Dream Of A Beautiful World

Salam pertemuan sahabat semua,

Mungkin tiada pengajaran dapat dicungkil dari entry kali ni. Teringin pulak berbicara tentang mimpi. Sekadar coleteh untuk mengisi masa terluang.

Saya mimpikan sebuah dunia penuh dengan sahabat dan persaudaraan. Cuba bayangkan, pegi mana2 pon ada orang kita kenal. Pendek kata semua orang kita kenal. Dunia ini penuh dengan member kita je. 

Membe yang mana meletakkan kepercayaan, keikhlasan, menghargai dan kebaikan satu prinsip mutlak dalam kehidupan. Tiada lagi umpat mengumpat, keji mengeji, dendam mendendam dan segala macam keburukan manusia. Mampukah dunia sebegitu wujud? Pendapat saya: Mustahil.

Teringat saya kata2 seorang ustaz dalam Forum Perdana. Setiap manusia ni Allah jadikan nasfu, yang mana nafsu kearah kebaikan dan juga kejahatan. Walau sejahat2 orang tu, pasti ada kebaikkan didalam diri dia. Contohnya, seorang yang mencuri ayam, pasti sembelih dulu sebelum dia makan😉 Hakikatnya, dengan menyembelih tu tidak menjadikan ayam tu halal dimakan.

Saya perasan satu sindrom dalam diri saya dan sesetengah kawan2 saya. Tak kira kawan saya tu tergolong dalam puak2  alim atau tak berapa alim atau perangai macam ntah ape2 ntah. Bila melihat orang perangai lagi teruk, “teruknya perangai dia nih..” tapi bila jumpa orang yang perangai lagi baik, “Dia ni baik sangatla..” Jadi, kesimpulannya, kalaulah saya ni orang paling jahat sekali dalam dunia, maka dunia hari ini adalah dunia impian saya. Dunia ini penuh dengan manusia yang baik2..

Jadi, apa saya nak buat.? Sidrom ini mempunyai masalah. Perlu ditukar dengan sindrom yang lebih ideal. Sindrom yang menggalakkan manusia menjadi lebih baik. Setelah diterap sindrom yang ideal, perlu pulak dicari kawan2 yang ideal. Hurm.. Susah tu..

Oleh sebab dunia impian saya itu nampak mustahil dan terlalu sukar, saya nak berkawan dengan semua orang. Apa yang baik dijadikan contoh teladan, apa yang buruk jadilah sempadan. Hermm.. saya mula rasakan dunia sekarang inilah dunia impian saya. Terlalu ramai orang2 yang baik disekeliling. Yang tinggal hanya usaha ke arah silaturrahim..

Fuad: Matlamat baru, sehari bertambah seorang kawan😛

Ok.. Masa utk carik kawan baru.. Sehingga berjumpa lagi..

Yang ingin menjadi sahabat dunia akhirat mu,

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

7 Komen di “Dream Of A Beautiful World”

  1. akirasuri Says:

    he he he…Fuad: Matlamat baru, sehari bertambah seorang kawan

    saya: saya ni kawan bro tak?ahakss…😀

  2. fiq Says:

    kite bersaudara bro, hehehehhe. bab kawan ni..umm…masing2 berbeza pendapat dan caranya. hm…

  3. aminbakish Says:

    tak rugi banyak kawan….🙂

  4. Fuad Says:

    Akira: Rasa2nyer kawan.. Kat sana rasa kawan tak?😉

    Fiq: Ok.. Dah bersaudara nnti aku pegi Cheras bleh aa tumpang tido umah ko ek. Heh.. Betul2.. setiap aorang ada cara berkawan sendirik..

    Aminbakish : Memang tak rugi banyak kawan. Yang paling risaunya yang jenis makan kawan. Yang paling susahnya kawan yang masa susah pon boleh bersama..

  5. Walikard Says:

    Fuad, kita kawan🙂

  6. Fuad Says:

    Terima Kasih..🙂 Kalo member kene pergi menziarah rumah ni.. Baru best sket..

  7. KAMIL YUSOFF Says:

    Salam sejahtera kepada semua,saya nak jadi kawan kepada semua yang sudi, dengan ikhlas dari saya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: