Harga Kijang Bertambah Mahal
Salam pertemuan,
Sejak 3 tahun lalu saya bercita2 nk bagi hadiah kijang emas kat Ayah saya. Harga bagi 1Oz Kijang Emas time tu dalam USD300++. Malangnya time tu baru keje, so paham2 jela. Dan kini bulan 3 ni besday Ayah saya datang lagi, dan saya mula mengusha balik Kijang Emas ni. Hasilnya saya dapati hari ini harganya telah mencecah USD667 for 1Oz. Damn.. So damn expensive. Huh, kalo saya beli dulu dalam masa 3 tahun boleh jadik 2 kali ganda dah nilai dia. Mana nk carik pelaburan yang ROI = 3.
Memandangkan harga sekeping kijang emas tu pon dah RM2474, maka saya kini nak mengusha Dinar Emas Kelantan plak sebagai alternatif. Haha. Kijang Emas oh Kijang Emas. Apsal la ko mahal sangat.
Sape yang berminat nk beli Kijang Emas ni kot2 ada isteri mengidam nk Kijang Emas, tapi takdak daging ler, leh rujuk website Bank Negara atau Maybank. Dan sape2 berminat nk beli Emas Dinar Kelantan, leh kirim kat saya nak balik kampung ni. Janji tak mark-up tapi akan dijual balik dengan harga emas semasa. Hehe
Sehingga bertemu lagi…
-Fuad-
Mac 1, 2007 at 12:16 am
huhuhu harga emas memang tgh naik sekarang ni..atas banyak faktor..melaburlah emas dari sekarang. sekian.
Mac 1, 2007 at 10:32 am
last year pi maybank ingatkan nak beli kijang emas,
tengok2 orangmaybank duk offer gold saving.. so tak jadi beli kijang emas, buka gold saving. kira nilai duit mengikut nilai emas. Tapikan staff maybank tu cakap.. bangsa mlayu jarang buka account tu yg ramai cha ya nun alif.
Mac 1, 2007 at 11:05 am
hurm..harga emas mmg tgh naik skrg ni. tapi..emas bukan pelaburan yg hebat sbb harga x reaktif – sama jek dgn sifat saintifik logam ni. hehe.
Mac 1, 2007 at 12:17 pm
Assalamualaikum.
Macam mana nak beli dinar emas kelantan tu?
nak buka acc gold tu cam ne pulak linn?
Mac 1, 2007 at 12:22 pm
Akirasuri: Ya ya. Belilah emas dan jgn lupa bayar zakat emas.
Linn: Saya pon terpikir nk bukak gak gold passbook tu. Ada potensi harga emas turun tak dalam masa terdekat ni?
Amok: Heh.. Harga tak reaktif, sesuai untuk pelabur berisiko rendah kot.
Hidet: Pegi ke klantan kalo nk beli. Tapi suggestion aku acc gold tu lagi bagus. Kalo rumah masuk pencurik pon slamat lagi..
Mac 1, 2007 at 4:16 pm
Hidet: Nak buka gold saving pi maybank. Tapi tak semua maybank ada, better call maybank dan find out dulu.
Fuad: Tunggu Nilai emas jatuh dulu.. baru best nak beli, tapi kalau beli sekrg rasanya value emas still akan naik lagi. Saya tak galakkan tunggu, sbb value saya lihat makin naik, bukan turun
Mac 1, 2007 at 8:36 pm
wah.. sembang pasal emas.. aku zero knowledege la pasal mende2 ni..
Mac 2, 2007 at 8:43 am
betul Fuad. harga emas baru-baru ni turun sekali je, lepas tu naik dan naik.. Saya ada tanya harga emas bulan lepas 1gm RM77, dan dijangka naik 1gm RM83. sebulan.. dan akan naik lagi… Beli emas tak rugi..
Tapi setuju gak kata sapa kat atas tu.. Jangan lupa bayar zakat emas..
Mac 5, 2007 at 10:43 am
Terima kasih kepada fuad n lin.
Mac 13, 2007 at 2:28 pm
[...] update pasal akaun Gold Saving Passbook Maybank yang dibincangkan dalam entry sebelum nih. Aritu saya bertanyakan Maybank Cawangan Kota Bharu, Maybank kini tidak lagi menawarkan akaun baru [...]
Januari 30, 2008 at 8:57 pm
Sekarang ada syarikat yang jual sahan emas namanya persada megamas. saya dahpun jadi ahli. nak cuba boleh call 0199622019
Februari 1, 2008 at 9:08 pm
assalamualaikum..
saya tertarik dengan emas ni..tp zero pasal emas.
nak tanya linn tentang akaun Gold Saving Passbook 2,cara nak buka n harga dia berapa?
Ogos 24, 2008 at 10:45 am
penjualan emas ni terbuka kepada siapa sahaja ke?? bagaimana nak beli dan bagaimana kita nak dapat faedahnya? bagaimana pula dengan status perniagaan di sisi undang-undang? Berapa kadar keuntungan, per bulan/tahun?
Ogos 24, 2008 at 12:41 pm
macam mana nak tau kalau yang kita beli tu emas tulen atau wakil penjual tu orang yang betul-betul….memang takut tertipu lah