The Road Less Traveled

Salam semua,

Tajuk post kali ni, “Jalan yang jarang dilalui” merujuk kepada berniaga di pasar malam. Kalau lah ditanya kepada pelajar2 sekolah rendah hatta menengah sekalipun, tak pernah saya mendengar cita-cita menjadi penjaja pasar malam. Businessman mungkin ramai. Waktu saya adakan kursus motivasi di sebuah sekolah kawasan pendalaman Bintulu, Sarawak dulu rata2 bercita2 menjadi polis (mungkin pengaruh gerak khas :-P), askar, pekebun, cikgu dan nelayan. Tiada jugak yang nk jadik penjual pasar malam.

 Bagi saya, cita2 adalah matlamat akhir dan pasar malam adalah stepping stone untuk mencapai cita2 tersebut. Kalau ditanya peniaga pasar malam sendiri, cita2 mereka ialah membuka perniagaan yang besar suatu hari nanti. Kita (merujuk kepada usahawan) memerlukan asas pengalaman yang kukuh sebelum mencapai cita2 dan asas itu selalunya terdiri daripada business yang memerlukan modal yang sikit cthnya Pasar Malam, business online, MLM dan sebagainya. Apakah asas perniagaan anda?

 Semalam saya berjaya jual 27 cup iceblended (bawah average :() tapi saya mendapat pelajaran berguna dari Apek sebelah gerai saya. Dia seorang yang lumpuh sebelah badan (strok) akibat darah beku di otak. Mengikutnya dulu dia seorang manager besar sebuah syarikat gergasi di P. Pinang dan ramai kenalannya terdiri dari orang2 besar. Mungkin akibat tekanan kerja yang teruk, dia kini lumpuh setengah badan dan menjadi penjaja Pasar Malam. Nasib mungkin tak menyebelahinya. Sedih bukan? Tapi tahukah anda berapa keuntungan dia satu malam sekarang? RM100 – 200 satu malam. Pasar malam saja dah gaji RM 6000 sebulan, tak campur lagi business dia di siang hari lagi..

Masa saya mulakan pasar malam saya dulu, saya sedar sebagai pendatang baru sudah pasti agak sukar untuk menarik pelanggan datang. Apa yang saya buat? Saya turunkan profit margin saya dengan memberikan top-up percuma (kacang, choccolate rice, chocolate chip, kismis, chocolate syrup, strwberry syrup). Hasilnya, ramai regular customer saya akui topup tersebut merupakan tarikan utama mereka. Bak kata Sloan Brothers, “listen to your customer and nothing can stop you to be succesful in your business” (petikan dari buku Start-up Nation).

Itu tip untuk hari ini, banyak lagi tip2 yang akan saya kongsikan samaada melalui pengalaman sendiri atau rakan2 peniaga. Nantikan ulasan buku seterusnya, buku yang saya berharap sangat saya membaca buku ini lebih awal. Satu rujukan yang amat penting untuk orang yang mahu mencapai kebebasan kewangan (financial freedom). Buku dari Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

4 Komen di “The Road Less Traveled”

  1. dayah Says:

    awak keje ape fuad? motivator ker?
    btw,niaga kt psr mlm mn? sungai dua ke kt tapak pesta?

  2. Labanon Says:

    Ya.. jgn dipandang hina kerja penjual pasar malam.. rumusanya ialah JANGAN MEMILIH KERJA..

  3. Fuad Says:

    Dayah: Motivator kepada diri sendirik jek😛 Keje kilang kat penang. Motivasi student tu dulu masa keje kat Bintulu (program amal company). Kalo ari ahad kat tapak pesta. Sungai dua tu malam apa? Tgh carik yang dekat2 USM sebab ice blend ni peminat dia golongan muda mudi.. heh..

    Labanon:🙂 Semua kerja yg halal itu mulia…

  4. akirasuri Says:

    huhuhu kagum…dulu masa saya kecik-kecik pun pernah ada cita-cita nak berniaga dipasar malam…

    apa pun kita harus contohi semangat perniagaan bangsa cina, kuat semangat, rajin dan tabah…saya tabik kat awak :]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: