Selamatkah Kita..?

Salam pertemuan,

Intel Malaysia telah memberhentikan seramai 2000 orang pekerja. Rata2 syarikat semiconductor sekarang tengah giat mengurangkan tenaga  kerja. Pekerja yang dulu dinobatkan sebagai aset paling penting syarikat kini telah bertukar menjadi liability dan perlu disingkirkan segera. Sekarang pasaran tenaga kerja penuh sesak dengan orang yang mencari kerja. Orang yang berpengalaman bertahun2, orang yang baru abes belajar, semua mengejar pekerjaan. Dengan keadaan syarikat sekarang, amat sedikitlah peluang utk mendapat kerja. Jika mereka tiada sokongan, tambahan lagi hutang2 yang perlu dibayar setiap bulan.. herm.. sungguh malanglah nasib yang menimpa diri.

Itu cerita orang yang diberhentikan. Bagaimana pulak mereka yang masih bekerja? Jumlah kerja yang perlu dilakukan masih sama atau lebih byk kerana syarikat cuba meningkatkan produktiviti tetapi pekerja semakin kurang. Jadi, pekerja yang masih ada perlu mengambil alih kerja yang telah ditinggalkan. Pekerja diperah semaksima mungkin. Contoh yang diberi oleh rakan saya, seperti tebu. Setelah dimasuk mesin sekali, air tebu habis diperah. Tapi kini dimasukkan berkali2 sehingga betul2 kering hampasnya. Selepas tu hampas direndam dalam air dan di perah sekali lagi utk memastikan semua pati tebu diambil. Apa yang tinggal pada tebu?

Hasilnya, pekerja semakin tertekan. Motivasi bekerja semakin menurun. Pekerja dah menjadi seperti berumah di tempat kerja.. (pengalaman sendirik). Sampai bila? Bagi yang bujang mungkin masih boleh menerima.. Bagaimana pula yang sudah berkeluarga..? Penat bekerja dah satu hal… tiada masa utk keluarga adalah satu hal yang lain pulak.

Maka menjeritlah si polan yang tiada bekerja. “Kalo dah takda kerja kita wat business saja.!!” Si Polan yang dah tak tahan makan gaji pon cuba mengikut. Hasilnya bertambahlah peniaga segera. Berniaga bukan masalahnya. Berniaga tanpa ilmu, tanpa minat tapi berlandaskan keterpaksaan dan duit semata. Itu adalah masalahnya. Bila dah perniagaan gagal mendapat untung seperti yang diharapkan, si iblis mula memainkan peranan. “Ayuh kawan.. tipu saja. Dalam meniaga ni menipu baru boleh untung.. Kalo tak menipu, nak makan apa kawan..”

Ish…ish…ish…

  • Pada yang masih bekerja: Selamatkah kita? Adakah kita yakin kita tidak akan dibuang satu hari nnti? Kalo dibuang, apa yang boleh dibuat utk sesuap nasi?
  • Pada yang masih belajar: Yakinkah anda pekerjaan menantimu disaat itu.? Tahukah kamu masih berduyun orang berpengalaman yang ntah apa nasibnya.? Usah risau, belajar rajin2 dulu. Cuma sedikit pesan dari orang yang sudah melalui zamanmu, tambahkan kemahiran, luaskan peluang, jangan mengharap pada satu jalan saja.
  • Pada yang tiada kerja: Apa anda nak buat? Berniaga pilihan terakhir? Apa nk buat, dah takda pilihan lain. Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya🙂
  • Pada yang berniaga : Bagaimana rasa jadi orang merdeka? Seronok? Banyak rintangan? Kita hidup di dunia realiti.. Yang penting kita hepi..
  • Pada yang tak perlu risau pasal duit: Haha.. Anda manusia paling bertuah. Tapi saya yakin anda pasti ada masalah yang lain pulak. Allah maha adil..

Jom sambung wat kerja.. lalalala..😛

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

12 Komen di “Selamatkah Kita..?”

  1. Slie Says:

    buat yang masih ada kerja tapi dah nak tamat kontrak macam mana? hehe :-))

  2. linn_comel Says:

    Ya betul En. Fuad..sekarang ni orang yang ada kerja bukan ada jaminan akan selamat sampai bila2. 101% saya setuju. Pengalaman banyak mengajar saya supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan untuk hidup..usaha!..usaha!..usaha!.

  3. Walikard Says:

    Bagi yang bekerja, tanamkan azam dan mulakan langkah ke arah memiliki perniagaan sendiri. Benar, job market makin mengecil walaupun skop kerja semakin meluas. Siap-siapkanlah bekalan bermula hari ini, agar tak menyesal kemudian hari🙂 (Peringatan untuk diri sendiri jua)

  4. akirasuri Says:

    emmm pengurangan tenaga buruh dalam pasaran adalah untuk mengurangkan kos firma, natijahnya buruh dalam firma tertekan, hasilnya makin ramai berbintang empat suku perlu dihantar ke rumah orang-orang bahagia…ahaksss…persaingan mendapatkan pekerjaan adalah suatu yang semakin normal dalam keadaan negara yang agak bergoncang sekarang ni..ahaksss…ekonomi bergerak dalam keadaan yang lemah berikutan keadaan ekonomi global yang lembap..ihiks..tapi satu yang perlu diingat, rezeki Allah itu ada dimana-mana…😀

  5. alhafiz3d Says:

    betul tu.. ALLAH maha adil

  6. topeq Says:

    erm..stdi pon x abis lg..😦

  7. cikgubiz Says:

    Ramainye kene buang…..

  8. BAGAK Says:

    yang study jangan patah semangat
    niat study bukan nak cari kerja, niat study untuk dapat/ tambah ilmu

    kerja tu atas rezeki masing2 + usaha

  9. Labanon Says:

    Bagi yang dok study sekarang study dulu betul-betul kerana pelajaran itu penting.😀

  10. aku Says:

    Nasib seorang pekerja😦 diperah seperti santan dan tebu😛
    Ada baiknya jadi pekerja ni.. nantila aku nulis kat blog aku ek… tapi still, MUSTI jadi businessman sooner or later.

  11. aminbakish Says:

    syukur dengan kerja sekarang…

  12. Fuad Says:

    Slie: Projek besar byk xdek hal..😛

    Linn: Usaha tangga kejayaan..

    Walikard: Betul2.. Teringat petikan dari buku Mas Kahwin yang hilang. Orang bekerja jugak berniaga. Menjual kepakaran dan masa.

    Akirasuri: Rezeki Allah dimana2.. Ya betul. Cik Akira memang terer.. 😉 Yang peliknya bila dibagitau macam tu rata2 mesti setuju. Namun, dah tau rezeki tu dimana2, kenapa tak usaha nak ambik. Allah dah dedicated kat Malaikat yang khusus utk tabur rezeki kepada manusia, tapi manusia.. Alasannyer.. “Lekk aaa..”

    Alhafiz: Maha Suci Allah tuhan sekalian Alam..

    Topeq: Study biar lepak, result biar gempak.. hahak.. Boleh pakai lagi dak moto camtu..

    Cikgu: Yang kene buang tu pon bukan calang2 orang. Kilang saya kerja dalam 500 orang di buang.. Mengikut ramalannya.. ujung tahun ni akan ada ramai lagi..

    Bagak: Betul2.. Study utk carik ilmu.. dan jugak cara berfikir. Actually masa kerja takdalah pakai sgt apa yang belajar kat U. Tapi cara berfikir tu yang teramatlah berguna..

    Labanon: Ya.. Ilmu itu amat penting..🙂

    Aku: Nntikan kemunculannya di blog En. Aku..

    Aminbakish: Alhamdulillah. Apa yang ditakdirkan itu adalah yang terbaik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: