Bersahur dengan Katak
Salam pertemuan,![]()
Hari Ahad lepas dalam sesi meluahkan perasaan saya bercerita pasal Hukum Fuad Pertama - Teori Tekanan. Diluar jangkaan sebenarnya ramai jugak yang mengamalkan teori ini.. Betul2 tak sangka
Sebab hari ini dah free sket, boleh sambung membebel. Alang2 saya dah bercerita pasal Hukum Fuad Pertama, tak lengkap kalo saya tak bercerita pasal Murphy Law, sebab berdasarkan pengalaman saya pengamal Teori Tekanan akan menghadapi masalah jika tidak memahami Murphy Law.
Sebelum terlupa, kepada yang tertanya2 adakah saya bersahur makan katak pagi tadi.. Heh.. Sebenarnya saya bersahur macam biasa, kurma dan air kosong cuma pagi tadi kelainan nya ialah saya bertemankan audio book “Eat That Frog” daripada Brian Tracy, seorang pakar pengurusan masa. Maklumlah saya ni ada masalah dengan pengurusan masa.
Satu kelebihan yang besar, dikala tersangat sebok sampai takda masa nk baca buku, Audio book boleh membantu. Boleh dengar ketika makan, basuh baju, hatta ketika membuat hajat.. hahak (tidak digalakkan kerana ilmu tak berkat nnti..) Apapun, Eat That Frog adalah buku yang baik..
Berbalik pada Murphy Law, hukum ini menerangkan”whatever can go wrong, will go wrong“. Hukum ini diambil sempena nama Kapten Edward A. Murphy, seorang jurutera projek Air Force MX981. Dia ni sgt teliti dan di akan check semua benda dengan terperinci. Satu hari dia terjumpa satu pendawaian yang salah, abes dia maki technician tu dan dia cakap kalo ada bende yang salah dia mesti tahu punya..
Pengalaman saya, bila time antar esaimen lambat masa tulah motor ilang dipinjam oleh membe, kalo moto ada helmet plak kene rembat, masa tu jugaklah printer abes ink, masa tu jugaklah hard disk crash, masa tu jugaklah nak blackout, masa tu jugaklah macam2 bende yang tak pernah terjadi akan jadik.. Jadi, Murphy Law berkata, thing will go wrong in any given situation, if you give them a chance.
Kesimpulannya, jika anda terpaksa menggunakan Hukum Fuad Pertama, sekali lagi ditegaskan jika anda terpaksa gunakan..
pastikan ambil kira Murphy Law. Jangan bagi peluang utk kesilapan berlaku. Cuba sedaya upaya membuat sebanyak mungkin back-up plan. Semalam saya terselamat dari penangan GM sebab saya dah sediakan baju kalis peluru dengan baik.. Terima kasih banyak2 buat member2 yang mendoakan keselamatan saya
Sehingga berjumpa lagi..
-Fuad-
Oktober 3, 2006 at 12:20 pm
Back up memang penting. Penah skali hard disk aku kong masa lagi seminggu nk anto tesis. Tensen oooo……
Oktober 3, 2006 at 1:49 pm
Assalamualaikum.
Oh ho…saya ingtkan bersahur ngan di temani katak disekeliling meja tadi.
Yark..geli pulak tekak bila terfikir benda tu..hehe..
Saya pon selalu amalkan Hukum Fuad Pertama dulu. (Hukum Fuad Pertama = buat kerja last minute kan?). pergh..penat pulak bila teringat zaman tu..
Tapi saya juga pernah amalkan Hukum Fuad Kedua (Hukum Fuad Pertama = buat kerja awal).
Pendapat peribadi saya, Hukum Fuad Kedua amat lah digalakkan…
eh..ada ka Hukum Fuad Kedua ni?
Wassalam.
Oktober 3, 2006 at 2:20 pm
oh kurma dan air kosong lagi…huhuhu…makin slimlah pokcik ni…ahakss…
emmm HFP tu masih lebih praktikal dari ML tu..ihiks…
Oktober 3, 2006 at 2:35 pm
Menarik betul blog ni…
Post saya paling suka post Fuad Law tu… haha
Best buat kerja last minute ni, time tu baru faham dan baru boleh buat. Kalau buat awal-awal asyik stuck and tak tau je…
Oktober 3, 2006 at 5:03 pm
Wah.. tak sangka jumpa Sabri Disini HOHO autograph satu… SIAP(kedengaran suara dari belakang) keh2.. Sebelum keluar hukum Fuad saya dah amalkan hoho sejak turun-temurun
Oktober 3, 2006 at 8:18 pm
aku nak beli baju kalis peluru bole?
Oktober 4, 2006 at 8:51 am
owh, kirenyer Hukum Fuad Pertama nih ade ‘relativiti’ ngn Murphy Law ek? Buat ar lagi satu Hukum yang combine kedua-dua hukum neh..hehe..;p
Oktober 4, 2006 at 8:56 am
pokcik!!
dah siap belum ppr work pokcik?ha ha ha saya mahu gelak jahat ni…lalalalala senang hatinya hati beta!!!kerja last menet saya dah siap!!ppr work saya dah siap nak dihantar pada silent killer pagi ni…huhuhu….ya ya baru dinoktah pukul 8 pagi tadi…lalalalalala senang hatinya…
nota budak sekolah: jangan cemburu ya pokcik…hakhakhak….
Oktober 4, 2006 at 10:01 am
Roshaizul: Haha..aku dpt bayangkan kebengangan masa tu.. Pernah gak membe aku masa nk anta final report harddisk crash..dia baling harddisk tu dalam lombong..punyerla tensen..heheh..
Hidet: Oklah..kira adalah..heh..
Akirasuri: Biasaklah sahur simple2.. Ambik berkat jek orang kate..heh.. Alasan semata..
Sabri: Wah2..Ini kira superstar bertandang ke rumah ni. Dalam blog Almari Buku, pengarang buku adalah super VVIP. Terima kasih kerna sudi menjenguk..
Oktober 4, 2006 at 10:06 am
Labanon: Hahak..itul ko tak patent kan awal2. Ada satu patent kat Australia, dia patentkan tayar..lawak betul. Yang x tahan lulus tu..
Fiq: Heh..boleh.. Baju kalis peluru paling power. “I just don’t know. So, what do you expect?” Hahak.. Cuba pakai baju ni depan boss dan tgk hasilnya..
Ad3ck: Susah nk dapat persetujuan si Edward Murphy tu nnti.
Akirasuri: Ooo berlagak ye. Tak siap lagi la makcik. Boss tukar requirement plak. Ampesh.. Boleh main tukar2.. huhu..
Oktober 5, 2006 at 6:59 am
Aku pun selalu gunakan Hukum Fuad Pertama ni.