Deep Insights Brings Certainty
Salam pertemuan,
Tajuk entry kali ini di ciplak dari slogan terbaik tahun 2005 yang dimenangi oleh Syarikat Hameg Instruments. Saya menafsir kan dari sudut kerjaya. Kita borak2 kosong pasal kerja plak arini.
Dalam satu program tempat saya kerja dulu, satu program kerjaya diadakan. Pengendali program tersebut ialah Plant Manager sendirik (orang paling besar dalam sesebuah plant). Plant Manager ni memang seorang yang peramah dan baik hati. Tapi masih ramai jugak orang yang komplen katanya baik sangat pn tak boleh jugak. Apapun, pendapat peribadi saya sikap merendah diri tidak semestinya buat orang pijak kepala asal tahu batasnya. Saya sendirik sgt respect kat dia. Teringat lagi bila mula2 sampai di bintulu, tak tahu lagi yang En Samasudin di orang paling besar. Jumpa kat kedai makan, pastu dialah yang tolong angkat barang masa kitorang pindah, tolong bawakkan pegi tempat makan, tulun tumpangkan pegi masjid. Lepas tu baru tahu yang dia adalah Plant Manager. Terkejut betul dengan sikap mesra rakyatnya. Manager paling saya respect, En. Samsudin Miskon.
Berbalik pasal program kerjaya tadi, topik pertama yang dibincangkan ialah pasal matlamat hidup. Dalam satu organisasi, conflict on interest dikira sesuatu yang agak basic yang perlu dielakkan. Apa yang pekerja harus pastikan, matlamat hidupnya mestilah sama dengan matlamat syarikat. Maka rata2 mula menjawab, Saya ingin jadi Plant Manager mcm En Samsudin, Saya nk jadik Technical Professional, Saya nak jadik VP Petronas. Nampak sgt align dengan matlamat syarikat. Namun hati saya berbisik, macam mana orang yang matlamatnya tak sama dengan syarikat? Saya mahu buat business, tak nak makan gaji..
Hanya ada 2 jawapan jika anda mengalami conflict of interest.
- Anda harus meninggalkan Syarikat …. Atau..
- Syarikat harus meninggalkan anda.
Pilihan kedua tu nmpk macam janggal plak, jadik yang tinggal pilihan pertama jelah. Hati saya menjerit.. kenapa sampai begitu sekali. Seolah2 mendengar runtunan jiwa saya, En Fasilitator menjawab, jika anda tidak sehaluan dengan syarikat, anda hanya menyeksa diri sendiri dan syarikat juga rugi kerana memiliki pekerja yang tidak bermotivasi. Sampai bila anda nk hidup sebegini.. Saya mengetap bibir.. “Sampai abes kontrak pinjaman pelajaran la kot..”
Hari ini saya telah meninggalkan syarikat sumber pendapatan utama Malaysia. Tapi bukan kerana conflict of interest.. Sebab dia… bukan skop entry hari ini..
Namun ada benar jugak ckp En. Samsudin dulu, perkara asas ialah conflict of interest mesti dielakkan. Selalunya saya melaungkan tak suka US yang pro-yahudi… namun dibalik kenyataan ini… yang memberi sesuap makan adalah syarikat US. Disamping hati yang sudah cemuih dan menyampah dengan feel para pendokong yahudi laknatullah, diketika yang sama tulang empat kerat dan otak serta urat sarap bertungkus lumus memastikan ekonomi mereka kian mekar dipesada industri antarabangsa.
Sampai bila? Entahla Labu… namun daku kini tak pernah alpa mengintai peluang kearah matlamat hidup sendiri. Semoga doa akan termakbul jua di suatu hari..
Selamat menyambut hari makanan sedunia hari ni.. Sehingga berjumpa lagi..
-Fuad-
Oktober 16, 2006 at 12:28 pm
Semoga en Fuad mendapat jalan daripada-Nya untuk mencari jalan yang terbaik.
Oktober 16, 2006 at 4:13 pm
Ku pun penah mengalami conflict of interest, tp terus stay instead of mengalami 2 jawapan yg ko listkan tuh atas sebab tertentu..tp mmg btul, 2jawapan tuh jer penyelesaiannyer..org yg da alaminye akan lebih mengetahui..:)
btw,
“Hari ini saya telah meninggalkan syarikat sumber pendapatan utama Malaysia.”
tul ker? company per ek?
Oktober 16, 2006 at 9:38 pm
Dunhill?
Abis sekarang cemana? What’s your plan?
//adakah soalan aku menimbulkan stress?
Oktober 17, 2006 at 8:41 am
Assalamualaikum.
Wah..beratnya topik hari ini.
Ke sebab saya baca awal pagi sgt ni?
Apapon, semoga sentiasa berjaya dalam bidang yg diceburi.
Wassalam.
Oktober 17, 2006 at 10:07 am
ho ho ho ekonomi US setahu saya defisit [tidak berkembang sekarang ni]…lalalalala tapi yang terbaru tak tau le kalau sudah tidak surplus…lalalalala….oh oh kita tak boleh buat apa-apa, lahir-lahir je tok-tok kita dah sedia guna sistem kapitalis yang dibawa penjajah…lalalalala~ yang penting nawaitu, kita bukannya mahu tolong depa, sesungguhnya Allah lebih mengetahui, wallahualam…
oh oh conflict on interest?emmm emmm sebenarnya conflict ni boleh dibuat adjustment…lalalalala~
Oktober 17, 2006 at 6:19 pm
Ashraf: Terima kasih doakan.. berkat bulan mulia nih.. amiinn..
Ad3ck, Aku: Salah paham ni.. Silap ayat aku tuh.. “Hari ini” perlu diganti dengan “kini”. Actually dah setahun lebih aku resign Petronas. Company US tu merujuk company aku keje sekarang dan masih bekerja. Heh..
Hidet: W’salam.. Trima kasih..
Akirasuri: Amboi.. hepi sakan nmpak.. Ada orang masuk minang ker..
Oktober 17, 2006 at 7:50 pm
oho.. sudah paham…
//salah faham mungkin sebab aku terlalu serabut dengan projek aku yang tak siap2…
Oktober 17, 2006 at 10:39 pm
Pergh..
Aku sungguh terasa dengan gambar pertama didalam post ini. Sungguh ironic
Oktober 18, 2006 at 1:25 am
Semoga matlamat en. Fuad tercapai.
Oktober 18, 2006 at 6:51 am
aha.. lupa nak komen gambar… gambar 1st tu paling best..
aku tengah cari katun dilbert berkenaan bos yang tak mahu guna telefon dan fax, instead suruh pekerja gi jumpak client.. pastu kene perli ngan client sebab tak guna 2 kemudahan tersebut… laman web dilbert tak de fungsi search.. susah nak mampus nak cari katun2 lama
Oktober 18, 2006 at 11:54 am
fuad: Amboi.. hepi sakan nmpak.. Ada orang masuk minang ker..
akirasuri menjawab: ish hepi pun tak boleh, serius lagi tak boleh…ha ha ha…masuk meminang?tak baik buruk sangkalah…cettt…
Oktober 18, 2006 at 12:56 pm
mesti fuad tgh sibuk giler skrg ni sampai tak sempat nak tulis post.
fuad, hari sabtu, jam 9.00 pagi, bersedia utk balik kg. kalau tak jadi ikut aku bagitahu awal-awal. aming dah booking malam tu kena gi makan colek.
Oktober 18, 2006 at 4:58 pm
En Fuad tinggalkan Petronas? Pengalaman saya yang pernah audit Petronas ni, biasanya mereka yang resign Petronas akan ke rival company yang byar double (atau triple
) kawan-kawan saya dalam finance dept Petronas yang resign kebanyakkannya macam tu
Anyway, tentang topik ni, yes, memang betul, kita hanya ada 2 pilihan..err, biasanya masa nak pilih tu memang dilemma tahap maksimumlah
Oktober 19, 2006 at 1:54 pm
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN..AKU MINTA MAAF KALAU ADA SALAH PADA KO YE
Oktober 20, 2006 at 1:55 pm
conflict of interest.. eemm mmg kadang2 kala memeningkan … cam am pulak… am memang sukakan bidang sekarang.. IT la… same time nak buat business IT… tapi biasakla masih carik bahan…
so sekarang minat… dan nak teruskan jugak… tapi status masih sambilan… anytime boleh abis contract… tula dah dapat yang tak tetap plak… dalam hati sebolehnya sebelum abes contract nak pastikan ebiz am dah jalan… so adala sket backup nanti…
Oktober 20, 2006 at 5:20 pm
selamat menyambut syawal. Mintak maaf salah silap sepanjang perkenalan
Oktober 21, 2006 at 12:24 am
Fuad,
Thanks for the Card and the CD. Appreciate it soo much. Baru dapat jap ni sebab dah 3 hari kat KL.
Kul 4 pm tadi baru landed kat Miri ni. Mlm ni ada keje nak settle sikit lagi before balik kampung 2 minggu kat Alor Setar esok kul 6.30 pagi . Ni baru abis keje. Hmm… sronok jugak bila keja demanding mcm ni. Byk belajar. Ingat pesan Robert T.Kiyosaki ‘ work to learn’.
Ok Fuad and other bloggers – wish u all “salam aidilfitri – maaf lahir batin”
Oktober 21, 2006 at 6:12 pm
yes, exactly: work to learn.
Oktober 28, 2006 at 5:05 pm
assalammualaikum en fuad
selamat hari raya diucapkan, sory comment tak berkaitan article