Fish

Salam pertemuan sekali lagi buat semua,

Dah lama tak buat ulasan buku. Arini saya nak perkenalkan buku Fish. Sebelum tu, saya nak bagi teka teki. Teringat teka-teki ni bila baca comment Surfaddict dalam post Susahkan Dirimu aritu. Teka teki berbunyi begini:

Ada 3 orang lelaki. Seorang buta, sorang pekak dan sorang lagi bisu. Jadi bile mereka bertembung disatu tempat, maka si Buta pon nak memperkenalkan diri. Tapi si Pekak tak dengar apa2 dan si Bisu pulak tak boleh nak menjawab balik. Soalannya: Bagaimanakah Si Bisu nak bagitau Si Buta yang Si Pekak tu pekak?

Selamat Mencuba…😛

Berbalik kepada buku Fish dari Stephen C. Ludin, Harry Paul dan John Christensen. Buku ni mengandungi 110 muka surat. Saya amat menyarankan sesiapa yang rasa tak semangat utk bekerja atau tak gembira di tempat kerja, ini adalah buku yang amat bagus utk anda. Dipersembahkan dalam bentuk cerita dan mampu menyampaikan mesej2 melalui penceritaan tersebut. Ending die heroin kawen nagn hero..😉

Ok, secara ringkas, 4 perkara penting yang perlu dilakukan untuk membuat kita gembira di tempat kerja:

  1. Pilih Sikap Anda (Choose Your Attitude)
  2. Bermain (Play)
  3. Gembirakan Harinya (Make Their Day)
  4. Hadirkan Diri Anda (Be Present)

Dalam entry akan datang saya boleh terangkan secara ringkas perkara tersebut. Selain utk pekerja, buku ini juga sesuai utk para usahawan utk meningkatkan lagi semangat dan cara bekerja dengan lebih ceria dan efficient. Fully recommended.🙂

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Motivasi, Ulasan Buku

9 Komen di “Fish”

  1. dayah Says:

    ehhh..camne ek nk bg tau? jenuh den pikir..tak dpt jawapan lg nih

  2. akirasuri Says:

    he he he kita andaikan [dalam ekonomi banyak andaian] bahawa ada kertas kat situ…yang bisu tu tulis apa yang dia nak cakap kemudian suruh si pekak baca [pekak tak buta jadi boleh membaca], lepas tu suruh si pekak ni bacakan apa yang si bisu tulis dan apa yang si pekak nak cakap pada si buta [dengan andaian si pekak boleh bercakap]…he he he…lepas tu si buta pula bercakap terangkan namanya…he he he…

    fish??macam menarik je buku tu…

  3. Slie Says:

    ooo…banyak andaian laaa..kalo tak andai tak beleh ker? si pekak gi operate ke..hehe. apa aku merapu ni?😛

  4. fiq Says:

    aku suka no.2 tu, men game time keje =]…teka teki tu..aku xtau ..penat piki

  5. ad3ck Says:

    Soalan yang perlukan daya imaginasi yang tinggi..

    Let me guess: Si Bisu guner bahasa tangan gtau kat Si Pekak..Si Pekak cakap kat Si Buta apa yg Si Bisu maksudkan..

    Tul tak~? Tak sabar nak tunggu jawapan..hehe..

  6. aku Says:

    hehehe.. tak sabar tunggu jawapan…

    aku macam setuju ngan jawapan kertas tu.. dengan kata lain, elemen kertas wujud untuk menyetelkan masalah tu.. huhuhu..

  7. esis Says:

    wow menarik buku ni. dah baca GOBLOG? tengok la ulasan kat blog saya.

  8. Fuad Says:

    Wah.. kreatif sungguh jawapan2 yang diterima. Macam betul sume jek. Apapun, skema jawapan dier..

    Si Bisu buat2 bercakap ngan Si Pekak. So, bile si Pekak ingatkan Si Bisu tgh bercakap ngan dia (padahal tak kuar suara pon), die pon jerit “Aku pekak la wei!”. Heh..

    Esis: GOBLOG? Ok.. nnti pegi tgk.

  9. surfaddict Says:

    Bagaimanakah Si Bisu nak bagitau Si Buta yang Si Pekak tu pekak?

    Erm soalan teki teki menarik ni..so bglah jawapan bleh mengena ni..erk..hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: