Bajet 2007

Salam Pertemuan semua,

Akhirnya, dapat jugak saya tulis post setelah sekian lama berusaha. Sebenarnya, sudah banyak kali saya cuba tulih entry tapi sedihnya CC teruk sgt. Bermacam2 benda ada kat PC, virus la, pop-up ntah ape2 la, slow sgt la, slalu hang la, last2 tak leh hantar. Kecewa sungguh saya dengan pihak pegurusan CC.

Inilah jadinya bila wat business tak menitik beratkan customer service. Yang menyedihkan, dua2 CC yang saya pergi dua2 buat hal. Yang lebih mengecewakan lagi, 2nd CC yang saya pergi tu menggunakan sistem MOL Access Portal. Saya begitu hairan dengan MOL, adakah tidak disediakan audit utk CC yang menggunakan sistemnya. Ini secara tak langsung menjejaskan kredibiliti MOL selaku syarikat besar. Saya dengan ini membuang MOL Accessportal Bhd kod saham 0031 di papan MESDAQ dari senarai saham yang saya akan kaji. Bye bye my friend. Huhu…😦

Sebab dah lama tak online, post kali ni agak ringkas. Saya nak habiskan masa baca blog2 member je arini. Pasal bajet…

Apa yang menarik perhatian saya:

  • Pelepasan cukai beli buku dari RM700 ke RM1000. Ha ha.. Best2.. Lagi banyak pelepasan boleh dapat. Tapi..rasanya perlu lagi byk..😛
  • Yuran peperiksaan dimansuhkan.. Langkah yang bagus.. tapi jgn lak di jadikkan alasan utk ulang exam byk2 kali.. Masa itu emas diiikkk….
  • RM3.6 bilion utk pertanian.. Sgt menarik.. Ble la agaknya leh jadi usahawan tani ni…
  • Pesara kerajaan dapat bonus sekali.. Mak saya tentu hepi.. Heheh
  • Kakitangan kerajaan dapat kenaikan pinjaman beli rumah 20%.. Harap2 adalah yang nak beli rumah kat nilai..😉
  • Cukai rokok dan arak dinaikkan. Patutnya diharamkan terus… Selamat dunia akhirat.
  • Subsidi RM50 utk ujian saringan kanser. Hurm.. bagus. Baik check awal2..
  • Cukai korporat diturunkan 2%. Bagus utk para usahawan di Malaysia. Jom buat business.🙂

Secara keseluruhan, saya rasa bajet 2007 agak memuaskan. Lebih memuaskan mulai hari ini, kompaun saman had laju di kurangkan 50%. Inilah masanya nak byr saman.. hehe..

Sehingga berjumpa lagi.. Salamzz..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum

9 Komen di “Bajet 2007”

  1. akirasuri Says:

    ahakss…selamat mengembalikan diri…

    emmm bajet..bajet…ya ya ya bajet..

  2. Labanon Says:

    Nampaknya bajet kali ini memang memuaskan banyak hati rakyat Malaysia😀

  3. Slie Says:

    belum sempat teliti lagi..bajet pertahanan ada tak? tadi tgk banyak biji jugak kereta perisai atm tersadai di highway…

  4. aku Says:

    “Saya dengan ini membuang MOL Accessportal Bhd kod saham 0031”

    My first comment, baru masuk. Maybe pengetahuan saham, saya boleh belajar dari saudara.

    Bukankah lebih elok menilai keuntungan yang mampu dijana syarikat dalam menilai pelaburan?

    Semasa zaman melawat CC dulu, memang saya perasan jugak kebanyakkan CC yang guna MOL tak terurus.. saya pon dah ada persepsi negatif dah kat MOL ni.. maybe ini sebabnya saudara buang MOL?

  5. dayah Says:

    rajin2 lah updet fuad ek…kongsi2 info

  6. suhaimy Says:

    Salam,
    terkenang zaman meniaga CC dahulu.Sepetutunya CC sekarang dah guna PC Recovery Card. Senang restart aje semua habis,Trojan,virus,spyware dll lagi

  7. Fuad Says:

    Akirasuri: Selamat2.. terima kasih.. heh.. tak keruan sungguh rasanya tak dapat tulis blog 4 hari.. Ketagih tulih blog.. penyakit baru nih.. Ada penawar dak?

    Lebanon: Bagi saya memuaaskan lah. Tapi lawak gak tgk tv aritu, ble buat survey orang awam ada yang tak tahu pun kewujudan bajet.. Hahak.

    Slie: Aku pun x go trough in detail. Salalunyer pertahanan lah pakai duit paling byk.

    Aku: Sekadar pendapat sy.. Kalo utk long term memang prestasi syarikat penting . Kalo short term macam day-trader, emosi pemain saham tu lagi penting. Saya sebenarnya baru jek nk belajar saham ni.. Kalo ada orang yang nak blajar sama2, teramatlah dialu-alukan.. http://fuadibr.wordpress.com/ blog saya utk main saham. Asalnyer utk kegunaan personal jek, tapi rasanyer kalo ada orang leh tegur2 apa yang salah lagi bagus..

    Dayah: Ok. Janji pasnih rajin updet blog🙂 TQ Dayah.. Camne posting bln 9. Dah ada berita?

    Suhaimy: Agaknya CC yang saya pergi tu tak mau nak upgrade. Tau ambik duit dari pelanggan jek tapi x nk invest utk improve service. Huh..

  8. roshaizul Says:

    huh! nasib baik rokok naik 2 sen sebatang je…..huhuhuhuhuh

  9. Fuad Says:

    Hahak.. Rokok daun kene cukai jgk tak?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: