Keputusan yang tepat

Salam pembaca Almari Buku,

Hari ini saya nk bercerita pasal membuat keputusan kerana saya ada kisah sedih semalam. Sebelum dengar kisah tindakan ‘bodoh‘ saya semalam kita mulakan dengan tagline post dulu.. heh..🙂

Setiap hari kita membuat keputusan. Setiap keputusan yang kita buat akan memberikan kesan yang berlainan kepada kita. Semakin bagus kepakaran kita membuat keputusan, semakin mudahlah kita berjaya dalam hari2 mendatang.

Flashback kisah semalam:

Tepat pukul 5.45 petang saya bergegas keluar opis sebab nk hantar barang kat vendor. Malangnya vendor tu tukar appointment pulak so saya pun teruslah nak balik rumah. Bleh balik awal.. hehe😛 Dalam poket saya masa tu ada RM10.72 yang tinggal. Meter minyak dah tunjuk tgh nazak dah. Saya masa tu bercadang nk isi minyak tapi…. baru saya perasan yang saya dah tertinggal majalah Personal Money yang saya beli semalam kat opis. Alamak..!! Apa aku nk baca malam ni. Takkan nk tgk TV je kot.

Flashback crita 2 malam lepas:

Saya kat kedai majalah. Sebab sekarang saya tengah gila nk belajar saham (target next year bleh start beli saham). Saya carik2lah majalah yang ada ajar sikit sebanyak pasal pasaran saham. Ada 2 majalah yang menarik perhatian dan saya mampu (tgh bulan lah katekan) iaitu Personal Money dan Smart Investor. Dah puas blek2 tgk topik2 mmg susah nk wat keputusan sebab dua2 menarik. Last2 saya beli Personal Money, sebab murah RM1.00 dari Smart Investor ;-) 

Berbalik kisah semalam:

Kebetulan pulak saya lalu depan kedai majalah. Aduh… bosan malam ni tak buat apa ni. Agak2nya minyak ni boleh tahan sampai pagi besok kot. Tawakkal lah. Kerena mengikut nafsu saya akhirnya menghabiskan duit RM10.00 membeli majalah Smart Investor plak. Nak jadikan cerita, jalan je kejap pastu padam terus kereta. Hahahahak. Padan muke. Terpaksalah berlari anak ke stesen minyak dan pakai kad kredit. Isi RM5 pastu boh dalam botol air mineral. Muat la 3 bijik botol.Lawak betul. Nak tolak kereta yang sarat dengan pasar malam tu ke tepi jalan dah satu hal dah. Huhu..

Pengajaran:

  1. Isi minyak kereta adalah priority yang paling penting
  2. Kadang2 kad kredit ni berguna
  3. Sediakan botol kosong dalam kereta anda utk tujuan kecemasan.
  4. Stesen Minyak adalah perniagaan yang sgt mulia – terima kasih kat brader yang sama2 selongkar tong sampah carik botol kosong. 
  5. Buatlah keputusan bijak, jangan jadi bodoh tak bertempat (kutuk diri sendiri, tiada kaitan dengan pelakon / sesiapapon).. huhu 

Ok, sekarang sambung ulasan Rich Dad Poor Dad asas ke-5 iaitu orang kaya mencipta duit (The Rich Invent Money). Dalam menerangkan asas ni, Robert Kiyosaki telah bagi beberapa contoh bagaimana dengan senang dia mendapat keuntungan dari hartanah dan saham. Tetapi, utk mencapai tahap sebegitu, seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang matap dalam 4 bidang iaitu:

  • Pengurusan Kewangan
  • Strategi Pelaburan
  • Pasaran
  • Undang-undang

Mari kita sama2 menilai stakat mana pengetahuan kita dalam 4 bidang tersebut. Harap anda dpt belajar sesuatu. Jumpa lagi…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum

9 Komen di “Keputusan yang tepat”

  1. EZLY Says:

    Alahai…kesiannya…sik baik pump station dekat…

  2. fiq Says:

    aduh..aku busy arini xnyempat2 nak check blog2 adess…um, lenkali minyak tu simpan lebih sket, wahahah wat stock

  3. Fuad Says:

    Itulah pasal. Aku ingat nk invent something mengatasi masalah minyak abes nilah. Macam konsep ‘battery buddy’ yang dicipta akibat masalah battery kereta kong (spesis yang lupa tutup lampu kereta). Dah jadi jutawan mat saleh tu. Padahal senang je battery buddy 2.. macam battery spare tapi kecik dan mudah dibwk. Sape2 ada idea nk cipta ‘fuel buddy’ plak, inilah peluang baik. Aku jadi pelanggan pertama.. heheh😛

  4. Labanon Says:

    YA……. kad kredit amat berguna jika kene caranya. Cara menguruskan wang adalah perkara yang paling sukar😀

  5. akirasuri Says:

    fuad..hati-hati ketika mahu melabur di pasaran saham…tak salah tapi takut nanti tak halal pula…make sure fuad melabur dalam pasaran saham syariah [sekarang byk ditawarkan]….ha ha ha cerita pasal minyak habis ni, saya pernah kena tolak kereta sebab nak jimatkan minyak punya pasal…lawak lawak…;p

  6. Fuad Says:

    Hurm..betul2.. nak yang halal jek.. Yang tolak kereta nak jimatkan minyak tu memang keputusan tepat. hahak..😛 Akirasuri, nk tanyer sket pasal saham ni, Futures / Option tu halal tak in ur opinion?

  7. ringgithit Says:

    Wah…. bro Fuad pandai jugak dalam Futures/Option ya. Nanti leh kongsi kat sini ye. Saya ada juga belajar sikit2 tapi belum praktik lg, buat virtual tu ada la…. huhu…..

  8. Fuad Says:

    Heh..takda lah terer pon. Saya budak baru belajar. Kalo dah betul2 konfiden nnti boleh la share kat blog utk perkongsian bersama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: