Sekecil Mana Dunia Ini?
Salam pertemuan sahabat sekalian,
Alhamdulillah hari ini ada banyak masa. Mesti dimanfaat sebaiknya
Nak2 dah 10 hari terakhir bulan Ramadhan ni ye.. Hari ini kita borak pasal persahabatan atau networking.. Mungkin orang MLM byk pengalaman yang boleh dikongsikan bersama nnti..
Dalam satu post sebelum ni saya utarakan 2 teori dipanggil Hukum Fuad Pertama dan Murphy Law. Mengkagumkan jugak bila ramai yang setuju dengan kedua2 teori ni. Satu teori yang saya sangat teringin nak tahu kebenarannya ialah Six Degree of Separation Theory. Pernah dengar?
Kepada yang tak pernah dengar, Six Degree of Separation theory menerangkan semua orang dalam dunia ni… ya betul anda tak salah baca, semua oleh dalam dunia ni berkaitan antara satu sama lain dengan tak lebih dari 5 orang perantara. Macam yang saya ceritakan dalam post sebelum ni contoh yang saya gunakan, Saya kenal Lelabu. Lelabu plak kenal Labanon. Labanon plak kenal Linn. Linn plak kenal Hidet. Hidet kenal En Aku. En Aku kenal Ad3ck. Ad3ck sebenarnya adalah kawan lama saya. Secara ringkas membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe.
Jika teori ini terbukti, satu lagi cara menunjukkan bertapa hebatnya kuasa Allah. Kita takda alasan utk tidak menitik beratkan Silaturrahim dan berdakwah. Sesungguhnya kalo kita berkawan dengan seorang saja sehari lambat laun kita ada kaitan secara langsung dengan seluruh penduduk dunia tak kiralah dimana mereka berada. Maka saya begitu teruja utk membuktikan tahap kebenaran teori ini. Saya terfikir nak buat eksperimen dan memerlukan bantuan anda. Sapa2 yang sudi nak ambik serta dalam eksperimen just bagitau dalam komen nnti saya email… Sapa2 yang tak nk ambik serta pon xdek hal, kalo ada pengalaman sendiri berkaitan ini, sudi2lah berkongsi. Perkembangan ilmu ni..
Bagaimana Eksperimen ini dilakukan?
Teori ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 1929 lagi oleh seorang penulis bernama Krinthy Frigyes dalam cerpennya bertajuk Chain. Beberapa orang ahli matematik juga cuba merumuskan satu formula utk membuktikan teori ni.. namun setelah 20 tahun mereka masih gagal membuktikan kaitan utk N bilangan orang menggunakan pemalar K1, K2, K3 hingga Kn. Tapi satu eksperimen dilakukan oleh Stanley Milgram pada tahun 1967 menggunakan poskad. Eksperimen ini dinamakan “the small world problem“. Saya juga ingin menggunakan kaedah yang sama tapi menggunakan email. Saya nk tgk jika email yang saya hantar tu boleh datang kat saya balik atau tak. Dan jika email tu dtg balik, brapa orang yang diambil utk email tu datang balik..
Apakah dia Nombor Fuad?
Diadaptasikan dari Bacon Number. Nombor ini digunakan utk mengukur kepopularitian atau tahap pergaulan seseorang dalam satu kelompok masyakat. Contohnya Nombor Fuad saya ialah 0. Sebab saya adalah Fuad. Hahak.. Cth Akirasuri kenal saya, Nombor Fuad Akirasuri ialah 1. Pastu Zati tak kenal saya tapi kenal Cik Akira yang mempunyai Nombor Fuad 1. Jadi Nombor Fuad utk Zati ialah 2. Makin sedikit purata nombor Fuad dalam sesuatu kelempok orang menunjukkan bertapa popular. Contohnya dalam komuniti internet semestinya purata Nombor SaifulSham, Shuth, Irfan Khairi lebih rendah dari Nombor Fuad..
Fakta2 menarik berkenaan Six Degree of Separation Theory.
Selain pertalian, Six degree of Separation juga merangkumi bagaimana sesuatu tindakan itu boleh memberi kesan kepada 6 orang lain secara berkaitan. Katalah anda kena membuat keputusan saat ini, sedar atau tak hasil tindakan anda itu akan memberi kesan sehingga 6 orang lain yang anda tak kenal pon. Agak keterlaluan jugak kerana teori ini mula dipertimbangkan dalam mengkaji bagaimana sesuatu penyakit itu tersebar. Dan kini satu kajian dilakukan utk mengkaji bagaimana virus komputer tersebar menggunakan teori ini.
Anda pasti pernah menonton cerita seperti Keluarga 69 (P. Ramlee), Lost (Series di Astro) yang mengadaptasikan konsep Six Degree of Saparation dalam jalan ceritanya. Para peminat Lost pasni boleh cuba mengkaji bagaimana kaitan watak2 dalam cerita tu. Hebat kan?
Perkara kuar dari topik: Bila dok cakap pasal kecik ni teringat 2 teka-teki adik saya. Kalo nk try jawab, teka-teki berbunyi begini,
- Apa dia yang kecik, hitam dan basah?
- Apa yang macam gajah tapi kecik?
Esok saya bagi jawapannya, tapi suka diigatkan ini teka teki yang dibagi oleh budak kecik. Kadang2 jawapannya memang tak puas hati..heh..
Sehingga bertemu lagi sahabat…
-Fuad-
Oktober 15, 2006 at 5:19 pm
1. cincau. oh oh nak minum cincau.
2. anak gajah. ha ha ha.
nota: saya budak kecik, jadi jawapan saya pun mesti tak akan memuaskan hati. ha ha ha.
mesti comel jek budak berdua tu tanya sambil ada loghat kelate-nya
teringat masa duduk kat KB dulu. lalalalala~
Oktober 15, 2006 at 11:06 pm
jwp
1. biji selasih
2. anak gajah
cerita LOST makin menunjukkan pertalian mereka
teori Six Degree of Separation Theory mmg boleh digunapakai
rajin kau membaca
Oktober 15, 2006 at 11:15 pm
jap..Six Degree of Separation theory nih dikatakan berkesan selepas sambungan 6 hubungan shj ker? (paham tak soklan neh?)..klu selain 6 (kurang atau lebih)? ok cthnyer dr cth yg ko bg tuh, klu ko dgn En Aku (En Aku dikira hubungan ke-5) dikira kawan lamer gak ker?
ku berminat lagi teruja nak buktikan tahap kebenaran teori neh..:)..email ku mmmisa83@yahoo.com
jawapan:
1. berudu
2. tapir..haha~! tapir ader belalai kn?
Oktober 16, 2006 at 3:26 am
Aku juga berminat nak tahu kesahihan teori tu..ni email aku..linn_comel(at)yahoo.co.uk.
Jawapan aku.
1. Berudu dan
2.Anak gajah
Oktober 16, 2006 at 5:27 am
Lol leh pakai ker teori ini.. anyway belum cuba belum tahu..
Jawapan..
maaf ya fuad
No komen
Oktober 16, 2006 at 7:58 am
aku berminat puad ngan teori ko!
pasal teka-teki tu, aku tak tau nak jawab apa. aku mmg lembab skit, IQ aku 80 je. huhuhuhu
Oktober 16, 2006 at 10:05 am
Assalamualaikum.
Wah..Fuad keluar lagi dengan teori barunya. Nanti boleh lah keluarkan ebook bertajuk “Teori Fuad”.
Saya pon nak join email jugak lah : hidet@yahoo.com
Pastu, saya nak jawab teka teki. yang no 2 tu saya rasa senang. Biasa nya jawapan nye anak gajah cam org lain dah jawab tu.
solan no 1 tu saya tak dapat jawab. apa ye? jawapan2 yg pembaca lain kasi tu logik jugak.
Wassalam.
Oktober 16, 2006 at 11:41 am
Kepada sahabat2 yang berminat turut serta dalam eksperimen tu.. saya ucapkan berbanyak2 terima kasih.. nnti sebelum balik arini saya antar email.
Jawapan yang diberi oleh adik saya:
1) Semut hitam baru lepas jogging (saya mmg tak puas ati ngan jawapn nih.. heh)
2) Anak Gajah
Apapun memang kretif jawapan yang diberikan semua. Saya isytiharkan sume dapat markah penuh..
Oktober 16, 2006 at 2:39 pm
Sempat lagi ke nak joint email tu?
Oktober 16, 2006 at 5:18 pm
Boleh Cikgu.. Terima kasih sudi tolong..
Tak sempat saya nk send email arini.. Insya Allah esok saya send..
Oktober 17, 2006 at 2:04 am
salam…
) =D>
hu3x… suka jawapan soklan no.1 tu! kreatip…kreatip
Oktober 30, 2006 at 4:30 pm
ermmm…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…xperimen tu da mula ke poad? bleh join lg ker?
Oktober 31, 2006 at 5:27 pm
Selamat Hari Raya gak Aciq.. eksperimen tu dah start tapi keputusan dia macam tak ok jek.. heh..apapun kalo berminat nnti saya emelkan.. Mekasih..