Arkib untuk Ogos 2006

Susahkan hidupmu..

Ogos 30, 2006

Salam semua,

Post kali ni agak ringkas sebab saya sebenarnya ditugaskan membeli barang dapur, drop kat CC jap.. Heh.. Saya nak kongsikan pengalaman saya berkerja dengan golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Sebab kilang saya ada kuota utk mengambil golongan ini berkerja, memang selalu jugak saya berkomunikasi dengan derang (mostly tidak dapat mendengar). Walau saya tak terer bahasa isyarat, namun main bantai pon boleh paham jugak. Hahak ­čśŤ

Sapa2 yang terer bahasa isyarat tu saya cadangkan tulih e-book. Saya rasa ramai lagi orang macam saya yang berminat nak belajar bahasa isyarat. At least saya pasti akan beli. Kalo tak mau jugak, boleh ajar saya, pastu biar saya tulih e-book.. heh. Sape nak jadik model dalam e-book tu boleh contact saya.. ­čśë

Ok.. Berbalik kepada tajuk post kali ni. Satu pemerhatian yang saya dapati, mereka ini sangat rajin bekerja. Penuh semangat dan sentiasa bersedia utk membantu. Pada pendapat saya hanya orang yang mengerti kesusahan akan menghargai apa yang diperolehi dan menjaganya dengan baik. Kesusahan mengajar erti kejayaan. Jika hendak berjaya, susahkan diri anda. Insya Allah boleh senang di masa hadapan..

Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

Advertisements

Nak duit tak?

Ogos 29, 2006

Salam Pertemuan,

Hari ni topik kita pasal nak dapatkan pelabur untuk perniagaan kita. Pelabur boleh bagi kita duit dan pengalaman perniagaan dia kerana pelabur yang kaya biasanya datang dari latar belakang perniagaan. Dan jugak, orang yang mahir dalam perniagaan sahaja berani melabur dalam perniagaan orang lain.

Jom kita kaji senario ini:

Fuad ingin memulakan perniagaan jualan cenderahati dan dia memerlukan modal yang besar untuk membeli peralatan dan sumber bahan mentah. Dia mempunyai banyak pilihan seperti buat pinjaman bank, jual tanah pusaka kat kampung, bootstrap (mula dari kecil) atau carik pelabur.

Setelah dipikir2kan dengan teliti dia memutuskan untuk mencari pelabur kerana selain dapat duit cepat (mudah untuk boost market) dia juga mendapat ‘mentor‘ kerana pelabur yang di cari mestilah mempunyai pengalaman perniagaan. Pelabur juga tidak mengenakan interest keatas pelaburannya. Keuntungan akan dibahagi samarata dan pelabur mempunyai ekuiti dalam syarikat tersebut. Stakat ni.. semua plan nampak macam perfect.

Masalah paling besar ialah bagaimana nak carik pelabur dan menarik minat pelabur bila dah terjumpa. Dalam post sebelum ni (Mari Belajar Menulis), saya ada bagi satu falsafah rekaan saya “You never know when and where you get stumble with great ladies, so do great opportunities..” Hari ni nak tambah lagi.. “and also great investor” ­čśŤ

Katalah satu hari Fuad ni kat shoping complex, masuk dalam lif kebetulan pulak ada seorang Wanita yang kaya (Sebagai cth kita namakan Akirasuri) yang berpontensi besar untuk melabur.

Fuad: Assalamualaikum, Ni Cik Akirasuri yang wat business fesyen tu kan?

Akirasuri : Waalaikumussalam. Ha ah. Betullah. Macam mana awak leh tau plak?

Fuad: Saya selalu mengikuti perkembangan business ni. Memang berminat sgtlah.

Akirasuri: Ooo yeke? Saya sekarang ni tengah carik business kecil / sederhana yang berpotensi untuk melabur. Nak kembangkan duit dari dok terperap je kat bank tu. Awak ada recommendation tak?

Fuad: Eh, kebetulan pulak. Saya dan kawan2 saya memang tengah carik pelabur yang berminat. Orang berpengalaman macam Cik Akira ni memang sesuai sgtlah.

Akirasuri: Ok.. Spit it out. You have time until the door open..

Fuad: Saya bersama kawan saya Fiq dan Dayah menubuhkan Syarikat Remember Me. Syarikat kami menjual cenderahati dimana pelanggan boleh print nama, design sendirik. Konsepnya ialah personalize give. Kami sedang mencari dana sebanyak RM50,000 untuk sebagai kos pembelian peralatan, pemasaran dan logistik. Kajian pemasaran sudah dijalankan dan kami dapati Return of Investment 20% per year. Kepakaran yang kami tawarkan. Fiq ialah seorang graphic designer yang berpengalaman 2 tahun dan kepakaran dia merupakan asset penting syarikat kami. Dayah ialah certified accountant yang berpengalaman 1 tahun dan akan mengetuai finance portion of our company. Saya sendiri akan menjaga pemasaran dan jualan. Pengalaman saya selama 3 tahun dalam marketing and sales sudah pasti cukup utk melonjakkan jualan syarikat kami. Sebagai orang yang berpengalaman dalam fesyen, saya pasti Cik Akira sedar tentang trend sekrang yang menuju kearah personalization. Potensi ini sgt besar utk dilepas.

Ting..! Pintu lif terbukak.

Cik Akira: Ok. Saya berminat nak tahu lebih lanjut. Ni kad saya. Awak boleh call setiausaha saya dah buat temujanji. Make sure semua rakan kongsi awak datang. Assalamualaikum.

Fuad: Wa’alaikumussalam. (tersenyum girang)

Ini dinamakan Elevator Pitch dalam buku Startup Nation daripada Jeff dan Rich Sloan. Tujuan elevator pitch ialah supaya pelabur berminat untuk dengar dengan lebih lanjut. Ia juga mestilah dapat diterangkan dalam waktu yang singkat sebab kebanyakkan pelabur ialah orang yang sibuk dan mengejar masa. Pastikan ia padat dan ringkas tapi cukup utk buat temujanji dengan pelabur tersebut.

Jadi, sediakan elevator pitch anda sekarang juga. Hafal dan make sure anda dapat cakap dengan lancar walau ketika dalam lif tu anda tak tahan nak buang air. Peluang yang sama susah nk datang dua kali. Jika dah terjumpa pastikan anda sedia dan gunakan sebaik mungkin. Selamat berjaya.. ­čÖé

-Fuad-

p/s: Sebenarnya saya nk bincang lagi apa isi2 penting yang mesti ada dalam elevator pitch, tapi dan panjang sgt. Kita bincang lain kali plak.

Disclaimer :

Watak yang digunakan adalah contoh sahaja. Tiada kene mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah mati.

Betulkan Realiti Anda

Ogos 28, 2006

Salam pertemuan semua,

Dah dua hari tak update blog. Saya baru je balik dari Tronoh semalam. Dekat kilometer 176.3 highway PLUS, sempat jugak trigger SOS. Nasib baik dengan ketereran saya, kereta Kadett tahun 1979 itu dapat bergerak semula dengan jayanya. Heheh.. ­čśë Panggilan kecemasan dibatalkan tanpa menyusahkan sesiapa. Apapun terima kasih kepada brader yang jaga panggilan kecemasan lebuhraya PLUS. Anda adalah penyelamat pengguna lebuhraya yang bermasalah..

Hari ini saya nak bercakap menulis pasal alam realiti vs alam maya. Semasa menghadiri kursus keusahawanan Dr. Azimuth, saya tertarik dengan satu latihan ringkas yang mengubah persepsi saya pasal dua alam tersebut. Apa kata sama2 kita buat latihan ringkas tersebut dan lepas tu kita bincang pengajarannya.

Fuad: Tajuk post kali ni tiada kaitan dengan sebarang realiti show. Harap Maklum.

Sekarang… pejamkan mata anda (make sure anda baca sume dulu baru start buat, sebab bile dah pejam mata camne nak baca instruction, lagi bagus kalo ada orang yang bacakan utk anda) Cuba bertenang.. bernafas dengan perlahan.. Bayangkan… (Nota kepada orang yang tulun bacakan..sila baca dengan perlahan dan penuh nada romentik..)

Di depan anda terdapat satu bongkah ais yang sgt sejuk dan keras. Cuba pegang bongkah ais tersebut. Tangan anda terasa sgt sejuk. Cuba rapat kan kedua-dua tangan anda. Gunakan seluruh tenaga anda.. rapatkan tangan anda.. Dapatkah anda pecahkan ais yang keras dan sejuk tu? 

Sekarang.. bayangkan tapak tangan anda mengeluarkan haba yang panas. Anda rasakan kepanasan tersebut semakin menigkat dan meleburkan ais didalam pegangan anda. Ais mula cair. Cuba rapatkan kedua2 tangan anda.

Ok.. Latihan tamat.. Bagaimana? Apa yang anda belajar dari latihan tersebut? Bahagian pertama, walaupun anda berusaha bersungguh2 dengan sepenuh tenaga, anda masih gagal merapatkan tangan anda (kalo dpt jugak ni mesti main tipu nih). Hakikatnya, ais yang keras itu hanyalah bayangan anda.

Kesimpulannya:

  1. Kita mudah membayangkan jalan menuju kejayaan itu dalam bentuk yang negatif. Cthnya: Buat business ni susah, Bukan senang nak kaya, Melabur ni risiko tinggi dan sebagainya.
  2. Sebenarnya kita telah meletakkan satu rintangan yang besar dalam usaha kita untuk berjaya. Selagi kita tak hancurkan rintangan maya tersebut, walau sekeras mana kita berusaha memang entah bila kita akan berjaya.
  3. Apa yang perlu dilakukan, betulkan realiti kita lepas tu berusahalah sebaik mungkin. Anda pastu terkejut sebenarnya sebahagian besar rintangan adalah berbentuk maya, rintangan sebenar tidaklah seteruk mana. Anda telah menjimatkan banyak tenaga dan usaha anda hanya dengan membetulkan realiti anda.

Harap perkongsian ini bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi. Selamat datang ke realiti sebenar. ­čśŤ

-Fuad-

Mari Belajar Menulis

Ogos 25, 2006

Salam Semua,

Satu perkara yang amat bagus untuk dipraktikkan. Belajar menulis. Maksud saya disini ialah menulis business plan. Setiap hari kita akan terjumpa banyak peluang dan idea untuk buat duit tapi ia akan hilang begitu sahaja. Oleh kerana antara hobi saya bercerita, nak bercerita sket… ­čśë

Sejak bermain CASHFLOW E-Game, satu pengajaran yang saya dapat ialah setiap hari kita akan terjumpa banyak peluang. Cuma kita sedar atau tidak. Dan jika kita sedar pun, tiada tindakan dilakukan dan peluang itu hilang begitu sahaja. Saya mula belajar sesuatu iaitu belajar menulis. Setiap peluang yang terlintas difikaran saya atau daripada perkongsian orang lain, saya akan catat. Kemudian, pada masa lapang saya cuba kaji peluang tersebut secara mendalam dan tulis rancangan perniagaan pulak.

Walaupun peluang itu saya rasa tak mampu nak dibuat akibat banyak masalah dan rintangan saya tulis semua hold back factors utk peluang tersebut. Kalau saya jumpa sesiapa sahaja yang berminat dengan idea / peluang yang sama, saya kongsi business plan saya. Semalam, salah satu business plan saya dapat pelanggan pertama.. Apa yang saya buat hanyalah berikan business plan tersebut kepada seorang rakan yang berminat dan saya dah jadi partner dia. Belum pun sempat buat company, dah dapat pelanggan dah.. Alhamdulillah ­čÖé┬áSaya sungguh gembira hari ini (tambah2 lagi dah hari Jumaat.. esok cuti.. yeehaaa..)

Jadi, pengajarannya ialah:

  1. Tulis setiap idea atau peluang yang terjumpa walau sebodoh mana sekalipun.
  2. Kaji peluang anda dan jangan kedekut nk kongsi. Mungkin anda takda masa / ilmu / kemahiran utk peluang tu tapi orang yang ada boleh bantu anda
  3. Bawaklah pen kemana2 anda pergi, selain utk menulis idea ia juga berguna utk menulis no hp awek yang anda ngorat (You never know when and where you get stumble with great ladies, so do great opportunities.. heh.. ­čśë )

Sehingga berjumpa lagi. Mulakan menulis sekarang..

Pengumuman: Kepada mereka2 yang contact saya nak Game CASHFLOW tu, Insya Allah  saya akan pos lepas merdeka. harap bersabar..

-Fuad-

Takde Life..!

Ogos 24, 2006

Salam pembaca Almari Buku semua, 

Pernah dengar tak ungkapan tersebut? Dulu (merujuk zaman U), housemate saya seorang yang teramat rajin study. Tiap kali saya celik je mata, dia dah tercongok dah depan buku tak pon depan komputer. Silap2 mimpi pon sebut formula. Nasib baik saya jenis yang cool jek.. tak terpengaruh langsung.. hahak. ­čśŤ (sila abaikan ayat ini bagi yang masih sedang menuntut) Kerana kerajinan dia, adalah segelintir orang yang kata “Ko ni takde life aaa..dok stadi jek. Banyak bende lagi dalam dunia ni boleh wat tau tak..” Saya – No komen (Dalam hati: Tgklah masa nk antar assignment nnti, sape yang dicarik)

Fuad:┬áSkill Copy Ninja Kakashi peringkat duploh lapan, boleh salin assignment tanpa mengetahui subject apa sebenarnya assignment tu.. heheh.. ­čśë

Sekarang (merujuk sejak mula berniaga di pasar malam), bila di tanya “Balik ni watpe? Nak ikut kitorang layan┬ácinema dak?”

“Aku berniaga kat Pasar Malam, best woo.. singgah aa nnti”

“Ek enaaa.. takde life aa.. Ko telah membazir masa muda ko tau tak?”

Saya – No komen.

Hmmm…saya terpikir. Apa maksud life..? Adakah hidup seperti orang lain itu life? Pilih cara hidup sendiri itu takde life. Adakah bila kita tgk orang yg rutin harian dia tak sama macam kita, kita menganggap dia tak gembira dengan hidupnya.. Yang mampu di ucap..”kesian…” Padahal, mungkin orang itu lebih gembira melakukan perkara yang lain dari orang lain.. Kita tak tahu..

Hari ni saya tulih blog dgn mood yang sgt hepi.. I had choose my own way of life. Slagi apa yang aku buat tak berdosa.. Why not?

Fuad: Erkk.. ada┬á7 AI┬ának kene submit hari ni.. Company tgh nk buang orang ni…Fuad, kerja rajin2.. You can be fired anytime..

Sedikit sambungan ulasan buku Multiple Streams of Income, merujuk kepada duit simpanan, Robert mencadangkan di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Duit Kecemasan (3-6 Bulan perbelanjaan Anda)
  2. 50% Pelaburan Risiko Rendah
  3. 30% Plaburan Risiko Sederhana
  4. 20% Pelaburan Risiko Tinggi

Mengikut kajiannya, ramai orang yang hanya bergantung kepada gaji shj tanpa ada simpanan kecemasan. Jika hari ini dia dipecat, esoknya dia tak boleh survive lagi. Duit takda. Itulah gunanya duit kecemasan. Walau anda di buang kerja dan takda sumber pendapatan lain dah, sekurang2nya anda mempunyai masa 3-6 bulan utk mencari pendapatan baru.

Sementara peratusan pelaburan itu sekadar rujukan. Terpulanglah kepada individu utk memberikan keutamaan dalam pelaburan yang mana satu. Disarankan, semasa masih muda bykkan melabur risiko tinggi, semakin tua ehem ehem berumur ­čÖé , lebihkan pelaburan dalam risiko rendah.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

P/S: Server WordPress dah ok. Kalo nak tgk cover buku Mulitple Streams of Income sila ke post Multiple Streams of Income

Esok milik siapa.?

Ogos 23, 2006

Salam sahabat sekalian,

Semalam saya chat dengan seorang kenalan baru, Reezuan. Setelah chat beberapa kita saya ajukan pertanyaan pasal saham dan rupanya brader ni mmg minat saham. Kira rezeki sayalah jumpa orang yg minat saham saat tgh dahagakan ilmu pasal saham. Reezuan dengan baik hatinya bagi link ke forum dimana terdapat perbincangan pasal saham yang amat menarik. Terima kasih En. Reezuan ­čśŤ

Dalam forum tersebut seorang pakar saham, Nora Ismail menjadi pemandu utama kepada para peminat saham di forum tersebut. Semakin lama saya baca thread beliau, saya dapat rasakan bertapa mulia dan baik hatinya seorang insan bernama Nora Ismail ni. Setiap jawapan kepada sebarang pertanyaan akan dijawab oleh beliau tanpa rasa jemu dan keuntungan dipihak beliau.

Semalam saya balik dari ofis pukul 10 malam sebab baca thread Nora Ismail di sini. Pastu sambung lagi kol 4 pagi sampai subuh. Semakin lama saya baca, semakin kagum dengan ilmu dan kebaikkan Nora Ismail dalam melayan kerenah orang yang baru nk belajar saham. Saya boleh kategorikan diri saya sebagai sentiasa dahaga dan sentiasa mencari ilmu. Golongan yang top of the list saya amat respect ialah orang yang mengajar ilmu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Saya amat respect kat Nora Ismail dan teringin sangat mnjadi kawan baik beliau..tetapi.. Allah lebih menyayangi insan yang mulia. Sayu jugak rasa bila di akhir posting kawannya memberitahu.. Nora Ismail telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah buat beliau..

Saya tertanya2…apakah sumbangan saya kepada orang lain sebelum hari saya tiba nnti. Nak kata harta memang takda sgtlah.. Harap saya dapat sumbangkan sesuatu sebelum dijemput pulang..

Saya simpan ulasan buku Multiple Stream of Income utk post akan datang.. Hari ini nk dedikasikan sebagai muhasabah diri.. Entah esok jadi milik siapa pula..? Hanya Allah yang tahu…

Sehingga berjumpa lagi sahabat sekalian.

-Fuad-   

Multiple Streams of Income

Ogos 22, 2006

Salam semua,

Hari ini saya nk bincang buku baru bertajuk Multiple Streams of IncomeHow to Generate a Lifetime of Unlimeted Wealth daripada Robert G. Allen. Secara peribadi saya amat menyukai buku ini berdasarkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat.

Saya amat sarankan kepada mereka yang serius utk membuat duit, anda harus miliki buku ini dan yang lagi penting, praktikkan apa yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi juga saya mensasarkan pada umur 33 tahun saya melaksanakan kesemua 9 sumber pendapatan yang disarankan oleh buku ni (semuanya sepuluh tetapi ada satu sumber yang tidak┬ádapat dipraktikkan┬ádi Malaysia). Ada 7 tahun lagi.. heh.. Good luck to myself ­čÖé

Pada awalan buku,Robert menegaskan sebelum anda mempraktiskan apa yang diajarkan, anda perlu tahu 7 kemahiran wang iaitu:

  1. Menghargai duit
  2. Mengawal duit
  3. Simpan Duit
  4. Laburkan Duit
  5. Buat Duit
  6. Jaga Duit
  7. Kongsi Duit

Kemahiran tersebut adalah mengikut turutan. Selagi anda tidak pandai dengan kemahiran pertama sgt susah anda utk mempelajari kemahiran ke-2 dan begitulah seterusnya.

Asas yang paling utama yang cuba disampaikan, Robert menggambarkan kekayaan atau duit sebagai sebuah kolam takungan. Terdapat air yang mengalir masuk dan juga yang mengalir keluar dari kolam tersebut. Tugas anda ialah memastikan air ditakungan itu sentiasa ada, lagi bagus airnya bertambah setiap masa ­čśŤ . Secara logiknya, untuk bertambah, air yang mengalir masuk mestilah lebih banyak dari yang megalir keluar.

Mengikut Robert Allen lagi, air yang mengalir masuk kedalam kolam itu berasal dari 3 buah gunung iaitu:

  • Hartanah
  • Pelaburan
  • Pemasaran

Daripada tiga gunung tersebut, mengalirlah 10 batang sungai yang menjadi sumber pendapatan anda. Kalo dilihat senarai 10 sumber pendapatan ini, kerje makan gaji dan full-time business takda. Pendapat saya, Robert hanya senaraikan pendapatan yang anda boleh lakukan walau sekadar part time sahaja. So, no more excuse. Jom kita tengok apa nama sungai2 tu:

  1. Saham risiko rendah
  2. Saham risiko sederhana (saham agresif)
  3. Option / Futures (risiko Tinggi)
  4. Jual Beli Hartanah
  5. Beli Hartanah yang di lelong
  6. Bayar cukai orang lain – bukan utk org Malaysia
  7. Network Marketing MLM
  8. Peniagaan Maklumat (Infoprenuering)
  9. Harta Intelek
  10. Perniagaan Internet

Sumber 1-3 adalah sungai yang mengalir dari gunung pelaburan. Sumber 4-6 adalah sungai yang mengalir dari gunung hartanah. Sumber 7-10 adalah dari gunung pemasaran.

Bagaimana? Adakah anda memiliki sekurang2nya satu dari 10 sumber pendapatan tersebut? Anda bersemangat utk memulakan sumber pendapatan tersebut? Saya sgt teruja ­čśŤ Sehingga berjumpa lagi utk entry akan datang. Fikir2kanlah..

-Fuad-