Sudahkah anda memiliki rumah sendiri?

Salam pertemuan,

Hari ini saya ingin berkongsi kisah sedih saya harap jadi pengajaran buat semua. Begini kisahnya (baca dengan nada sedih..)

Tiga tahun yang lepas, selepas sahaja grad dari UTP saya ditugaskan di Malaysia LNG Sdn Bhd bertempat di Bintulu, Sarawak. Masa tu walau gaji kecik lagi, baru start kejelah katekan, saya mampu menyimpan lebih dari 25% dari gaji saya.

Malangnya pada bulan Ogos 2004, saya singgah disebuah hotel ternama di Bintulu (nak tumpang toilet jek sebenarnya) ada promosi Service Apartment dari Syarikat Dataran Mantin. Kerana termakan dek salesman tu, saya pon belilah sebuah service Apartment di Nilai dengan harapan sebagai positif Cash Flow. Kononnya Apartment tersebut akan disewakan kepada student Kolej Lagenda dengan jumlah sewaan RM1000+. Lepas dihitung2,saya perlu bayar kepada bank selama 30 tahun (lama tuu…) sebanyak RM900, so positif cash flow sebanyak RM100 lah.

Saya pon balik tersenyum dengan angan2 membuat pelaburan terbaik dalam hartanah. Dahla tak perlu bayar downpayment, cukup dengan earnest deposit RM5000 saje. Kira masa tu dah terasa hebat macam Azizi Ali dah.. hahak.. Tapi… bila service apartment tu siap, tak ramai student yang mau tinggal kat situ kerana byk lagi tempat yang jauh lagi murah.

Inilah biggest investment mistake saya. Sekarang hampir 1/3 dari gaji setiap bulan bayar hutang bank.. Isk-..isk..isk..

Iklan: Sape nak beli Service Apartment, Sri Jasmin di Nilai sila hubungi saya.😉

Pengajarannya, fikirlah 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun hatta 30 tahun kehadapan sebelum membuat sesuatu pelaburan yang besar.

Untuk sambungan Rich Dad Poor Dad, asas ke-4 ialah berkaitan Syarikat dan Cukai. Perbezaan utama antara cukai individu dan syarikat ialah :

Syarikat : Untung >> Belanja >> Bayar Cukai

Individu : Pendapatan >> Bayar Cukai >>  Belanja

Itulah kelebihan syarikat, setelah tolak perbelanjaan semua barulah di bayar cukai tetapi kalo anda makan gaji, lepas bayar cukai yang baki tu barulah anda boleh belanjakan. Besar faedahnya kalo ada syarikat kerana setiap apa yang ada belanjakan merupakan penolakan cukai utk anda.

Jadi mulakanlah syarikat anda sendiri. Untuk rujukan penubuhan syarikat boleh rujuk http://lelabu.com/blog/index.php?paged=2

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

9 Komen di “Sudahkah anda memiliki rumah sendiri?”

  1. fiq Says:

    uh uh. apsal lambat arini? heheh hm..gitu ye..so , skang kat situ xde orang sewa langsung ke? mesti ade jalan tu..hmm…

  2. Fuad Says:

    Heh..ari rabu ada telecon dgn bos2 besar kat US. Lambat sket. Takde orang sewa lagi tapi aku igt nk turunkan sewa murah2 je. Pegi tanya2 student kat ctu brapa derang sanggup sewa. Daripada terbiar tu.. at least ada gak income..

    Fiq, blog ko kalo nk comment kene register dulu?

  3. fiq Says:

    aku dah update da blog tu, da bole rasanye komen..um um

  4. ringgithit Says:

    Hmmm…. Fuad….. nampaknya kena belajar ilmu dengan Azizi Ali lagi ni😉

  5. Labanon Says:

    ;)….. nice try… haha anyway pengalaman paling berharga tuhs $$

  6. Fuad Says:

    Itulah..ilmu tak cukup lagi dah terasa terer dah.. huhu..

  7. nana Says:

    nak tanya.. ada tak u buat complaint kat Syarikat Dataran Mantin tu pasal service apartment nih? I pun kena jugak, and too bad skrg kena black list ngan bank sebab I pegi US 2 tahun and mmg ingatkan dpt penyewa (syarikat uruskan).. rupanya tidak.. so, any update boleh bagi info tak? email me lah.. thanks.

  8. din Says:

    tak payah bayar kat bank, naik court bagitau kat tok hakim kita kena tipu oleh bank and pemaju. betapa senang bank lulus loan without deposit and pemaju pula dgn confident kata ada penyewa.Nak bagus lagi bagitau kat tv3 biar kerajaan negeri melenting sebab nanyakan rakyat.sebab project tu adalah pemaju dengan kerajaan negeri.

  9. Atan Says:

    Hello,

    Dah ramai orang buat aduan tentang company ini.

    Yang first :
    http:/dataranmantin.blog.com

    Yang lebih detail :
    http://lagendagroup.blogsome.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: