Hikayat Sebatang Besi

Salam pertemuan semua,

Sejak 2 minggu lepas, display board saya senget sket. Sebabnya batang besi penyambung tu dah bengkok. Kenapa besi tu bengkok, begini ceritanya….

Pada suatu malam yang hening…di sebuah apartment murah di Bukit Gedong, Pulau Pinang. Izzat sedang menonton TV. Sementara Nazri sudah berehat di biliknya, penat baru balik dari kerja. Tiba2….

Jat…ada orang nok curi muto aku..!” Nazri keluar dari bilik tergopoh-gapah sambil terus menyambar sebatang besi (besi itu kepunyaan gerai Fuad yang sedang bercuti di kampung). Izzat terus menambil pisau di dapur dan berlari mengikut Nazri dari belakang.

“Woii..!! Pencuri.. Nate nih..Puah idup doh ko..!!” Nazri menyergah sekuat hati dari atas tangga (dialog direka oleh pengarang utk menyedapkan cerita, pencerita asal hanya memberitahu Nazrimenjerkah‘ sahaja, dialog yang detail tidak diceritakan ;-) )

Ketika tu pencuri ada 4 orang. Kira 2 lawan 4 memang bukan tindakan yang bijaklah (Nazri buat keputusan yang bijak dengan menyergah mereka). Terkejut dengan sergahan tersebut, pencuri cepat2 melarikan diri. Izzat membaling pisau tapi sasaran tidak mengena. Nazri dengan machonya melibas motor pencuri tetapi hanya plat terburai. Yang sedihnya besi itu turut bengkok.. Isk..isk..😦

Begitulah kisah sedih hikayat sebatang besi. Sejak hari itu display board gerai saya sedikit senget.. Pengajarannya:

  1. Janganlah mencuri.  Mencuri secara langsung atau tidak akan menjejaskan perniagaan orang lain..
  2. Bukan senang nak jadik pencuri. Jadi penjual pasar malam jauh lagi senang.
  3. Besi merupakan suatu alat yang byk kegunaannya. Gunakan sebaik mungkin.

Itu pengajaran yang saya dapat kongsi utk hari ini. Untuk ulasan buku kita yang seterusnya, Multiple Stream of Income oleh Robert Allen. Buku yang sgt menarik menceritakan bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari pelbagai sumber secara serentak.

Nantikan ulasan dalam post akan datang.. Sehingga berjumpa lagi.🙂

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

5 Komen di “Hikayat Sebatang Besi”

  1. fiq Says:

    besi berani (magnet) besi gak tu.

  2. Slie Says:

    cara penceritaan adegan tragik yg menarik..hehe
    kalah drama gerak khas nih, terutama babak jerkah tu..

  3. Labanon Says:

    HAha… menarik cerita ko Fuad

  4. Labanon Says:

    HAha… menarik cerita ko Fuad anyway memang susah nak menjadi pencuri dan lebih senang menjadi usahawan Internet😀

  5. cikguonline Says:

    Moto aku pun dah lebuh jugak wa……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: