Kenapa tidak sekarang?

Salam semua,

Tajuk post ni saya dedikasikan sebagai “walk away message“. Dalam setiap iklan, “walk away message” ini amat penting kerana apabila bakal pelanggan membaca sesuatu iklan, apakah mesej terakhir yang dia dapat setelah habis iklan tersebut menjadi ukuran gagal atau berjaya nya sesuatu iklan. Jadi harapan saya, setelah anda habis membaca post hari ini, anda akan bertanya diri anda Kenapa Tidak Sekarang?🙂

Post kali ni saya nak fokus membayar hutang tertangguh kepada pembaca iaitu berkaitan ulasan buku dan kisah Kak Izan. Mari kita mulakan dengan ulasan buku ‘Menjejaki Jutawan Senyap’.

Dalam buku ni, Dr. Rusly menggunakan pendekatan bercerita(story telling) yang membuatkan isi kaandungannya tidak terasa berat. Mesej yang cuba disampaikannya juga jelas walau dengan kaedah bercerita. Pada awalan bab Dr. Rusly mendedahkan siapakah jutawan senyap, langkah-langkah utk menjadi jutawan senyap (way of thinking) dan akhir sekali kisah-kisah benar jutawan senyap yang beliau kenali.

Sebagai seorang pegawai bank sebuah bank perdagangan, Dr. Rusly mula mengenali para Jutawan Senyap kerana mereka menyimpan duit secara konsisten. Jutawan senyap ini menjalankan perniagaan yang dikategorikan oleh orang ramai sebagai tiada class tapi mereka mampu meraih pendapatan yang melebihi orang kebanyakkan. Mereka terdiri daripada peniaga pasar malam, penjual air tepi jalan, penjual roti dan gerai makan.

Perkara penting yang dapat saya belajar (selain mendapat motivasi dan semangat yang berkobar-kobar :-))  ialah:

  • Anda mesti pandai menilai peluang dan gunakan peluang tersebut
  • Anda mesti betulkan pemikiran anda untuk berjaya
  • Malu mesti bertempat, dalam bisnes tak boleh malu

Untuk lebih lanjut kenalah beli buku ni. Masa saya beli dulu harganya RM29.00. Sekarang ni dah cetakan baru dan kulit buku pon dah berubah. Apapun, saya betul-betul rekemenkan buku ni. Buku yang sangat bagus.

Ok..sekarang kisah Kak Izan. Kak Izan ni masih belum berkahwin dan umurnya dalam 30-an. Mempunyai banyak pengalaman kerja, dengan resort lah, kedai-kedai dan akhir sekali di shopping complex. Dia dah merantau kat byk negeri di Malaysia ni untuk bekerja. Orangnya simple, tiada kenderaan persendirian hatta telefon bimbit pun. Bagusnya Kak Izan ni, duitnya dihabiskan untuk orang tuanya di kampung. Setelah membaca buku “Menjejaki Jutawan Senyap”, Kak Izan terus menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja dan mulakan perniagaan nasi lemak. Yang memeningkan kepala, Kak Izan pun baru nak belajar buat nasik lemak. Dia begitu yakin dan tetap dengan pendiriannya. Mengikut Kak Izan, dia mempunyai ramai kawan dari golongan pelajar, pekerja kilang, peniaga yang boleh tolong mempromosikan nasi lemaknya. Selama ini dia tak nampak peluang berniaga yang ada di depan matanya. Kak Izan dah pun berhenti kerja dan mulakan bisnesnya. Saya pula dah terputus hubungan dgn Kak Izan, nak telefon pun takda nombor. Saya akan cuba jejaki dia dan kongsikan perkembangan beliau nnti🙂

Kesimpulannya, jika anda seperti Kak Izan yang dah lama menyimpan hasrat nk memulakan perniagaan, saya syorkan beli buku Dr. Rusly ni. Jika anda masih tak dapat idea nk mulakan perniagaan jugak, hubungi saya (banyak idea bisnes tapi tak cukup masa je nk buat). Sampai berjumpa lagi..

-Fuad-

Coming soon…Marketing approach berniaga di Pasar Malam

Explore posts in the same categories: Buku Motivasi, Perkongsian Pengalaman

8 Komen di “Kenapa tidak sekarang?”

  1. dayah Says:

    wah,awak ade byk idea bisnes tu?
    leh la kongsi..saya ni melepak je dok umah..actually tunggu posting tp tak tau biler…
    fuad, u stay kt png ker?

  2. Fuad Says:

    Yup..saya dok kat Penang.. Kalo nak discuss pasal idea tu.. feel free to contact me.. yahoo id: ahibrahi , skype id: fuadibr

  3. akirasuri Says:

    menarik!!boleh jadi bahan untuk tesis saya…ahaksss…terus menulis, menulis terus…

  4. dayah Says:

    ehh ko ni akirasuri..nyebok jer..mn aku ade..kt ctu gak ko nk nempel :p

    ok fuad,sy ni biase gak ngan png..4 thn dok sana,ehe
    selasa dpn sy p png lor..
    i add ur id later wokeyy!!
    sonok ar dpt knl ngan org yg mnt bisnes nih…sometimes we need fren to encourage us rite?

  5. Fuad Says:

    Ni kire pegi konvo USM la ni.. ingat nak masuk konvo USM tapi bos soh pegi Singapore plak.. kecewa2..😦 kalo boleh masuk USM tu..terus bleh cover sebulan punyer sale tu… Kalu dayah nk niaga bleh pinjamkan gerai.. nak?😛

  6. dayah Says:

    aah,klu meniaga masa konvo leh kayo tuu..
    tp apply tapak gerai sebln yg lalu la fuad…skg mst tak dpt dah
    g singapore? tak dpt le jumpe..klu tak leh usha2 gerai fuad,hikhik

  7. Labanon Says:

    Baguslah jika anda sudah mula berniaga & buat pengetahuan anda tidak sampai separuh rakyat malaysia yang dapat menguruskan wang dan sedar tetang masalah kewangan😐

  8. Fuad Says:

    Dayah: Bos baru cakap ada possibility pegi Singapore cancel. Ada can bukak kat USM ni🙂 Tak apply lagi takpe, boleh carik gerai yang kecik share tapak. Itulah guna PR skill dalam business.. heh.. Kalo ada rezeki kat konvo nnti, singgah2 la gerai saya ye..

    Akasuri: Apa cadangan utk tajuk tesis. manalah tau kot2 boleh tolong carikkan bahan.

    Lebanon: Bagi saya, kita yang sedar perlulah memainkan peranan menyedarkan mereka yang tidak sedar. Salah satunya melalui perkongsian pengalaman kita sendiri? Lebih2 lagi kat adik2 yang belum lagi menempuh alam pekerjaan. Betul tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: