Halimunan? Serlahkan dirimu…

Salam pembaca Almari Buku,

Sebelum saya berniaga di Pasar Malam, saya pernah juga berniaga di shoping complex. Saya berniaga iceblend di Bukit Jambul Shopping Complex selama sebulan. Masa tu jiran saya ialah Abang Mat dan Abang Ki. Abang Mat mejual handmade wallet dan Abang Ki plak jual keychain dan rantai.

Sepanjang pemerhatian saya walau Abang Ki masih baru tetapi jualannya sangat bagus berbanding Abang Mat. Saya pernah bertanya Abang Mat tentang Abang Ki. Katanya “Itu rezeki dia. Kadang2 jeles la jugak”

Sebaliknya bila saya tanya Abang Ki, dia menyuruh saya buka mata. Pandang sekeliling. Jangan pandang tapi tak nampak. Satu ilmu yang sangat berguna yang saya belajar dengan Abang Ki ialah skill pemerhatian. Peka dengan keadaan sekeliling merupakan skill yang sangat penting. Saya ulangi, sangat PENTING.!

Nota: Abang Ki juga percaya pada rezeki, tapi dia juga percaya dengan ilmu dan usaha.

Dengan bantuan Abang Ki, saya perasan terdapat 3 ciri-ciri penting digerai2 yang ramai pengunjung (kebanyakkannya kedai2 yang dimiliki orang Cina) iaitu:

  1. Pencahayaan (Lighting)
  2. Gambar yang menarik dan senang nampak.
  3. Penggunaan prop2 yang menarik.

Perlu dingatkan, ini ilmu yang saya belajar melalui pemerhatian selama sebulan. Saya percaya lebih banyak ciri2 yang perlu diberi perhatian untuk menarik pelanggan. Secara asasnya, tujuan utama ialah supaya orang ramai nampak gerai anda. Serlahkan diri anda.

Sebagai contoh, pencahayaan adalah sangat sangat sangat penting. Saya sendiri tak percaya pada asalnya. Alasan saya “Buat apa nk pasang lampu, shopping complex tu kan terang benderang. Takde bezanya lampu atau tidak

Abang Ki bawak saya ke satu sudut tidak jauh dari kedai kami dan suruh saya pandang gerai kami bertiga. Dia tanya “Gerai mana yang hang nampak mula2 sekali?” Jelas, walau pun hanya menggunakan lampu kalimantang (harga RM15) gerai Abang Ki lebih menyerlah berbanding gerai saya dan Abang Mat. Walau hiasan dan gambar gerai saya lebih menarik (terima kasih kat Ezly www.myiceblenz.net atas design yang menarik :-P), pencahayaan memainkan peranan yang lebih utama. Selepas pencahayaan barulah gambar diikuti dengan penggunaan prop dan hiasan.

Saya dah plan nak beli lampu yang lawa tapi akibat masalah teknikal saya buat keputusan utk meneruskan perniagaan saya di Pasar Malam pulak. Bagi anda yang ingin berniaga, cuba apa saja cara untuk menyerlahkan anda berbanding peniaga disekeliling anda. Percayalah, ia amat berbaloi.πŸ™‚

Esok saya akan habiskan ulasan buku Rich Dad Poor Dad dan boleh kita teruskan dengan buku baru plak. Sehingga berjumpa lagi… Salamzzz…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum

8 Komen di “Halimunan? Serlahkan dirimu…”

  1. akirasuri Says:

    wah bagus…boleh saya gunakan sebagai kajian untuk kos eksplisit dan kos implisit saya ni…huhuhu [maceh bagi idea]…ape pun strategi perniagaan perlu kreatif dan ketajaman daya fikiran membaca fikiran dan persekitaran mampu menarik lebih ramai pelanggan…huhuhu…nanti saya datang penang, saya tolong fuad jual IB sehari ye…huhuhu…

  2. Fuad Says:

    Wah..istilah baru.. Eksplisit dan Implisit.. Penama rimau tu akirasuri? Nk praktikal jual IB no hal… Make sure kene pecahkan rekod jualan..πŸ˜‰

  3. akirasuri Says:

    huhuhu kos eksplisit tu kos nyata, kos yang kite nampak contoh upah buruh etc…
    kos implisit ni kos yang tak nyata, contohnya kita gunakan aset-aset yang kita dah ada untuk perniagaan…dalam perakaunan, kos implisit ni tak dimasukkan tapi dalam ekonomi kos implisit ni mesti dimasukkan…huhuhu

  4. fiq Says:

    aku xpaham..pelesit aku tau la hohohoho~

  5. fiq Says:

    aik..apsal xmasok2 msg aku ni..hmm….aku xpaham korg ckp..pelesit aku tau la

  6. Fuad Says:

    Oooo.. macam tu (sambil mengangguk 3x). Trima kasih. Byk blajar ngan Akirasuri. Boleh jadi ekonomi nntiπŸ˜›

  7. fiq Says:

    …aku da bape kali komen kat sini…xmasok2….sedey…..

  8. Fuad Says:

    Asal jadi camtu? urm.. ko rasa apa sebab dier? Aku kene set ape2 tak? (saya budak baru belajar)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: