Takde Life..!

Salam pembaca Almari Buku semua, 

Pernah dengar tak ungkapan tersebut? Dulu (merujuk zaman U), housemate saya seorang yang teramat rajin study. Tiap kali saya celik je mata, dia dah tercongok dah depan buku tak pon depan komputer. Silap2 mimpi pon sebut formula. Nasib baik saya jenis yang cool jek.. tak terpengaruh langsung.. hahak.😛 (sila abaikan ayat ini bagi yang masih sedang menuntut) Kerana kerajinan dia, adalah segelintir orang yang kata “Ko ni takde life aaa..dok stadi jek. Banyak bende lagi dalam dunia ni boleh wat tau tak..” Saya – No komen (Dalam hati: Tgklah masa nk antar assignment nnti, sape yang dicarik)

Fuad: Skill Copy Ninja Kakashi peringkat duploh lapan, boleh salin assignment tanpa mengetahui subject apa sebenarnya assignment tu.. heheh..😉

Sekarang (merujuk sejak mula berniaga di pasar malam), bila di tanya “Balik ni watpe? Nak ikut kitorang layan cinema dak?”

“Aku berniaga kat Pasar Malam, best woo.. singgah aa nnti”

“Ek enaaa.. takde life aa.. Ko telah membazir masa muda ko tau tak?”

Saya – No komen.

Hmmm…saya terpikir. Apa maksud life..? Adakah hidup seperti orang lain itu life? Pilih cara hidup sendiri itu takde life. Adakah bila kita tgk orang yg rutin harian dia tak sama macam kita, kita menganggap dia tak gembira dengan hidupnya.. Yang mampu di ucap..”kesian…” Padahal, mungkin orang itu lebih gembira melakukan perkara yang lain dari orang lain.. Kita tak tahu..

Hari ni saya tulih blog dgn mood yang sgt hepi.. I had choose my own way of life. Slagi apa yang aku buat tak berdosa.. Why not?

Fuad: Erkk.. ada 7 AI nak kene submit hari ni.. Company tgh nk buang orang ni…Fuad, kerja rajin2.. You can be fired anytime..

Sedikit sambungan ulasan buku Multiple Streams of Income, merujuk kepada duit simpanan, Robert mencadangkan di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Duit Kecemasan (3-6 Bulan perbelanjaan Anda)
  2. 50% Pelaburan Risiko Rendah
  3. 30% Plaburan Risiko Sederhana
  4. 20% Pelaburan Risiko Tinggi

Mengikut kajiannya, ramai orang yang hanya bergantung kepada gaji shj tanpa ada simpanan kecemasan. Jika hari ini dia dipecat, esoknya dia tak boleh survive lagi. Duit takda. Itulah gunanya duit kecemasan. Walau anda di buang kerja dan takda sumber pendapatan lain dah, sekurang2nya anda mempunyai masa 3-6 bulan utk mencari pendapatan baru.

Sementara peratusan pelaburan itu sekadar rujukan. Terpulanglah kepada individu utk memberikan keutamaan dalam pelaburan yang mana satu. Disarankan, semasa masih muda bykkan melabur risiko tinggi, semakin tua ehem ehem berumur🙂 , lebihkan pelaburan dalam risiko rendah.

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

P/S: Server WordPress dah ok. Kalo nak tgk cover buku Mulitple Streams of Income sila ke post Multiple Streams of Income

Explore posts in the same categories: Buku Kewangan, Perkongsian Pengalaman

7 Komen di “Takde Life..!”

  1. fiq Says:

    jangan diikotkan sangat cara hidup org belagak senang,,hohohohohoh

  2. akirasuri Says:

    huhuhu perkongsian yang menarik…jadi diri kita lebih baik dari mendengar kata-kata yang kita rasa kita lagi waras dari dia…ahakss…kita ada hidup kita dan orang lain ada hidup mereka…saya sering menasihati diri saya supaya jangan tiru orang lain, jadi diri saya sebab sekadar itu je yang saya mampu, jangan paksa diri dan itu adalah yang terbaik yang saya dah pilih….apa pun fuad…gambate!!

  3. akirasuri Says:

    oh ya fuad..ada somethin nak dikongsikan..kalau fuad buat pelaburan dalam insurans [lebih baik takaful la] pun bagus….ada kegunaan untuk dimasa terdesak…kalau menabung aja, tapi kalau tak invest pun, alamatnya duit tu tak berkembang…hohohoho..

  4. Fuad Says:

    Cadangan yang bagus… Aritu borak dengan orang cina.. Dia pelik kenapa tak ramai orang Melayu beli insuran. Macam konfiden tak perlukan protection jek.. Heh.. Kalo takdak insuran, nnti ditimpa sesuatu memang susah la kan..

  5. akirasuri Says:

    yup…orang melayu jarang ada kesedaran mahu beli insurans..sebab tula ada ramai sangat orang melayu masuk dalam bersamamu [saya bukan menghina mereka tapi sikap kita perlu diubah]..kalau ikut statistik, dari 13 juta orang melayu, hanya 1 juta sahaja yang ada insurans [kalau saya tak silap stat ni la]…nah tengok la betapa kurangnya kesedaran kita tentang keperluan untuk future protection…nanti saya upload entri pasal takaful, insya-Allah la…

  6. albiruni Says:

    Saya baru je mendaftar insuran takaful🙂, …

    Betul kata fuad itu, life is what you make out of it…

  7. Fuad Says:

    Akirasuri: Saya dah dpt info pasal insuran yang awak kasik. Thanks a lot.

    Albiruni: Kalo bawak kete 150km/jam tu memang kene beli insuran cepat2.. Hahak😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: