaian ekonomi iraq akan kembali kukuh dengan pertumbuhan GNP yang memberangsangkan pada masa hadapan…tambah lagi iraq ni terkenal dengan black gold-nya…

    oklah, bila kita dah buat andaian ni, maknanya kita sendiri tak pastikan betul atau tak nilai dinar tu nak naik kan kan kan, bukan ke ni kiranya kita bermain dengan risiko??bila dah bermain dengan risiko ni bermakna kita sudah masuk dalam keadaan ketidakpastian yang mana di dalam islam sendiri, unsur ketidakpastian ini adalah haram sama sekali [kepada yang arif, sila betulkan, saya budak-budak baru belajar kalau salah tolong tegurkan]….

    sebenarnya dalam sistem kewangan konvensional yang diamalkan sekarang, kita menggunakan fiat money [wang kertas] ni, untuk menentukan harga sesuatu matawang adalah ditentukan oleh demand and supply dalam market…bila eksport ke atas sesuatu negara tu meningkat, makanya demand ke atas currency dia pun meningkat dan ini seterusnya mengukuhkan kedudukan nilai matawang negara itu sendiri…melihat kepada senario keadaan sekarang, saya tidak melihat iraq itu mengeksport barangan [minyak sendiri bukan dieksport tapi dicekik darah oleh pihak US melalui syarikat minyaknya EXXON] bahkan iraq sendiri mengimport barangan dari negara luar, ini sudah menunjukkan BOP-nya adalah deficit…dan keadaan ini kalau ikut teori kewangan yang kita amalkan sekarang, memang currency iraq sukar mahu naik….kalau Iraq ada emas dan bijak menggunakan black gold dia dan tidak terikat dengan US, saya pasti Iraq memang boleh bertumbuh kembali….

    lagi satu, emmm dalam sistem kewangan konvensional ini sendiri, kita sememangnya mengamalkan riba…dalam apa-apa jua jenis urusniaganya memang ada riba…dan pada pendapat sayalah sebenarnya pelaburan dalam matawang ini sbenarnya ibarat berjudi, bermain riba dan bermain dengan risiko ketidakpastian [ini pendapat saya sahaja, sila bertanya dengan ustat yang lebih arif]….

    nasihat saya, sebelum mahu melakukan sesuatu pelaburan, kajilah terlebih dahulu pelaburan tersebut…pastikan pelaburan kita bebas dari unsur-unsur yang haram tersebut….jangan mudah tertipu dengan janji-janji bunga sesuatu pelaburan tersebut…tapi sungguh saya katakan, sistem kewangan yang kita amalkan sekarang ini sememangnya melibatkan banyak unsur-unsur yang haram…tapi mahu buat macam mana, lahir-lahir kita, memang sudah guna sistem konvensional ni…sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya…

    tapi kalau kita guna dinar emas [emas tulen 93.3gram], dan kembali kepada sistem kewangan islam, saya pasti, semua unsur tersebut dapat dielakkan…apa yang penting sekarang ni, kita sudah ada pelaburan berlandaskan syariat, jadi apa lagi, ayuh melabur dalam pelaburan yang mengikut syariat Islam….semuanya antara mahu dan tidak, apa lagi, tepuk dada tanya selera…

    wallahualam….

    nota: saya budak-budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan…bro fuad, maaf mengomel panjang sangat :D

  6. Slie Says:

    akad jual beli tak semestinya melalui suara. resit pembelian dah dikira akad jual beli.

    kalau nak jual online, sebaiknya buat satu kotak utk ditanda (tick), saya beli barang sekian-sekian dgn harga sekian-sekian. then confirmation page bleh letak saya jual barang sekian-sekian dgn harga sekian-sekian. itu dah kira akad jual beli. (ada lafaz/hitam putih jual & lafaz/hitam putih beli).

    wallahu a’lam. kalau salah tolong betulkan. tapi inilah dari pemahaman dan pembelajaran aku.

  7. fiq Says:

    xtau nak komen ape.. aku baca akira punye komen terus kelabu mata2 aku.hahahhaha

  8. E-One Says:

    ada gak aku sembang dgn sorang pakar ekonomi ni.. pasal wang kertas… hehehe… anytime depa boleh jahanamkan nilai wang kita (mcm berlaku bbrp thn lepas)… dan paling teruk bila Yahudi yg pegang bank dunia tu tiba-tiba batalkan nilai wang kertas kat dunia ni… kertas-kertas yg ada dalam dompet kita tu dah xde nilai, sama gak dgn duit kat bank (walaupun nilai wang kertas adalah disandarkan pd emas yg disimpan oleh bank negara)… kalo duit kita terbakar pun, lesap le value dia kan… rasanya semua tau kan Yahudi yg cipta sistem interest and wang kertas… depa mesti ada muslihat jangka panjang tu… perkara ni mungkin akan berlaku suatu hari nanti… (kalo sapa2 ingat kisah matawang pokok pisang masa jepun dulu tu…)… sebab tu Dr Mahathir cadang gunakan dinar emas coz apa yg kita perdagangkan bukan kertas, tapi emas itu sendri. jadi, ada gak yg cadangkan kita simpan emas drpd simpan duit… coz selamat, stabil and ada harga tetap… dari zaman sblm firaun sampai sekarang, semua org nak emas… FYI, harga emas skrg tgh naik lg… tapi tu le, takan nak simpan jongkong emas bawah rumah (mcm citer P.Ramlee tu)… hehehhe… wallahu a’lam. kalo salah olong betulkan, tapi ni lebih kurang pahaman aku.

  9. labanon Says:

    Wah…bagus jugak tu jangan akad nikah sudah huahua2 Wah aku klu ader perkataan Jutawan jer bersinar-sinar mata keh2

  10. Fuad Says:

    Linn: Kalo linn melabur dah setahun la duit tu lepak tak wat apa2 ye…

    Ad3ck: Ooo tak praktikal ye. Aku pon tak tau gak sebab tak pernah buat perniagaan online jual barang…

    Aku: Kalau tak salah aku, buku feqah tingkatan 2 (kaler kuning) asek pasal hukum bai’ (jual beli) lebih setengah tahun tak abes2 jugak. Tapi aku tak ingat ape dah.. Kita serupaaaa.. ;-)

    Soulof99 : Antara risko pelaburan matawang..

  11. Fuad Says:

    Akirasuri: Waaahh.. As expected of my future Marketing Advisor … & aunt in law.. Hahak.. Jangan Maree aaa.. nnti kurus pahala pose..

    Slie: Ya ya betul. itulah pendekatan digunakan oleh bank2 mengamalkan kaedah Islam di Malaysia. Akad jual beli pakai sain jek. Teringat Ayah aku dulu sound orang bank nk akad pakai kertas je.. Padahal boleh jek lafaz akad depan2.. bukan susah pon.. heheh.. Apapun pendapat aku kalo mampu buat cara yang betul, apa salahnya di amalkan. Terbitnya persoalan ni adalah hasil pemerhatian aku, aku beli barang / service ngan Orang M’sia memang janji bayar pastu bagi produk kira beres. Kalo orang luar esp Mat Saleh, aku bayar jek derang kol konfemkan, ucap terima kasih, tanya kalo ada masalah. Mungkin kita boleh belajar dari derang utk menjadikan ini praktikal utk diamalkan. Sekadar cadangan..

    Fiq: Hahak.. kelabu mata tu kira ok dah tu Fiq..

  12. Fuad Says:

    E-One: Haha..abesla dah sebut pasal dinar emas. Melatah nnti Cik Akirasuri kita.. Meh2 beraya umah aku, bagi duit raya dinar emas.. :-P

    Slie: Tenkiu.. Link yang menarik.

    Labanon: Insya Allah tak lama lagi jutawan la ko. Aminn.. :-)

  13. akirasuri Says:

    erk aunt in law…ee perasan betul orang tua ni…ha ha ha…pokcik!!saya nak datang rumah pokciklah…dapat duit raya dinar emas ek..nak nak nak :D

  14. krul Says:

    ahuk..ahuk..ade sape sebut ‘peminat Forex’ ke tadi? hehehe

    Pada pendapat saya lah,dinar iraq memang ade potensi besar untuk menguat.tapi ni long term la..dalm mase tu kita tak tahu apa akan terjadi pada ekonomi iraq.Bergantung pada kestabilan ekonomi diorang.kalau dari mase kesemasa ade improvemnet pada security & political senario,sure dinar iraq buleh pegi..
    ermm.Dalam forex ade pepatah “buy low sell high”.Pada mase ini mmg dinar iraq berada di kedudukan bawah market.maybe dlm 5 ke 10 tahun dia akan naik pelan2.For me kalau nak main matawang ni agak risiko utk main very long term..eloknya kita main short term atau pun medium term je..me prefer spot Forex,not Future.Mungkin sebab kapital kecik. :)

    anyway awl tahun ni saya ade join satu program dinar iraq ni,tapi free to join je..sebab tak guna modal saya saje2 la join.takde la aktif sgt..just suke2.siap buleh request utk dptkan wang kertas dinar lagi dan dah ade pun malaysian yg dpt wang tu.cume tak tau la nanti kalau diut kertas tu masih laku esok luse..kalau tak laku simpan wat perkasa le tak pun buat koleksi .hehe

  15. Fuad Says:

    Akirasuri: Uik.. Marah nampak.. :-) Jemputla datang rumah. jgn lupa bwk zati skali.. Ngeh ngeh.. Peace cik kira….

    Krul: Haha.. Ada jugak peminat Forex.. Terima kasih diatas pendapat anda.. :-)

  16. pbbcnyvym Says:

    sctnoxok

    lactblw qlolljq uchfpllpw rxuawhnumg

  17. Fauzi Says:

    Beli dinar iraq tak salah. Ia adalah perniagaan. Macam beli gula, tepung, beli waktu harga murah. Kalau nak untung simpan dulu dan jual pada harga naik. Kena sabar. Daftar segera.

  18. Dr Muslim Says:

    askum semua,

    cuba korang bukak web ni http://www.zaharuddin.com

    ust zaharuddin sroang pakar shariah dan ekonomi ada beri jawapan ringkas tentang hukum pelaburan ini.

    selamat hari raya semua

  19. Osama Says:

    Dinar IRAQ Boleh Beli Tapi Nak naik Hari pun malam sikit coz Amerika pun dah tak confideent boleh stay.Aku rasa nanti kerajaan baru terus tukar matawang.Matawang Osama Laden plak haha

  20. Drcyber Says:

    kepada rakan2 yang kurang yakin pasal pembelian dinar iraq, sila dapatkan surat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dikeluarkan oleh Dato Hj Shaikh Harun, Pesurujuhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu. saya petik sedikit petikan surat tersebut, saya dimaklumkan bahawa Dinar Baru Iraq banyak dijual di pasaran terbuka di negara kita. Sukacita saya mengesahkan urusniaga tersebut adalag SAH mengikut HUKUM SYARAK.
    Saya yakin bahawa dengan cara pembelian ini, kita jua dapat menyumbang ke arah memperbaiki kedudukan nilai dinar itu. Justeru itu, bersama-samalah kita membantu dlm proses pemulihan negara iraq. Ruj:JHEAT.01.003/118 Bhg 2 ( 3 ) 15 Syawal 1427. Layari www. aldinariraq.tk

  21. wnk81 Says:

    hmmm…no komen…aku x berani nak hujah ape2 psl hukum hakam dlm islam ni..bank2 kat mesia ni bg dividen biler korang melabur tu bkn ke tu riba??korang x nak debat kan ker?riba’2 pun korang telan jugak..riba tu kan haram dlm hukum islam…wallahualam…

  22. pakejforex Says:

    salam semua..

    hehehe… aku pun dah lama beli dinar iraq ni..satu set..masa tu mahal lagi.. 600 lebih…. kalo melihatkan keadaaan politik..ekonomi iraq sekarang agak payah untuk negara teluk ni naik utk tempoh masa yang singkat… mungkin dalam 5-10 tahun baru ada kemajuan…. so bagi aku terpulang laa kepada kita nak anggap pelaburan iraq ni bernas atau hampas…. aku takder laa menyesal sangat beli set ni..at least terasa laa aku pegang duit iraq …kui kui… tapi kalo kita anggap ni pelaburan jangka panjang… so..kena paham laa term jangka panjang… tapi kalo kita join benda ni utk pulangan jangka pendek… mmm… thats why ramai yang kata hampas…sebab tak tahu realiti pasaran kewangan…bukan senang nak naik nilai sesuatu matawang…lebih2 lagi utk dinar ni..but there is still a hope… just wait or frame it attach on your house wall… fuh… very popular issues ….

  23. asri Says:

    hak masing2,ape2 pun mesti ade risiko,lain la kalu mkn gaji,tapi sama juga tengah keje syok2 company rugi,conpany pun pinjam duit jgak riba tu la,main jual beli jgak company pun…(byk kalu nak citer tak muat).ok end.kalu dah beli dinar iraq tu tunngu je la, kalu tak naik pun takper,kalu naik ok kan..,bukan hbis beribu pun beli.janji jangan hutang.tapi orang kita ni die takut rugi tapi nak jadi kaya, mana mugkin.hehee.fikir2kan lah

  24. azlan ismail Says:

    simpanan usd melalui club asteria hasil mingguan diberi …serta ada kaedah untuk anda impikan…http://www.asteria998.blogspot.com/

  25. azlan ismail Says:

    Di Club-Asteria, kami terus berdedikasi melindungi reputasi dan jenama Club-Asteria untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli dan membantu mereka yang dalam kesusahan dan penderitaan diseluruh dunia. 2 Matlamat utama. Membantu ahli mendapatkan pendapatan tambahan dan kehidupan yang lebih baik. Membantu sesiapa sahaja diseluruh dunia dimana mereka tidak dapat membantu diri sendiri

  26. sufie Says:

    satu fakta dinar iraq telah melahirkan banyak jutawan sapa yg beli lebih dari 1 juta iqd dah pun bergelar jutawan dinar iraq

  27. zamzuri Says:

    aku ada juga dengar tentang dinar iraq ni,maybe aku tak sure 100%,mungkin indah kabar dr duit tu so kepada yg melabur tu tunggu jer la….untung sabut timbul untung batu tenggelam…jgn mare ,,he ……he.


  28. aku yakin sesungguh Allah maha pemurah lagi maha mengasihani hamba2nya.. tentang pasal dinar iraq ni.. sendirilah yang fikir..
    pertama sekali negara mana yang sanggup selama-lamanya dibelenggu sekatan ekonomi? Yang kedua kalau kita jadi rakyat iraq sekalipun takkan kita boleh tahan dgn nilai dinar sekarang?
    Yang ketiganya Iraq adalah negara terkaya timur tengah dengan hasil bumi.. terutamanya minyak mentah petrolium..dgn pengeluaran sehari 11juta tong.boleh bertahan selma 150tahun lagi. dan dalam Al-quran pun dah menyatakan.pada hampir akhir zaman ada ramai manusia yang kayaraya dan mewah..walhal sebelumnya mereka kais pagi makan pagi.. sarapan pagi..kakakaaa.

  29. Ir ruzuwan Abdullah Says:

    RM450 BLACKBELLY BARBADOS, BOER JAMNA ANGLO 0123958821

  30. johnny Says:

    siapa yang pernah membeli dinar kuwait sebelum nya? bisa tolong diceritakan bagaimana dinar kuwait bisa naik ( revalue ) secara detil dan berapa kali naik nya dari investasi awal!

  31. sarah Says:

    I’ve learn several just right stuff here. Definitely value bookmarking for revisiting. I surprise how a lot attempt you place to create this sort of magnificent informative web site.

  32. Candice Says:

    Here is the complete guide to create custom keyboard shortcuts for Google Chrome which you can start browsing websites on rapid speed.
    When you decide to buy the Flight Simulator Game, then first you have
    to be sure that exactly what are you want. Multiple PC and Controller Support Install on as
    many PCs/MAC as you like. If you are looking for some
    excitement beyond just flying, the Jane’s series of combat flight simulators is the best place to look. It features its own unique economy in which players can buy and sell things they make and so on, several real world companies are actually getting into the game to offer services, such as H&R Block.


  33. This piece of writing will help the internet visitors for
    creating new blog or even a blog from start to end.

  34. Yaakob Says:

    10 tahun dulu seseorang beli Tanah harganya hanya RM10,000 seeker sekarang sudah jadi RM 1juta keuntungan 1000%. apa bezanya dengan perniagaan mata wang yang sekarang sangat murah dan akan naik mengikut pasaran?? yang juga keuntungannya lebih kurang sama dalam masa 10 tahun


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: