Berikan Komen Anda

Salam Pertemuan,

Semalam saya pegi ke tapak pasar malam agak awal. Setelah pasang semua barang2, tak lama menunggu, datang sepasang suami isteri berbangsa India. Dari loghat percakapannya saya agak bukan orang tempatan. Kedua2nya peramah dan friendly.

Nak dijadikan cerita, setelah siap iceblend derang dan dah bayar, derang masih berdiri depan gerai saya. Saya pelik. Apsal dok lepak sini plak. Kedua2 pasangan tersebut minum dengan perlahan. Agak concentrate derang minum. Saya dah mula rasa janggal dah. Jadi, saya borak2lah macam2, cerita pasal kerja part time la.. Last2.. lelaki tu bersuara.

Hurm..I think the taste is very nice. Overall look is also interesting. Although I have dificulties to get the chocholate rice but I dont think that will be a big concern. I can see you have a bigger straw there.. Okay. Excellent drink. See you around young man. Thank you. Bye.”

Ooo..baru saya faham. Derang nak rasa dulu pastu nak komen. Saya tak tahulah ini budaya orang India ataupun mereka pernah bekerja di negara lain dan membawa budaya ini bersama. Pendapat saya, itu budaya yang sangat bagus. Pandangan saya, seolah bagi mereka, memberi komen dengan ikhlas itu adalah satu cara memberi bantuan kepada anda.

Satu budaya yang saya rasa kita patut amalkan. Harap2 tak jadi sesi kutuk mengutuk sudah. Heh.. Cara mereka komen juga nampak berhemah dan benar2 ikhlas. Mereka beredar dengan penuh riang seolah2 telah berbudi pada saya. Dan sememangnya saya amat berterima kasih atas komen yang ikhlas tersebut.

Pengajaran:

  1. Budaya komen ni agak sukar diterima oleh orang Malaysia. Agaknya orang Malaysia mudah terasa kot. Apapun, saya rasa kita patut mula belajar menerima kritikan yang membina.
  2. Saya amat menghargai sebarang komen samaada utk gerai pasar malam dan juga blog saya. Terima kasih banyak2 di atas komen2 anda. Jasamu amat dihargai..😛

Sebelum terlupa, saya ada satu pengumuman:

Kepada sahabat2 yang nk game CASHFLOW, saya nk mintak maaf banyak2 kerana masih gagal menghantar game tersebut. Komputer buat hal plak. Sehingga saya beli komputer baru, harap rakan2 dapat bersabar menanti.

Sehingga berjumpa lagi di lain siaran..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

11 Komen di “Berikan Komen Anda”

  1. fiq Says:

    ya, ktitkan yang membina.aku sokong ni.tapi dengan cara yag elok =]
    “aku komen ko”

    hahahhaha dah aku da komen da ni.

    solat jom maghrib da ni

  2. BAGAK Says:

    Saya selalu juga memberi komen bila dah siap makan/ minum di mana2 kedai yang saya rasa tokei kedai boleh di ajak berborak.
    Ada juga tokei kedai yang sensitif sebelum mendengar apa yang hendak kita katakan.

  3. aminbakish Says:

    meniaga kat mana ni????? lepas ni blh le tabur chocolate rice kat atas..🙂

  4. Walikard Says:

    Memang betul, komen2 ni sensitif buat kita rakyat Malaysia. Tapi, kalau komen positif apa salahnya? Malah ia membina kita untuk lebih berjaya🙂

  5. linn_comel Says:

    wah..positive comment from foreigner..ini sudah bagus.

  6. akirasuri Says:

    di malaysia, bukan kritikan berhemah yang diberi tapi maki hamun yang diberi..ihiks..tak kurang juga peniaga kurang mesra rakyat dan kurang boleh menerima komen-komen pengguna..alahai..

  7. ad3ck Says:

    aneh..aku tak penah dengar or tengok kejadian yg ko citer nih..hehe..bagus sbnrnyer komen nih..sebab ngn komen la peniaga/sesiaper jer dpt tingktkn produktiviti plus quality..:)

  8. cikguonline Says:

    Komen yang membina bagus… takut jugak kalau komen yg sebaliknya pulak keluar

  9. sAf-OnE Says:

    Wah.. Bagus yerk dierorg..

  10. soulof99 Says:

    Sebenarnya apa2 komen pon memang bagus. Kalau kena hentam pun rasanya tetap lebih bagus dari pada langsung takde apa2 respon.

  11. Fuad Says:

    Fiq: Terima kasih di atas komen anda🙂

    Bagak: Wah.. bagus2. Saya sendirik tak pernah komen lagi kat orang kecuali dimintak komen..

    Aminbakish: Meniaga kat Pasar Malam sekitar Bayan Baru, Penang. Jemputla datang. Dah tabur kat atas dah, cuma mungkin straw kecik sgt kot..

    Walikard: Setuju🙂

    Linn: Itulah antara saat manis ketika berniaga

    Akirasuri: Nak wat camne. Tapi rasanya ada jugak golongan yang suka menerima komen. Sesuatu yang bagus utk peniaga2 Malaysia amalkan.

    Ad3ck: Aku pon first time jugak terima komen tanpa dimintak. Selalunya mintak komen ngan member dan regular customer.

    Cikgu: Itu terpakasalah bersedia. Untuk kebaikan jugak.

    Safone: Derang memang bagus. Siap expression muka pon menunjukkan penuh minat.

    Soulof99: Setuju gak. Kena hentam pon ok gak dari terus syok sendiri. Teringat cara Cucu Rasul Allah, Hassan dan Hussin menegur orang tua cara mengambil air sembahyang dengan betul.. Sangat berhemah..🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: