Arkib untuk September 2006

Boleh Caya ke ni..?

September 29, 2006

Salam pertemuan,

Penahkah anda dengar teori2 seperti Pareto Principle, Murphy Law dan Six Degree of Separation Theory? Jika anda tahu tentang teori2 ni, adakah anda setuju dengan teori2 seperti ini? Mungkin anda pengalaman anda sendiri menunjukkan bahawa teori2 ni betul.. Saya amat mengalu2kan dan sangat menghargai perkongsian pengalaman anda.

Kepada yang tak mengetahui apekebende teori2 yang ntah apa2 ni, nnti saya ceritakan. Sebelum tu kite bercerita dahulu. šŸ˜›

Saya ada seorang kawan, nama panggilannya.. Tasha. Nama penuh die Muhammad Tashamuddin Bin Tauhid Ahmad. Sebelum disalahertikan, suka saya tegaskan bahawa Tasha bukanlah jenis lelaki yang dikategorikan… auuw.. boleh rujuk entry Cik Akirasuri berkenaan golongan ini. Cuma mungkin membe2 nk kenakan dia guna panggilan Tasha. Ada kesah best gak pasal nama nih.. šŸ˜‰ Simpan dulu crita tu..

Nak dijadikan cerita, sebelum di panggil bertugas sebagai staff Petronas, Tasha berkerja di kilang Semiconductor, Silterra. Apabila tiba saat Petronas memanggil para2 askar yang dilatih, maka terpaksalah Tasha berhenti dari Silterra. Dek kerana dia merupakan pekerja cemerlang maka Silterra menawarkan gaji sehingga RM4000++ dan bersetuju menampung perbelanjaannya melanjutkan pelajaran. Namun, dia tetap bertegas nak berhenti dan berkerja dengan Petronas yang gajinya lagi rendah dan tak menawarkan pakej melanjutkan pengajian.

Apabila dikhabarkan berita ini, seorang kawan yang dah pekerja dengan Petronas ketika ituĀ terus membuat panggilan. “Weh.. Apsal ko bodoh sangat?”

Dia menjawab..Aku takmo gaji tinggi2. Nnti dah gaji tinggi mulalah beli rumah mahal, kete mahal. Bile dah terikat dengan hutang.. Company buat apa saja kat ko, ko kene ikut jek” Secara ringkas, teori dia kalo kita makan gaji besar, kita akan menjadi hamba syarikat. Sape setuju angkat tangan.. heh..Ā Jadi saya namakan itu teori Tasha.

Nota: Kawan yang membuat panggilan itu adalah saya. Suka sekali lagi saya ingatkan bahawa bahasa yang saya gunakan tu dah kira jauh lagi okĀ dibandingkan denganĀ membe2Ā kitorang yang lainĀ šŸ˜‰

Kepada Tasha: Harap tak kesah dikongsikan teori ko. Puasa elok2. Jangan sampai kene ganti 2 bulan berturut2 sudah. Sape soh kawen nk dekat bulan pose.. heheh..

Berbalik kepada teori2 tadi, ParetoĀ Principle yang juga dikenali sebagai 80-20 Rule atau Law of Vital Few menjelaskan (secara asas)Ā bahawa 80% daripada kesan berpunca daripada 20% penyebab. Contohnya 80% dariada kekayaan dimiliki 20% penduduk. 80% pendapatan datang daripada 20% usaha. 80% masalah dalam kampung berpunca dari 20% penduduk. Teori ini sangat femes dikalangan para usahawan dan pengkaji ekonomi. Mereka menggunakan teori ini sebagai sandaran untuk menghasilkan jualan atau menjana lebih pendapatan dengan lebih effektif.

Alamak.. macam dah panjang sgt je post arini. Sebab topik ni sangat best untuk dikupas, saya bercadang menulis artikel pasal Pareto Principle dan hantar kepada En. Adly. Dia sekarang sedang menerima artikel berkaitan perniagaan utk e-book yang bakal meletup “Dari Sifar Menjadi Usahawan“. Tajuk ni saya nk book, budak ekonomi jangan kaco.. heh..

Manakala Murphy Law pulak menceritakan “what ever can go wrong, will go wrong“. Secara ringkasnya kalo nampak macam nk salah jek.. tak lama lagi akan jadi la tu. Six Degree Separation Theory menjelaskan bahawa orang akan berpusing pada bilangan ke 6. Contohnya Fuad kenal Akira. Akira kenal Fiq. Fiq kenal En Aku. En Aku kenal Adly. Adly kenal Bagak. Bagak sebenarnya dah kenal Fuad. Kira membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe. Huhu.. pening2..

Ok..ok..ok.. Cukup2.. byk dah bercerita arini. Sebenarnya nak cerita pasal teori Kereta dan Anda yang dipelopori oleh Fuad dan kesah nama Tasha tu, tapi dah panjang sgt. Kalo ada permintaan saya akan terus bercerita.. šŸ™‚

Sehingga berjumpa lagi….

-Fuad-

100 Orang Di Dalam Dunia

September 28, 2006

Salam pertemuan,

Entry kali ini adalah hasil permintaan kawan saya, E-OneĀ berkenaan satu email yang menarik. Semoga entry kali ini mencetus sesuatu di sudut hati anda. Semoga ia menjadi satu pendekatan baru kita memandang persekitaran kita.Ā Maafkan saya jika pengalihan bahasa tidak begitu bagus.

***********************************************************

Andaikata seluruh penduduk di dunia ini menjadi hanya 100 orang:

  • 57 orangĀ adalah orang Asia, 20 orang Eropah, 14 orang Amerika dan 8 orang Afrika
  • 52 orang Wanita dan 48 orang Lelaki
  • 11 orang homoseksual dan 89 heteroseksual
  • 6 orang membolot 59% daripada kekayaan dunia dan semuanya adalah orang Amerika
  • 80 orang hidup dalam keadaan daif
  • 70 orang tidak berpelajaran
  • 50 orang hidup dalam kelaparan
  • SeorangĀ akan mati
  • 2 orangĀ akan lahir
  • Seorang mempunyai komputer
  • Hanya seorang mengikuti pengajian tinggi

Jika hari ini:

Anda bangun dengan sehat, anda lebih gembira dari 1 juta orang didunia yang takkan hidup sampai minggu depan.

Anda bebas dari perang, kelaparan, penyeksaan atau dipenjarakan, Anda lebih berbahagia dari 500 juta manusia lain.

Anda masuk masjid tanpa rasa takut mati atau dipenjarakan, anda lebih beruntung dari 3 juta manusia di dunia.

Masih ada makanan di dalam peti sejuk,Ā memiliki pakaian dan kasut, ada tilam dan tempat berteduh,Ā anda lebih kaya dari 75% daripada penghuni bumi Allah ini.

Anda mempunyai akaun bank, duit di dalam dompet, syiling di dalam tabung, anda tergolong daripada 8% manusia di bumi yang hidup senang.

Dan jika saat ini juga anda dapat membaca entry ini bermakna anda tidak tergolong dari 200 manusia yang tidak berpendidikan dan….. Anda memiliki sebijik komputer.

******************************************************

Andai kata tidak terpacul di bibir anda kalimah “Alhamdulillah“, saya mengandaikan anda adalah seorang yang bongkak dan tidak sedar diri. Maafkan andaian saya jika andaian tersebut tidak tepat. Mungkin anda mempunyai andaian anda tersendiri…

Sehingga bertemu lagi andai waktu untuk itu masih ada.

-Fuad-

Pelaburan Dinar Iraq – Bernas atau Hampas?

September 27, 2006

Salam pertemuan pembaca sekalian,

Semalam saya didatangi surat elektronik (email) dari kawan saya berkenaan pelaburan Dinar Iraq. Memang sangat mengujakan jika dari dilihat peluang pulangan dan disokong oleh teori2 yang menarik. Yang lebih menjolok mata, jika anda memperkenalkan pelaburan ni, ada komisen yang sgt menggiurkan melalui program affiliatenya.

Apa yang bernas? Iraq sekarang tgh kegawatan ekonomi akibat perang dimana pertukaran mata wang 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Memang rendah yang teramat. Fenomena yang samaĀ berlaku pada Dinar Kuwait semasa perang (Krisis Teluk Iraq-Kuwait) dahulu ialah bersamaan 0.1 USD tetapi sekarang bernilai 3.46 USD utk setiap 1 Dinar Kuwait. berbanding Kuwait, Iraq mempunyai simpanan yang jauh lebih tinggi dimana setakat ini hanya 17 daripada 80 telaga minyak yang digali. Sejarah jugak menunjukkan Dinar Iraq pernah mencecah harga USD 4 utk 1 Dinar. Kalaulah Iraq kembali pulih dah Dinar Iraq hanya mencecah USD 1 dolar utk 1 Dinar, ini bermakna pelaburan memberi pulangan 1400%. Dengan kata lain, anda laburkan RM1000 hari ini anda akan dapat RM1.4 juta apabila ekonomi Iraq sudah pulih. Jutawan..lalala.. šŸ™‚

Sumber Rujukan: http://www.mydinar.net

Apa yang Hampas? Maka saya pun buat la kajian awal berkaitan pelaburan yang nampak begitu gah dan masyuk nih. Perkara pertama yang saya lakukan, saya pastikan betulke nilai pertukaran matawang yang dinobatkan tu. Website yang selalu saya pakai ialah http://www.xe.comĀ Memang sah, 1 Dinar Iraq bersamaan 0.00068 US Dolar. Tapi ada satu link menarik keluar bila Matawang Iraq Dinar dipilih, WARNING! Beware of Investment Scams Involving IRQ Iraq Dinar. Haha.. utk penjelasan lanjut boleh rujuk sumber rujukan di bawah.

Sumber Rujukan: http://www.xe.com/iqd.htm

Pendapat saya, saya tidak menyokong mana2 pihak dari segi potensi Matawang Iraq. Masing2 mempunyai teori tersendiri berkenaan potensi Dinar Iraq utk naik semula. Teori mana yang betul, terpulang kepada kehendak yang Maha Kuasa. Saya cuma meragukan dari segi hukum melabur dalam matawang. Pendirian saya, ia amat2 meragukan, no offense buat peminat FOREX (ini adalah pendapat peribadi dan tak layak diguna pakai sebagai penghujah hukum). Mungkin budak ekonomi boleh komen.. lama dah tak nyusahkan dia šŸ˜‰

Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda..

-Fuad-

Nota selingan: Saya rasa kalau kita buat perniagaan secara online, terutama jual barang amat elok kalo lepas pembayaran dibuat, penjual membuat panggilan kepada pembeli dan melafazkan akad jual beli. Apa komen anda?

Tolonglah Aku

September 26, 2006

Salam Pertemuan,

Pernah diceritakan oleh kawan saya kisah adiknya membaca doa qunut.

Di waktu subuh yang hening, seorang gadis kecil menunaikan solat Subuh. Umurnya masih sangat muda dan masih baru belajar beribadat. Tanpa dia sedari, abangnya sedang berzikir disatu sudut bilik sembahyang. Sampai bangkit dari rukuk rakaat kedua, gadis ini terdiam. Dia memang tak tahu baca doa qunut. Selalu mendengar Ayahnya dan abang2nya membaca doa qunut dengan suara yang kuat.Ā Maka dengan penuh perasaan dia berdoaĀ “Ya Allah yang tuhanku. Bagilah aku rambut yang panjang“.. Apa lagi, berdekah2 lah si Abang kat belakang. Abes dinobatkan kesah tu kat seluruh ahli keluarga. Ampeh sungguh si Abang. Tapi sebagai seorang abang yang ada adik perempuan, saya setuju.. memang best ngusik adik pompuan. Hahak.. šŸ˜›

Apa yang cuba saya sampaikan ialah doa. Adakah kita hanya perlu berdoa mintak perkara2 yang serius sahaja? Pada pendapat saya, Allah itu yang Maha Penyayang. Dengan kasih sayangnya, sebagai hamba kita patut mengadu semua masalah kita padaNYA, tak kiralah seremeh atau sekecil mana pon. Memanglah Allah Maha Mengetahui, tapi bukankah lagi afdal kita sendiri yang meminta tolong dari yang sangat menyayangi kita, yang sangat pemurah dan maha kaya? Saya betul2 kagum dengan kemurnian hati adik perempuan kawan saya tu. Dia sangat menginginkan rambut yang panjang, siapa lagi yang paling utama dapat menunaikan permintaan dia?

Teringat saya komen dari seorang hakim suatu ketika dulu. “Janganlah kita selalu menyusahkan tuhan dengan meminta bermacam2..” Augustine Paul, seorang hakim yang menulis buku undang2 yang menjadi rujukan utk univeristi2 di Malaysia. Lawak sungguh.. Adakah dia membayangkan TUHAN itu seperti manusia yang mempunyai had.? Masa yang terhad, tenaga yang terhad, sumber yang terhad, ruang yang terhad. Tidak wahai tuan hakim. Allah itu Maha Sempurna. Mintaklah apa sahaja, banyak mana sekalipun. Tidak menjadi masalah sedikit pon pada Zat yang Maha Kuasa.

Renungan:

  1. Doa adalah senjata utama orang Islam
  2. Perlukah kita malu utk meminta sesuatu yang remeh dari Allah padahal Allah lah paling memahami diri kita?
  3. Kalo budak kecik berdoa, mesti best curik2 dengar.. šŸ˜‰

Pasal meminta tolong ni, saya nak sentuh sket isi pertama dalam buku Before You Quit Your Job semalam. A succesful business is created before there is a business. Isi ini menekankan mind setting sebagai seorang usahawan dan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang terperinci. Setelah rancangan perniagaan yang terperinci siap, langkah yang sangat penting ialah mintak tolong. Mintak tolong akauntan, peguam, jurujual, usahawan yang berpengalaman dan siapa saja yang difikirkan perlu untuk memberi komen rancangan perniagaan anda. Ini adalah langkah yang sangat penting tapi ramai orang tak buat.

Semoga bermanfaat utk anda. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Berdoa dalam hati: Ya Allah, bagilah kerja tak byk harini supaya boleh balik on-time.. šŸ™‚

Before You Quit Your Job

September 25, 2006

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job ā€“ 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam bukuĀ Before You Quit Your JobĀ dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Kempen Berhenti Kerja

September 23, 2006

Salam pertemuan,

Saya tidak berniat melancarkan kempen berhenti kerja šŸ˜› Saya cuma mahu bercerita pasal pengalaman pasal pekerjaan. Masa saya nak berenti company saya dulu adalah beberapa membe yang semagat betul nk berenti.. Tapi last2 saya je yang berenti.. huhu.. Kepada sesiapa yang terasa tu, ni cabaran nih.. šŸ˜‰

Sebenarnya memang tak salah bekerja. Malah dunia hari ini memerlukan pekerja. Kalo sume nk jadik bos pon susah jugak. Jadi, entry kali ini saya nak dedikasikan kepada orang yang memang betul2 nk berhenti kerja dan mulakan perniagaan.

Pendapat saya, orang2 yang nk berhenti kerja tapi masih bekerja kerana tidak sanggup hilang jaminan yang setiap bulan gaji akan masuk. Gaji masuk bermakna ada fulus. Ada fulus bermaksud boleh teruskan hidup lagi.. Haha.. Ada jugak yang banyak hutang2 menyebabkan mereka tak boleh berhenti. Cthnya saya. šŸ˜¦

Namun, adakah satu langkah yang bijak berhenti kerja tanpa perancangan yang terperinci? Pendapat saya, sebelum berhenti, seseorang memerlukan bukan sahaja rancangan terperinci tetapi jugak beberapa back-up plan andai rancangan tak menjadi. Bak kata Robert Kiyosaki, berhenti bekerja dan memulakan perniagaan ni laksana terjun dari kapal terbang tanpa payung terjun. Payung terjun perlu dibuat sebelum terhumban ke tanah. Jika sempat, anda selamat. Jika tidak.. terimalah kesakitan tu (harap2 tak mati) dan kemudian terjun lagi sampai berjaya.. šŸ™‚

Buat sesiapa yang inginĀ melancarkan kempen berhenti kerja.. saya akan ulas buku Robert Kiyosaki bertajuk “Before You Quit Your Job” pada entry akan datang. Nantikan…

-Fuad-

Hantu Pokok Pinang

September 21, 2006

Salam Pertemuan,

Nota Gambar: Iklan Coke di Eropah. Kalau perasaan kita sedikit pun tak terusik, tak tahu nak cakaplah. Kononnya kita Anti-Yahudi, tapi mereka dengan senang mengaut kekayaan dari poket kita. Hurm…

Suatu ketika (lebih kurang 3 atau 4 bulan yang lepas) sebuah stesen minyak Shell di Penang penuh sesak dengan kunjungan orang ramai. Setiap malam, manusia berpusu2 memenuhi kawasan tersebut. Kalau di bukak gerai jual dadih ke saya yakin pasti laris sekali šŸ™‚ Maka tertanya2 lah saya, apalah daya tarikan stesen minyak itu yang penuh sesak dengan umat manusia walhal bukanya mahu mengisi minyak pon mereka mereka ini.

Rupa2nya mereka ingin menyaksikan secara dekat hantu tenggek di atas pokok. Konon nya bila malam menjelma, bertenggekla hantu diatas sebatang pokok. Maka ramailah orang dari setiap pelusok Penang datang menyaksikan fenomena aneh ni.. Kira pakat2 tgk hantu.. hantu plak tgk derang. Fenomena ini hanya berakhir setelah pokok tersebut ditebang. Terserlah lah crita sebenar yang dikatakan hantu tenggek itu hanyalah sejenis pokok tumpangan yang tatkala malam nampak seolah2 makhluk diatas pokok.

Inilah contoh fenomena hantu pokok pinang yang digilai oleh masyarat Malaysia terutama sekali Mā€¦.. (kalo cakap kang ada plak yang terasa.. jadi biarlah rahsia..masing2 pakat buat andaian). Istilah ini digunakan oleh Dr. Danial dalam satu rancangan Motivasi Mutiara FM. Kaum M lebih gemar melihat Hantu Pokok Pinang dan terkinja2 dengan artis pujaan hati mereka.

Maka, apa ku pedulik si Pope mahu kata apa…Coke nak iklan mengihina agama.. Tak peduli.. Yang penting Coke adalah penaja rasmi hiburan kegemaran.. Si Pope tu biar Ustaz2 yang setelkan, Pak Menteri yang perlu risau.. Hidup hanya sekali.. Kita enjoy…

Nak dijadikan cerita bangkitlah Professor beragama Kristian menyanggah kata2 Pope… ( Gary ) Kalau yang dianggap pihak seberang sana pon mahu menegakkan kebenaran, nampak sgtlah yang mana benar yang mana salah. Tapi…yang di sini tak kesah.. Tak kiralah yang bernama Aiman atau tidak.. Tetap..Aiman tak kesaaahhh….

Nota: Sorry Aiman.. Nama anda sungguh femes utk tidak digunakan dalam menerangkan senario ini. Namun ia tidak membawa entiti mana2 individu. Sekadar penyedap ayat..

Renungan:

  1. Tak habis2 puak2 disana ingin memainkan sentimen keagamaan.Apa yang perlu kita buat.? Landaskan dengan ilmu bukan emosi (itupon kalo kita beremosi dengan isu2 sebegini)
  2. Kawan..Sampai bila kita mau jadi buih2 dipermukaan air..
  3. Kalo nak kasik jualan laris, kita taruk kain putih ke..wat rambut2 sket kat atas pokok yang berhampiran.. Haa..tak lama lagi ramailah orang dtg.. Boleh buat duit tu.. šŸ˜‰

Sekadar perkongsian utk renungan bersama..

-Fuad-