Multiple Streams of Income

Salam semua,

Hari ini saya nk bincang buku baru bertajuk Multiple Streams of IncomeHow to Generate a Lifetime of Unlimeted Wealth daripada Robert G. Allen. Secara peribadi saya amat menyukai buku ini berdasarkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat.

Saya amat sarankan kepada mereka yang serius utk membuat duit, anda harus miliki buku ini dan yang lagi penting, praktikkan apa yang terkandung dalam buku ni. Secara peribadi juga saya mensasarkan pada umur 33 tahun saya melaksanakan kesemua 9 sumber pendapatan yang disarankan oleh buku ni (semuanya sepuluh tetapi ada satu sumber yang tidak dapat dipraktikkan di Malaysia). Ada 7 tahun lagi.. heh.. Good luck to myself🙂

Pada awalan buku,Robert menegaskan sebelum anda mempraktiskan apa yang diajarkan, anda perlu tahu 7 kemahiran wang iaitu:

  1. Menghargai duit
  2. Mengawal duit
  3. Simpan Duit
  4. Laburkan Duit
  5. Buat Duit
  6. Jaga Duit
  7. Kongsi Duit

Kemahiran tersebut adalah mengikut turutan. Selagi anda tidak pandai dengan kemahiran pertama sgt susah anda utk mempelajari kemahiran ke-2 dan begitulah seterusnya.

Asas yang paling utama yang cuba disampaikan, Robert menggambarkan kekayaan atau duit sebagai sebuah kolam takungan. Terdapat air yang mengalir masuk dan juga yang mengalir keluar dari kolam tersebut. Tugas anda ialah memastikan air ditakungan itu sentiasa ada, lagi bagus airnya bertambah setiap masa😛 . Secara logiknya, untuk bertambah, air yang mengalir masuk mestilah lebih banyak dari yang megalir keluar.

Mengikut Robert Allen lagi, air yang mengalir masuk kedalam kolam itu berasal dari 3 buah gunung iaitu:

  • Hartanah
  • Pelaburan
  • Pemasaran

Daripada tiga gunung tersebut, mengalirlah 10 batang sungai yang menjadi sumber pendapatan anda. Kalo dilihat senarai 10 sumber pendapatan ini, kerje makan gaji dan full-time business takda. Pendapat saya, Robert hanya senaraikan pendapatan yang anda boleh lakukan walau sekadar part time sahaja. So, no more excuse. Jom kita tengok apa nama sungai2 tu:

  1. Saham risiko rendah
  2. Saham risiko sederhana (saham agresif)
  3. Option / Futures (risiko Tinggi)
  4. Jual Beli Hartanah
  5. Beli Hartanah yang di lelong
  6. Bayar cukai orang lain – bukan utk org Malaysia
  7. Network Marketing MLM
  8. Peniagaan Maklumat (Infoprenuering)
  9. Harta Intelek
  10. Perniagaan Internet

Sumber 1-3 adalah sungai yang mengalir dari gunung pelaburan. Sumber 4-6 adalah sungai yang mengalir dari gunung hartanah. Sumber 7-10 adalah dari gunung pemasaran.

Bagaimana? Adakah anda memiliki sekurang2nya satu dari 10 sumber pendapatan tersebut? Anda bersemangat utk memulakan sumber pendapatan tersebut? Saya sgt teruja😛 Sehingga berjumpa lagi utk entry akan datang. Fikir2kanlah..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Keusahawanan, Buku Kewangan, Ulasan Buku

12 Komen di “Multiple Streams of Income”

  1. Slie Says:

    nak tanya, nak tanya (sambil angkat tangan!)

    Apsal sungai ke-6; bayar cukai orang lain BUKAN untuk rakyat Malaysia?
    Apakah sbb musibabnya?

  2. Fuad Says:

    Kat US, bila time bayar cukai dah nak abes, kerajaan bagi tawaran sape2 yang banyak duit utk bayarkan kat orang2 yang tak bayar cukai. Tujuan dia, supaya senang kerajaan dapat duit ikut target schedule. So, katalah Slie telah bayar cukai sebanyak USD10k. Setiap orang yang lambat bayar akan dikenekan interest. Lagi lambat derang bayar lagi byk lah duit tu beranak. Bila diorang dah bayar kat kerajaan cukai + bunga kerajaan akan bagi kat Slie. Orang2 ni takleh tak nak bayar sebab macam kita tak bayar cukai la jugak. Kalo tak bayar cukai boleh di tangkap polis. Begitulah orang kaya kat US buat duit atas angin. Seolah2 bagi utang pastu tukang kutip bayaran ni kerajaan. Sayang sekali kat Malaysia takde, kalo takk…

    Nota: Orang Malaysia suka buat apa2 last minute. Kalo sistem ni wat kat M’sia, makin kayalah orang yang pandai ambik peluang😉

  3. surfaddict Says:

    erm..saya mungkin ada 1 / 2 batang sungai yg mengalir tu..syukur ada kawan yg mengajar saya yg boros ni cara utk berjimat..dah nak habis belajar br sedar takde simpanan..bahaya2

  4. fiq Says:

    baik, aku akan cuba, hohohohoho

  5. cikguonline Says:

    Menarik artikel ni….. macam mana Peniagaan Maklumat (Infoprenuering) ni En Fuad?

  6. linn_comel Says:

    buku ni memang bagus..saya pun ada juga simpan beli buku ini..baca sekali walau dah lama beli..insyaALLAH ada masa , baca lagi

  7. Fuad Says:

    Surfaddict: Betul tu. Meyimpan tu adalah langkah yang penting. Terlupa plak nk explain yang sungai2 ni semua terbentuk setelah kita menguasai kemahiran ke-4, laburkan duit. Slagi kita tak pandai hargai duit, kita tak pandai kawal account sendiri. Lepas pandai kawal duit masuk kuar poket baru bleh menyimpan. Bila dah ada duit dalam simpanan barulah boleh nak melabur. TQ Surfaddict.

    Fiq: Good Luck🙂

    Cikgu: Perniagaan maklumat ni contohnya jual e-book, seminar / kelas, jual buku dan apa saja yang berkaintan dengan pengetahuan. Yang penting, kita mestilah mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, barulah boleh menjual maklumat kepada orang lain.

    Linn_comel: Saya tgh carik buku terbaru Robert Allen, Multiple Streams of Internet Income. Linn ada tak buku tu?

  8. akirasuri Says:

    ahaksss…dalam islam pun galakkan kita laburkan duit dari simpan aja duit tu…lalallalala

  9. Fuad Says:

    Betul2.. satu soklan kat budak ekonomi.. Adakah menyimpan duit dalam bentuk emas a.k.a barang kemas adalah langkah yang bijak…? hmmm🙂

  10. akirasuri Says:

    mengikut kfahaman saya la ye..kalau salah maaflah..saya budak-budak baru belajar, kalau salah haraplah tegur…okla, simpan barang kemas tu kalau kita tak guna nanti kena zakat, jadi tu satu kerugian [kalau tak silap ustaz eko. islam saya cakap]…kalau nak elak dari kena zakat yang terlalu banyak [bkn kita tak nak bayar zakat tapi untuk jadikan aset kita tu lebih efektif dalam menjana ekonomi]…awak melabur dalam pelaburan Qirad…untuk maklumat lanjut, awak boleh baca dekat sini http://www.yayasanmelaka.gov.my/malayversion/dinarteks.html di bahagian PELABURAN QIRAD-REALITI DAN TANPA RIBA…:D

  11. Fuad Says:

    Wah..menarik.. Bukan senang nk dapat 24% per year tu. TQ Akirasuri. Insya Allah akan melabur nnti. Haa.. Saya juga ingin buat pengumuman : Gerai Iceblended saya kini menerima matawang Dinar Emas. Heheh..🙂

  12. aku Says:

    Tapi, makcik2 kita tak nak bayar zakat dengan memakai gelang hingga ke siku hahaha…

    Good info Fuad, terasa seperti nak cedok sebijik dan letak kat blog aku.. huhuhu..

    Malam ni, mungkin aku sambung pasal domain name… baru balik dari perlis.. hmm.. letih sket..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: