Saudagar Senja

Salam semua,

Kita mulakan dengan cerita. Kisah ini berlaku pada hari Isnin 14 Ogos 2006 bertempat di pasar malam Bukit Gedung, Pulau Pinang.

Baru je saya nak berehat (sebelum tu dok layan customer ramai ;-)), tetiba ada sorang kakak ni datang. “Dik, ni blender brape harga adik jual?”. Saya blank jap.”Erk..saya jual iceblend kak. Bukan jual blender.. heh.” Saya tersengih. Dalam hati, kalo business tak bagus malam ni mau aku jual blender tu kang.

Ini adalah kisah benar, bukan rekaan. Apa yang saya dapat simpulkan disini, satu kekuatan Pasar Malam ialah, orang yang pegi ke pasar malam memang tujuan utama untuk membeli. Kalo compare dgn gerai tepi pantai, kaki lima dsb, tujuan utama orang kesitu bukanlah untuk membeli.

Berbaloi utk diulangi, majoriti orang pegi pasar malam memang nk membeli (mungkin ada 2-3 kerat yang nk usha2 orang :-P). Jadi anda juallah apa saja, potensi utk ada orang beli adalah besar. Post kali ni saya nk dedekasikan kepada orang yang berminat berniaga di Pasar Malam, samada secara serius, try2, main2, nak test power, bosan lepak rumah, suke tgk orang ramai dan apa saja tujuan.

Langkahnya teramatlah mudah.

  1. Petang ni pegi Pasar Malam berhampiran dan tanya peniaga disitu, siapa ahli persatuan pasar malam.
  2. Jumpa orang berkenaan pastu mintak kebenaran dia nk bukak gerai.
  3. Pastu mintak lesen dari Majlis Daerah / Pembandaran ( boleh rujuk http://www.epbt.gov.my/html/displayState.asp?cat=Perlesenan )
  4. Bukak lah gerai anda. Siap. Anda adalah saudagar senja.

Langkah diatas adalah langkah skema dan general utk semua. Tapi kalo kat Penang ni teramatlah mudah. Kalo anda dok area Penang, petang ni jugak anda boleh bukak gerai. Ini langkah2nya.

  1. Petang ni pegi pasar malam berhampiran sambil bawak barang nk di jual
  2. Pegi tempat yang kosong pastu tanya orang sebelah “Bang/Kak/Pak Cik/Tauke (Sila gunakan kata gantidiri yang sesuai), tempat ni ada orang tak?”
  3. Ulangi langkah 2 sehingga jawapannya tidak (pastikan bukan tempat yang sama, sebab kalo tanye orang sama soklan yg same berkali2, kene pelangkong saya tak jamin :-P).
  4. Juallah barang anda disitu. Habis cerita. (Nota: Nanti ada ahli JKK atau persatuan pasar malam kutip yuran pembersihan sampah RM2 – 4)

Nah..! Itu sahaja. Sape2 pon boleh buat. Good Luck pada sape2 yang nk mulakan perniagaan pasar malam. Kerja ni memang penat tambah2 lagi kalo wat part time dan baru balik dari kerja, tapi memang seronok dan dapat belajar banyak perkara. Trust me…🙂

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

13 Komen di “Saudagar Senja”

  1. EZLY Says:

    tahniag dan syabas, saya percaya anda pasti berjata menjadi saudagar senha suatu hari nanti…

  2. fiq Says:

    woh, lambat hang arini, hehehehehhe ok ok, info bagus. camne? jual ke blender tu? hehehehheheheh

  3. Fuad Says:

    Wah.. big bos http://www.myiceblenz.net pon bersuara. Satu pencapaian baik utk blog ni.. Heheh.. TQ Bro Ezly.

    Kalo aku jual camne nk niaga esok Fiq. Hahak.

  4. EZLY Says:

    Cuma kata2 perangsang…yang paling penting tindalan anda sendiri…zassss

  5. roshaizul Says:

    huh…mudahnya nak berniaga kat pasar malam. tapi…aku nak jual apa ek. ko ada idea tak fuad?

  6. akirasuri Says:

    salam fuad..
    ahakss berkenaan dinar emas ni, nak implemen sesuatu sistem ekonomi tu mmg susah sikit lah, perlu masa sebab sejak dari kita lahir [dari merdeka] negara ni dah guna sistem kapitalis, sistem ekonomi konvensional jadinya perubahan ke arah sistem ekonomi islam adalah memakan masa kecuali ada seorang pemimpin yang betul-betul faham tentang ekonomi [mslhnya sekarang ni pak-pak menteri bukan yang arif dan terdiri dari kalangan orang ekonomi tapi lebih berpegang kepada fahaman accounting], jadinya ke arah pengimplimentasian ekonomi islam adalah susah sikit le nak berjalan…yelah dah terbiasa dengan kapitalis kan…ahaksss….

    emmm pasal pertanyaan fuad tentang ‘besh’ ke belajar ekonomi tu…terus terang saya katakan ekonomi bukan suatu bidang pilihan saya tapi saya telah ‘dipaksa’ dan disuruh oleh abang saya untuk mengambil kursus ni masa mula-mula dapat tawaran dulu…ahaksss…emmm secara keseluruhannnya, bidang ekonomi adalah satu bidang yang sangat menarik, fuad boleh buat andaian tentang pelbagai perkara dalam ekonomi dan keputusan dalam pengurusan etc…huhuhu

    nota budak sekolah: dah ada keputusan ke nak sambung belajar dalam bidang apa ;p…oh ye, nanti ada masa saya turun penang, jangan lupa belanja saya ice blended ek :p

  7. Fuad Says:

    Roshaizul: Kalo aku nk suggest mmg byk lah. Kalo ko nk yang sistematik dan proven track record boleh join Ezly http://www.myiceblenz.net dan aku ada nmpak pizza segera yang kecik tu laku byk gak (Konsep sama macam myiceblenz tapi jual pizza). Kalo barang macam teddy bear kecik2 ni tak ramai orang jual kat pasar malam tapi yang ada aku tgk laku gak. Import from China. Kalo ko nak kontek eksporter China ni email aku ahmadfuad.ibrahim@gmail.com Actually memang macam2 lah barang ko bleh jual. Apa kata carik barang yang ko senang nk dpt dulu, pastu try. Jgn beli byk2, wat trial market dulu.

    Akirasuri: Wah.. excellent sungguh explaination pasal dinar emas tu. Mekasih. Pasal Elektrik & Elektronik Engineering dah blajar. Sekarang dok pikir nak ambik MBA majoring dalam accounting ker, economy ker, marketing ker. Huhu.. Pening2.. Sampai sekarang tak tau lagi nk yang mana satu. Kalo drop Penang, no halnyer leh blanja. Make sure bagitau password dulu..😉

  8. akirasuri Says:

    ambil ekonomi pun ok jugak, sekarang pasaran perlu ramai pakar ekonomi…huhuhu…
    he he he pswd nyee ape tu fuad??:p

  9. Fuad Says:

    Akirasuri: Saya tak risau pasal pasaran sebab saya nak belajar bukan sebab nak mkn gaji. Anyway, thanks for advice. Tak tahu passwordnye? Aik..ni betul ke Akirasuri yang ori ni? Hurm….

  10. fiq Says:

    um…um..aku blur jap..da 2 ari xwat entry, masalah sistem saraf otak lol

  11. Labanon Says:

    Wah. usahawan senja.. aku berminat nihs nak mulakkan suatu hari nanti😀.. Fuad bagus laa blog ko😉 Memang cun laa idea

  12. Fuad Says:

    Tenkiu2..🙂 Bulan pose nnti x leh jual iceblend dah. Ingat nak jual dadih plak. Baru dapat kontek pembekal powder dadih yang senang utk dibancuh. Sape berminat nk try ke dulu powder tu bleh bagitau.. kire tulun2 membe ni..xde promotion charge..

  13. minx Says:

    salam. sy student kat penang. erm, sy dan rumet sbenanye nak bukak gerai jugak kat pasar malam. tp mungkin lepas puasa. mak sy cadangkan jual ayam percik. n mak rumet suro jual nasik bukhari. ape pndapat encik fuad?😀


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: