Esok milik siapa.?

Salam sahabat sekalian,

Semalam saya chat dengan seorang kenalan baru, Reezuan. Setelah chat beberapa kita saya ajukan pertanyaan pasal saham dan rupanya brader ni mmg minat saham. Kira rezeki sayalah jumpa orang yg minat saham saat tgh dahagakan ilmu pasal saham. Reezuan dengan baik hatinya bagi link ke forum dimana terdapat perbincangan pasal saham yang amat menarik. Terima kasih En. Reezuan😛

Dalam forum tersebut seorang pakar saham, Nora Ismail menjadi pemandu utama kepada para peminat saham di forum tersebut. Semakin lama saya baca thread beliau, saya dapat rasakan bertapa mulia dan baik hatinya seorang insan bernama Nora Ismail ni. Setiap jawapan kepada sebarang pertanyaan akan dijawab oleh beliau tanpa rasa jemu dan keuntungan dipihak beliau.

Semalam saya balik dari ofis pukul 10 malam sebab baca thread Nora Ismail di sini. Pastu sambung lagi kol 4 pagi sampai subuh. Semakin lama saya baca, semakin kagum dengan ilmu dan kebaikkan Nora Ismail dalam melayan kerenah orang yang baru nk belajar saham. Saya boleh kategorikan diri saya sebagai sentiasa dahaga dan sentiasa mencari ilmu. Golongan yang top of the list saya amat respect ialah orang yang mengajar ilmu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Saya amat respect kat Nora Ismail dan teringin sangat mnjadi kawan baik beliau..tetapi.. Allah lebih menyayangi insan yang mulia. Sayu jugak rasa bila di akhir posting kawannya memberitahu.. Nora Ismail telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah buat beliau..

Saya tertanya2…apakah sumbangan saya kepada orang lain sebelum hari saya tiba nnti. Nak kata harta memang takda sgtlah.. Harap saya dapat sumbangkan sesuatu sebelum dijemput pulang..

Saya simpan ulasan buku Multiple Stream of Income utk post akan datang.. Hari ini nk dedikasikan sebagai muhasabah diri.. Entah esok jadi milik siapa pula..? Hanya Allah yang tahu…

Sehingga berjumpa lagi sahabat sekalian.

-Fuad-   

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

4 Komen di “Esok milik siapa.?”

  1. fiq Says:

    uh uh uh…semoga dirahmati allah rohnya, kite bile? ape yang aku ada ya…

  2. akirasuri Says:

    wah mulianye cik nora…ilmu yang berkat yang ditinggalkan oleh arwah akan menjadi bekalan utknya disana…:)

  3. Fuad Says:

    Ilmu adalah pelaburan yang amat berkesan utk hari esok.. Smlm pegi dgr ceramah, penceramah memberi contoh. Katalah kebaikan itu umpama mengisi minyak.

    Ahmad : Mengisi minyak RM10 setiap hari. Pada akhir tahun dia mendapat hadiah hamper yang besar dari bonuslink.

    Ahm Meng: Mengisi minyak RM 100 sehari. Pada akhir tahun dia tak dapat apa2. Kenapa? Kerana dia tak jadi ahli bonuslink.

    Moral: Sebaik mana atau bertapa byk kebajikan yang orang kafir buat, Allah tak kan pandang. Bagi yang dah Islam tu, kumpullah ganjaran anda sebanyak mungkin sementara masih ada.

  4. horsemen Says:

    ptama bila sy tahu beliau dh tinggalkn kita,tesentap sy..
    al fatihah utk Allahyarham nora ismail….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: