Nak duit tak?

Salam Pertemuan,

Hari ni topik kita pasal nak dapatkan pelabur untuk perniagaan kita. Pelabur boleh bagi kita duit dan pengalaman perniagaan dia kerana pelabur yang kaya biasanya datang dari latar belakang perniagaan. Dan jugak, orang yang mahir dalam perniagaan sahaja berani melabur dalam perniagaan orang lain.

Jom kita kaji senario ini:

Fuad ingin memulakan perniagaan jualan cenderahati dan dia memerlukan modal yang besar untuk membeli peralatan dan sumber bahan mentah. Dia mempunyai banyak pilihan seperti buat pinjaman bank, jual tanah pusaka kat kampung, bootstrap (mula dari kecil) atau carik pelabur.

Setelah dipikir2kan dengan teliti dia memutuskan untuk mencari pelabur kerana selain dapat duit cepat (mudah untuk boost market) dia juga mendapat ‘mentor‘ kerana pelabur yang di cari mestilah mempunyai pengalaman perniagaan. Pelabur juga tidak mengenakan interest keatas pelaburannya. Keuntungan akan dibahagi samarata dan pelabur mempunyai ekuiti dalam syarikat tersebut. Stakat ni.. semua plan nampak macam perfect.

Masalah paling besar ialah bagaimana nak carik pelabur dan menarik minat pelabur bila dah terjumpa. Dalam post sebelum ni (Mari Belajar Menulis), saya ada bagi satu falsafah rekaan saya “You never know when and where you get stumble with great ladies, so do great opportunities..” Hari ni nak tambah lagi.. “and also great investor”😛

Katalah satu hari Fuad ni kat shoping complex, masuk dalam lif kebetulan pulak ada seorang Wanita yang kaya (Sebagai cth kita namakan Akirasuri) yang berpontensi besar untuk melabur.

Fuad: Assalamualaikum, Ni Cik Akirasuri yang wat business fesyen tu kan?

Akirasuri : Waalaikumussalam. Ha ah. Betullah. Macam mana awak leh tau plak?

Fuad: Saya selalu mengikuti perkembangan business ni. Memang berminat sgtlah.

Akirasuri: Ooo yeke? Saya sekarang ni tengah carik business kecil / sederhana yang berpotensi untuk melabur. Nak kembangkan duit dari dok terperap je kat bank tu. Awak ada recommendation tak?

Fuad: Eh, kebetulan pulak. Saya dan kawan2 saya memang tengah carik pelabur yang berminat. Orang berpengalaman macam Cik Akira ni memang sesuai sgtlah.

Akirasuri: Ok.. Spit it out. You have time until the door open..

Fuad: Saya bersama kawan saya Fiq dan Dayah menubuhkan Syarikat Remember Me. Syarikat kami menjual cenderahati dimana pelanggan boleh print nama, design sendirik. Konsepnya ialah personalize give. Kami sedang mencari dana sebanyak RM50,000 untuk sebagai kos pembelian peralatan, pemasaran dan logistik. Kajian pemasaran sudah dijalankan dan kami dapati Return of Investment 20% per year. Kepakaran yang kami tawarkan. Fiq ialah seorang graphic designer yang berpengalaman 2 tahun dan kepakaran dia merupakan asset penting syarikat kami. Dayah ialah certified accountant yang berpengalaman 1 tahun dan akan mengetuai finance portion of our company. Saya sendiri akan menjaga pemasaran dan jualan. Pengalaman saya selama 3 tahun dalam marketing and sales sudah pasti cukup utk melonjakkan jualan syarikat kami. Sebagai orang yang berpengalaman dalam fesyen, saya pasti Cik Akira sedar tentang trend sekrang yang menuju kearah personalization. Potensi ini sgt besar utk dilepas.

Ting..! Pintu lif terbukak.

Cik Akira: Ok. Saya berminat nak tahu lebih lanjut. Ni kad saya. Awak boleh call setiausaha saya dah buat temujanji. Make sure semua rakan kongsi awak datang. Assalamualaikum.

Fuad: Wa’alaikumussalam. (tersenyum girang)

Ini dinamakan Elevator Pitch dalam buku Startup Nation daripada Jeff dan Rich Sloan. Tujuan elevator pitch ialah supaya pelabur berminat untuk dengar dengan lebih lanjut. Ia juga mestilah dapat diterangkan dalam waktu yang singkat sebab kebanyakkan pelabur ialah orang yang sibuk dan mengejar masa. Pastikan ia padat dan ringkas tapi cukup utk buat temujanji dengan pelabur tersebut.

Jadi, sediakan elevator pitch anda sekarang juga. Hafal dan make sure anda dapat cakap dengan lancar walau ketika dalam lif tu anda tak tahan nak buang air. Peluang yang sama susah nk datang dua kali. Jika dah terjumpa pastikan anda sedia dan gunakan sebaik mungkin. Selamat berjaya..🙂

-Fuad-

p/s: Sebenarnya saya nk bincang lagi apa isi2 penting yang mesti ada dalam elevator pitch, tapi dan panjang sgt. Kita bincang lain kali plak.

Disclaimer :

Watak yang digunakan adalah contoh sahaja. Tiada kene mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah mati.

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

9 Komen di “Nak duit tak?”

  1. linn_comel Says:

    panjang cerita ni..but memang menarik..dan informasi yang baik

  2. fiq Says:

    yezzaa! hehehe mari kite jadikan cerita tu relaiti! hohohoho mari dayah =p

    menarik fuad, teknik hebat

  3. akirasuri Says:

    Assalammualaikum bro fuad…
    hohoho saya pun ada dalam sketsa pendek abang chik fitri ni ek…ahaks…macam ahli koperat jek…kuikuikui…emmm mister fuad, bila projek kita mau jalan??[buat muka serius]😀

    okla berkenaan dengan soklan yang saya tak jawab-jawab dari hari tu mengenai futures dan options tu….emmm sebenarnya ada perselisihan pendapat antara ahli-ahli agama pasal benda ni…ada yang kata halal dan ada yang kata haram..emmm kalau incet fuad nak melabur, incet fuad kena pastikan JENIS PELABURAN tersebut, maksudnya kaunter mana yang incet fuad melabur…dekat BURSA MALAYSIA ada satu papan untuk saham-saham yang diurusniagakan secara halal ataupun boleh refer pada JAKIM [ni lect saya kata la]…..saham-saham yang diurusniagakan secara halal ni dipantau oleh Majlis syariah Bursa Malaysia dan JAKIM [maaf kalau tersilap info]….tapi bro kena ingat, even ada sikit unsur riba, gharar dan maisar, secara automatik saham tu jadi HARAM….

    nota budak sekolah: bro, sory ek ayat terabur…baru abes xm…ada apa-apa tak faham tanya balik ek…ahakss…:D

  4. cikguonline Says:

    Banyak aku kene belajar ngan En Fuad ni apa maksud elevator pitch ni ye? tak berapa paham lah😉

  5. akirasuri Says:

    huhuhu dapat info terbaru…emm tadi saya tanya kat penyelia tesis saya pasal hal yang sama…Dr Azmi kata, susah sikit la nak kata pasal future ni sebab benda ni berkaitan dengan masa hadapan [ada unsur gharar atau ketidakpastian]….jadinya bila dah bermain dengan risiko ketidakpastian ni maksudnya haramla kan…katanya lagi, even kita ada majlis pemantauan syariah, tapi semua benda ni tak terpantau dengan jayanya, beliau bagi contoh produk halal dalam pasaran, even kata ada pantauan dari JAKIM tapi masih ada lagi barangan yang tak halal terlepas ke dalam pasaran…oleh tu nak elak, better janganlah…sementara katanya mengenai options pula, ni susah nak cakaplah..tapi dah nama options [pilihan] jadi kita pilihlah yang halal kan…maksud di sini adalah…kalau ada saham yang halal di niagakan dikaunter, kita belilah yang tu…huhuhu…wallahualam…

    nota budak sekolah: maaflah kalau terkurang, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tegur ya bro…😀

  6. Fuad Says:

    linn_comel: Trima kasih…

    Fiq: Heh.. yang 20% tu main bantai jek. Nnti kene wat proper study.

    Cikgu: Elevator pitch ni penerangan ringkas utk menarik minat pelabur. Utk maklumat lanjut cikgu buleh rujuk http://www.startupnation.com

    Akirasuri: Mekacih Byk2 Cik Akirasuri. Kalo utk capital market memang ada Islamic Capital Market. Utk derivatives plak saya berminat yang FCPO & FPKO (dua2 jual beli kelapa sawit). Sebab yang lain tu macam campur aduk jek. Tapi kalo Cik Akirasuri cakap macam tu, cancel lah. Tapi teringin plak tahu hujah yang mengharuskannya.. Kene balik blek kitab fiqah balik nih…🙂

    Fuad: Bestnyer ko balik kampung.. Tak sabar makan masakan Mak.. Hahak😛

  7. Slie Says:

    sabar fuad..kalo stakat nak rasa masakan tuh pegi jer kat astaka. tapi bukan masakan mak ko la…masakan mak org lain.

    bagus info ni. info dari Cik Akirasuri pasal halal haram juga amat bagus. bertambah ilmu kita…

  8. dayah Says:

    nasib baik nama saya masuk jgk dlm sketsa di atas..kalo tak..tau la nasib ko fuad,ekekeke :p

    tp fuad dah tulis note : Watak yang digunakan adalah contoh sahaja. Tiada kene mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang sudah mati.

    maknanya saya tak boleh perasan yg watak dayah tu saya,haha :p

  9. aku Says:

    fehh.. input yang best.. elevator pitch ye… nanti kalo ada projek bleh apply kat boss aku.. haha..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: