Pahlawan Negara

Salam Pertemuan,

Berita semalam pasal kematian 2 orang komando Malaysia ketika menjalani latihan. Al-Fatihah. Pernahkah anda rasa hidup anda terasa sangat teruk. Anda mengeluh, “kenapalah hidup aku ni teruk sangat

Kalo anda berfikiran begitu, anda patut tinggal dalam kem askar at least 1 minggu cukuplah. Anda pasti rasa bertapa bertuahnya hidup anda sekarang.🙂

Masa kerja dengan MLNG dulu, saya berpeluang tinggal dalam kem askar selama 2 minggu. Satu program yang dianjurkan ekoran peristiwa September 11. Memandangkan MLNG merupakan salah satu tempat strategik utk pengganas melakukan kemusnahan besar (jika satu kapal tangki Gas Cecair meletup, 100km kawasan boleh musnah. Apatah lagi kalo 6 tangki MLNG tu meletup.. tak boleh bayangkan kemusnahan dia).

Selama 2 minggu si kem askar, kami menjalani kehidupan harian sebagai askar (mengikut kata pegawai pengendali, apa yang askar sebenar lalui lagi teruk dari kami). Masa memang tak pernah cukup, setiap masa berlari je. Walau nk kemana2 kena berkawat. Undang2 adalah nombor 1. Hukuman dier sume mamang lasak2.. Yang pasti, memang takda masa utk dibuang. Emosi kena jaga betul2 sebab kalo tak leh kawal emosi.. lagi nahas lah hidup anda di kem.

Perkara yang paling saya tak boleh lupakan, bermalam di dalam hutan belantara. Aktiviti tu meletakkan kami di tengah hutan sebelah pagi dan sepatutnya keluar petang tu. Malang sekali akibat sesat, petang esoknya baru boleh keluar. Tido dalam paya lumpur bertemankan nyamuk2 yang kelaparan dan binatang yang dok ngintai jek kitorang tido.. Saya plak yang kena jadik guard, tukang pegang Steyr. Aduh2.. Dahla kene pikul radio yang seberat 15kg. Nak wat camne, dah orang paling fit skali.. keh keh😉

Masa tu memang pantang jumpa air, mesti telan jek. Tak kira lah bersih ke tak. Apa yang saya dapat belajar dari aktiviti tu, kekuatan mental memastikan anda boleh terus hidup. Yang kedua paling penting, kawan. Ada seorang ahli kumpulan saya berbadan besar, semua bekalan air yang saya bawak sental kat dia. Tanpa kawan2 yang menyokong anda, anda pasti tewas dengan cabaran dihutan. Kekuatan mental akan terus beri motivasi pada anda utk terus berjalan tanpa putus asa… Dari segi fizikal memang dah betul2 tak larat dah.. Satu je dalam fikiran masa tuh.. “dekat je lagi..dekat je lagi..”

Pengajaran:

  1. Kehidupan askar amatlah susah, tapi gaji yang diterima teramatlah sedikit. Lebih mulia lagi, kerjaya mereka memerlukan mereka mengadaikan nyawa. Stakat kita rakyat kebanyakkan, korbankan sedikit masa dan tenaga dalam kerjaya yang memberi gaji yang agak tinggi. Kita patut bersyukur sgt2.
  2. Dunia perniagaan boleh diibaratkan sebagi hutan belantara. Utk survive kita memerlukan kekuatan mental dan sokongan dari rakan2.
  3. Kalo masa nak pegi hutan askar soh pikul radio, jangan ikut. Derang tipu jek. Radio tu dah disabotaj awal2. Buat berat jek bawak. Huh…
  4. Babe (sejenis binatang di gelar kerbau pendek) amat susah ditemui di hutan Sarawak. Specis ini telah diburu habis2an tak seperti di semenanjung. Kat hinghway pon ada yang melintas. Nota: Saya tidak join puak2 pumburu babe malam tu. Walau lapar macammana pon rasanyer tak sanggup lagi nk membaham babe.. heh..
  5. Bawaklah handphone anda bila masuk hutan. Mungkin nasib anda baik, kat bukit yang tinggi boleh dapat line, sempat lagi call umah bagitau wife anda sesat kat dalam hutan.. Tensen2.. sempat jek gayut ngan bini masa orang lain tgh pressure nih..huhu..

Takziah buat keluarga komando Malaysia yang terkorban tersebut. Komando Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Jasa mereka melindungi negara tak patut dipandang remeh.

Oh ya. Kenangan paling manis saya di kem askar ialah pengalaman menembak. Fuh.. memang best. Dulu masa muda2 slalu main Counter Strike dan rifle yang paling saya suke Steyr. Tak sangka boleh menembak pakai steyr yang real, peluru real. Memang tak boleh lupakan.. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

15 Komen di “Pahlawan Negara”

  1. akirasuri Says:

    nasib baek sempat telefon isteri, kalau tak..huih :p

    nota: satu benda yang sangat menyedihkan adalah gaji semua yang terlibat dalam sektor pertahanan negara contoh askar, polis etc terlalu rendah. jasa mereka adalah besar dalam menjaga keamanan. saya rasa patut kerajaan naikkan sedikit gaji diorang sikit. sudahlah kerja bagai nak mati, tapi pulangan sikit aja. aduh kesiankan.

    al-fatihah buat arwah-arwah…dia pergi bukan sebagai picisan, dia pergi sebagai wira..🙂

  2. cikguonline Says:

    Al-Fatihah buat yang telah pergi termasuk jugak adik bongsu saya sedihnya hati….

  3. Labanon Says:

    Al-Fatihah… ya sayapun hairan kenapa masih ada yang hendaak bunuh diri sedangkan hidup ini begitu indah dan kebanyakkan orang mengangap hidup tidak indah kerana hutang sekeliling pinggang..

    “Jimat Cermat Amalan Mulia”😀

  4. aku Says:

    Semoga roh mereka dikasihi ALLAH.

    Aku baru jer tensen ngan keje, baca post ko ni, tersedar kembali, betapa askar-askar kita lagi susah… hmm..

  5. BAGAK Says:

    Kalau tak bagi gaji banyak, pastikan mereka banyak terima elaun termasuk anak dan isteri. Sekurang2nya fikiran tak sempit nak cari duit.

  6. linn_comel Says:

    Alfatihah kepada yang terkorban..

  7. ad3ck Says:

    Teringat maser pegi kem btn dulu..tak derlar cam kem askar sgt, cumer dok asrama yg takder pa per kat sekeliling kawasan tuh..seminggu..tu pn da byk mengeluh..hehe..

    skang aku sangat menghargai perjuangan mereka..:)

  8. Fuad Says:

    Akirasuri : Yang tak tahan siap gayut manje2 tu.. Kalo stakat, “Ayang, Abang sesat kat hutan ni”.. Abes. Okla.. Boleh la except.. Bukan la sgt jeles pon tapi paham2 la kan.. heheh..

    Cikgu: Takziah juga buat Cikgu sekeluarga. Saya baru dapat berita, kawan saya di Sarawak (yang sama2 dalam team di hutan) meninggal dunia. Khabarnya murdered. Kenapalah manusia ni sanggup bertindak diluar kewarasan.

    Labanon: Betulla kan. Kalo hidup dikelilingi hutang, teramatlah gelisah. Andaikata seruan jihad tiba, orang yang berhutang pasti keruagian yang amat besar.

    Aku: Jom kerja dengan rajin dan ikhlas🙂

    Bagak: Hurm..betul. Stuju.

    Linn_Comel : Al-Fatihah juga buat seluruh pejuang2 Islam yang berjuang demi agama dan tanahair.

    Ad3ck: Aku rasakan, time tu je rasa tensen dan menderita. Bile dah abes rasa macam nak pegi pulak pon ada.

  9. anak_komando Says:

    soal gaji tak yah sentuh. gomen tau apa yg dorang buat. tp bebaloi atau tak dgn pngorbanan sorang askar masyarakat kena faham. bapak aku komando. stakat tak peluang raya ngan bapak jgn cakap. pernah operation pat lima minggu. blk mlm sempat jumpa sebelum tido. bgn pagi bapak dah masuk utan blk. zaman 60an, 70 an dan awal 80an sgt perit bg negara. dgn ancaman PK semua tentera tmasuk polis telah melakukn pngorbanan yg amat bmakna. bg sesapa bapak diorang yg terkorban smasa di pbatasan, yg hilang kaki dan tgn serta penglihatan disebabkan jerangkap samar aku tabik dgn semangat dan kesabaran korang. Allah Maha Besar. Semoga pengorbanan bekas2 tentera dan polis mendapat pembalasan yang setimpal di akhirat. Bukit Mentago Tanjung Labuh, Bangga Sungguh Bapakku Komando !!!

  10. kude Says:

    banggenye gua sebab dtg dr kluarga army.ayah komando,abg ipar komando,pakwe pn komando n adik pompuan army,bangge siot

  11. JOHAN Says:

    X PE……………………….😛

  12. paan_joker Says:

    bestnye tembak menembak nanti sye pun nak jdy komando

  13. rabiah Says:

    saye harap rohnye dicucuri rahmat…
    amin…
    alfatihah

  14. arya ganteng Says:

    lucu banget

  15. anak komando Says:

    bukit mentago tanjung laboh
    bangga sungguh bapakku komando

    kem segenting kem sungai udang
    kudrat dibanting agar tak kecundang

    tuan lias cek ripin
    latihan tak culas tinggi disiplin

    zainal pay tuan minhat
    tinggal yang dikasih curah keringat

    new zealand tujuh puluh satu
    ketepikan kepentingan arahan digenggam padu

    kemah helen(cameron highland) kole kubu(kuala kubu bharu)
    aku tak heran itulah bapakku

    z squadron quarter master
    setiakawan dikendong akur pada ketua

    tuan borhan hasbullah bond
    sedikit cetusan sekadar bagi respond

    AD3757 MK3904
    bapakku komando pasti sentiasa kuingat

    64452 bin 14520


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: