Sentimen Perkauman

Salam pertemuan,

Jepun merupakan bangsa yang tersangat rajin berkerja. Hatta takdek kerja pon derang mencipta kerja. Contoh paling ketara, kalau kaler wayar pudar sket pon sebuk nak analisis, kene wat change part documentation. Kalo marking senget sket je pon, macam2 isu jadik. Huhu.. Janganlah cari pelanggan dari Jepun.. keh keh..  

Apapun semalam merupakan hari paling sebok saya sejak bekerja. Start dari pagi sampai malam, tak sempat menyentuh makan dan minum.. Apatah lagi nk baca blog dan menulis blog.. Isk..isk.. Inilah bahana bekerja dengan orang Jepun. Agaknya derang ni makan pon depan komputer sambil wat kerja. Malam tu ingatkan ada gak member nk temankan wat kerja, tapi last2 ditinggalkan jugak.. huhu.. Apapun Good Luck buat bestpren saya yang nak ambik 2 paper hari ni..🙂

Minggu lepas US Embassy telah meluluskan VISA saya untuk ke US. Peliknya selepas sebulan setengah barulah diluluskan. Walhal kebanyakkan kawan saya yang berbangsa Cina boleh diluluskan dalam masa sehari sahaja. Alasan yang diberikan, kene check kat Washington dulu. Tak tahulah saya apa maklumat yang kat Washington tu ada pasal background saya. Adakah kerana nama saya ada ‘Ahmad‘ dan ‘Bin‘ menjadi ancaman besar kepada mereka? Ataupun agama Islam tu satu warning mesej pada orang US nih.. Nk kata muka saya macam pak Arab tu memang takdelah.. Yang ada orang cakap macam Cina tu adalah…

Haaa.. satu lagi pasal sentimen perkauman. Masa saya berniaga di Shopping Komplek BJ dulu, pada suatu hari ada 2 orang awek mendekati saya.

Awek A: “Urm…awak ni melayu ke cina?”

Saya : “Eh..Asal tanya camtu? Melayulah..”

Awek A: “Haa..kan aku dah cakap..” (menoleh kat kawan dia di sebelah) Kawan saya tadi kata awak cina. Heh.. kalo cina dia tak nak beli..”

Blank betul saya. Adeke dicakapnya Cina. Ini Melayu tulen nih. Rasanya takda plak dalam salasilah keluarga saya Cina. Ahmad Fuad Bin Ibrahim Bin Wel Bin Daud Bin Puteh…erk..stakat tu je tau..heh.. Apapun… takda masalah walau bangsa apapun. Nabi jugak pernah bersabda yang baginda berbangga dengan bangsa Arabnya. Namun itu bukan alasan utk merendah diri atau meninggi diri kerana bangsa.

Pengajaran:

  1. Untuk menjadi bangsa yang maju, rajin bekerja adalah salah satu faktor penting.
  2. Mee goreng yang dimakan tatkala kelaparan adalah makanan yang tersangat lazat😉
  3. Kalo nak buat US Visa, make sure buat awal2 at least 2 bulan sebelum perjalanan anda. Dapatkan jugak surat sokongan dari orang US mengatakan anda bukan terorist.. heh..
  4. Perspektif orang pada wajah anda secara tak langsung mempengaruhi jugak jualan anda.
  5. Cintailah bangsa anda..😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

14 Komen di “Sentimen Perkauman”

  1. walikard Says:

    Hmm, memang kerajinanlah yang menjadi syarat wajib untuk MAJU…setakat ilmu di dada dan tak pula diamalkan…berkarat macam tu ajelah

  2. fiq Says:

    aku nak ikot! hehehehe

  3. esis Says:

    huh susah benor nak gi us. mesti ko sompan janggut nih.

  4. soulof99 Says:

    Heh.. menarik… rasanya perkauman memang tak dapat lari dalam mana2 Kerajaan kat dunia ni.

  5. akirasuri Says:

    Malam tu ingatkan ada gak member nk temankan wat kerja, tapi last2 ditinggalkan jugak.. huhu.. Apapun Good Luck buat bestpren saya yang nak ambik 2 paper hari ni..

  6. akirasuri Says:

    Malam tu ingatkan ada gak member nk temankan wat kerja, tapi last2 ditinggalkan jugak.. huhu.. Apapun Good Luck buat bestpren saya yang nak ambik 2 paper hari ni.. *untuk saya ke??he he he neway tanx ek ;)*

    wah mahu pergi US, takkan penasihat pemasaran tak bawak kot😛 huhuhu…

    oh ya, jepun memang ada satu budaya kerja yang sangat hebat..saya ada terbaca mengenai cara pengurusan mereka iaitu TQM…memang kelaslah..ihiks..tapi saya terfikir, mampu ke budaya TQM tu terserap dalam cara bekerja orang Malaysia, kalau mampu memang sah boleh jadi negara maju 2020 ni..tapi kalau tak..hmmm harap mimpi jadi kenyataan la..ahakss…

    selamat berpergian dan selamat berpulangan dengan selamat….jangan lupa bawa buah tangan untuk penasihat pemasaran awak ni😀 ihiks…

  7. cikguonline Says:

    Menti En Fuad putih orangnya…

  8. BAGAK Says:

    US mengantung diri sendiri, bila susah nak pergi sana, pelancong akan beralih ke nagara lain. Arab pun mula nak pandang negara kita. Paling sana nampak Arab, paling sini pun nampak Arab….heheheh

  9. aminbakish Says:

    sentimen perkauman masih ada…. saya rasa penyakit ini bukan mudah nk dirawat..

  10. Mohd Ashraf Says:

    Jangan bawa enset mahal g sana. Karang bila naik plane untuk balik mesia, enset tu kena tinggal, tak boleh bawa naik plane. Member saya dah kena masa balik dari sana. Adeh!

  11. Fuad Says:

    Walikard: Sifat malas tu mintak2lah dijauhkan.

    Fiq: Haha… aku dapat VISA jek tapi tak pegi US. Projek lama dah kene potong. Sekarang projek ngan orang jepun plak. Apapun dah dapat VISA, kalo ko nak melancong ke US, ajakla aku skali..🙂

    Esis: Mungkin janggut antara sebab ada problem kot.

    Soulof99: Setuju. Hatta kerajaan semut pon perkauman adalah isu sensitip.. eh..ke spesis..

    Akirasuri: Sama-sama. So, amacam? Musti score nih. Malu aa kalo penasihat pemasaran tak score subjek ekonomi😉 tak jadi pegi aa US, nnti kalo dadih lapis dapat tembusi pasaran US boleh bawak penasihat pemasaran skali.. TQM tu ape?

    Cikgu: Urm… Ntah ler..

    Bagak: Hahak… lawak betul la Pak Arab nih.. Aku betul2 hairan, asal wife dier bertudung litup tapi si laki pakai suar pendek jek.. Aku btol2 tak paham.. Apapun orang US jugak takut dah nk pegi negara Arab. Byk kekosongan dalam oil & gas utk diisi oleh orang Malaysia (dulunya Mat Saleh)..

    Aminbakish: Betul2.. Setiap penyakit ada obatnyer..

    Ashraf: Ooo yeke. Heh.. Byk la henset tukang jaga airport tuh…

  12. akirasuri Says:

    TQM tu total quality management :D…


  13. Untie berniaga di malaysia, bila kita berniaga, kita dapat lihat isu perkauman ini dengan jelas. Melayu ok jer bila masuk kedai cina tapi cina tak akan masuk kedai melayu kalau ada kedai cina lain yang menjual barangan yang sama…….

    Pernah ada seorang pelanggan cina tanya anak untie (kebetulan muka anak untie memang cina look)…kenapa keje dengan melayu?? dan pernah beberapa kali cina masuk kedai untie..bila dia tahu kami melayu..dia akan kata…ini melayu punya ker..dan terus berlalu keluar……

    Sebenarnya, melayu lembut hati..sebab itu cina dapat taraf kewarganegaraan malaysia…tetapi cina yang sangat perkauman……

    Anda fikir jika negara malaysia ini cina yang punya, adakah orang melayu akan dapat kewarganegaraan????

    FIKIRKANLAH

  14. helen Says:

    X de pun. sy ni cina. sy akn langgan kedai melayu juga . sln tu, sy suka mkn mknan melayu – pauprik………………………………………………. isu perkauman tu bkn la besar sgt. teliti la apa perbezaan selain drpd perbezaan dr fizikal???


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: