Susahkan hidupmu..

Salam semua,

Post kali ni agak ringkas sebab saya sebenarnya ditugaskan membeli barang dapur, drop kat CC jap.. Heh.. Saya nak kongsikan pengalaman saya berkerja dengan golongan OKU (Orang Kurang Upaya). Sebab kilang saya ada kuota utk mengambil golongan ini berkerja, memang selalu jugak saya berkomunikasi dengan derang (mostly tidak dapat mendengar). Walau saya tak terer bahasa isyarat, namun main bantai pon boleh paham jugak. Hahak😛

Sapa2 yang terer bahasa isyarat tu saya cadangkan tulih e-book. Saya rasa ramai lagi orang macam saya yang berminat nak belajar bahasa isyarat. At least saya pasti akan beli. Kalo tak mau jugak, boleh ajar saya, pastu biar saya tulih e-book.. heh. Sape nak jadik model dalam e-book tu boleh contact saya..😉

Ok.. Berbalik kepada tajuk post kali ni. Satu pemerhatian yang saya dapati, mereka ini sangat rajin bekerja. Penuh semangat dan sentiasa bersedia utk membantu. Pada pendapat saya hanya orang yang mengerti kesusahan akan menghargai apa yang diperolehi dan menjaganya dengan baik. Kesusahan mengajar erti kejayaan. Jika hendak berjaya, susahkan diri anda. Insya Allah boleh senang di masa hadapan..

Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

12 Komen di “Susahkan hidupmu..”

  1. akirasuri Says:

    wah besh-nya dia bercuti di kampung…akira: “nak balik kampung juga!!” [buat muka sedih] ahakss…

    emmm memang betul, golongan OKU ni memang rajin bekerja tapi golongan ni kurang dapat pembelaan dari pihak kerajaan mahupun swasta…saya pernah menghadiri kursus di yayasan salam, satu hari tu tugasan kami adalah menjadi OKU…terpaksalah jadi orang buta, pekak, bisu dan cacat anggota…masa tulah saya sedar, alahai betapa bertuahnya saya menjadi diri saya yang sekarang ni…belajar menggunakan kerusi roda, pakai tongkat macam orang buta dan menulis menggunakan kaki, siku dan mulut memang amat merumitkan…oleh itu, kita harus belajar bersyukur menjadi diri kita dan jangan asyik merungut aja tak puas hati kerana kita mesti ingat bahawa masih ada orang yang jauh lebih malang dari kita…

    nota budak sekolah: saya nak jadi model e-book bro la…ha ha ha tipu jelah!!😉

  2. fiq Says:

    ya bersyukur sebab sempurna cukup sume, aku ngah tenysen ni..xle nak posting baru. blooger ade masalah la plak.adusssssssssssssssss.

  3. cikguonline Says:

    saya sungguh terpegun orang OKU ni buat bakul terutamanya….. pandai macam mana diorang belajar ye.

  4. Slie Says:

    baca post kali ni, buat aku mcm nak nangis jer..opps..kontrol..kontrol..
    sedih dan kagum…

  5. Labanon Says:

    Wah…. niche yang bagus tu hHOHOHOHOHO

  6. linn_comel Says:

    ada juga dulu belajar bahasa isyarat , tapi setakat abc jer..dah lupa dah!

  7. Fuad Says:

    haha..dah balik kerje.. Linn. Katne kalo nak blajar bahasa isyarat? Ada pusat tuisyen ajar dak?

  8. surfaddict Says:

    saya ada kawan main bowling sama2 tp dia bisu..camne berkomunikasi?? Saya tulis sms utk dia..hehehe..diapun tahu saya tak reti bahasa isyarat..so..sms jadi alat bantuan komunikasi. Dia sgt terror main bowling dan kalau tak silap saya dia ada mengajar student pendidikan khas main bowling gak..bagus2

  9. Fuad Says:

    Hahak.. Bijak bijak..🙂 Teringat satu teka teki pasal orang OKU nih.. Nnti nk wat post pasal teka teki tu lah.. heh.


  10. […] Dah lama tak buat ulasan buku. Arini saya nak perkenalkan buku Fish. Sebelum tu, saya nak bagi teka teki. Teringat teka-teki ni bila baca comment Surfaddict dalam post Susahkan Dirimu aritu. Teka teki berbunyi begini: […]

  11. harith Says:

    assalamualaikum fuad saya tertarik benar dengan cara penulisan anda. apa pun tahniah kerana membuatkan saya tertarik nak baca ruangan ini. oh ya kebetulan saya tengah buat tugasan tentang bagaimana nak mempelajari bahasa isyarat? kalau boleh kongsilah dengan saya…

  12. marlinda Says:

    u nak blaja bhs isyarat? u leh blaja kat mfd (malaysian federation of the deaf kat puchong jaya) i lepasan diploma jurubahasa isyarat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: