Pandainyer….

Cerita Hari Ini….

Lexus sedang memerhati papan tanda diluar kedai. “Binatang terhebat di Dunia, di sini ia akan menjadi milik anda“. Sebagai peminat haiwan peliharaan, Lexus tertarik. Dia menerjah masuk ke kedai yang unik tersebut.

Kini dihadapannya terdapat bermacam2 jenis haiwan dengan kemahiran yang tak pernah dilihatnya. Lexus mula memerhatikan tingkah laku setiap binatang disitu sehingga matanya terhenti ke arah 3 buah sangkar. Tiga ekor monyet comel menarik perhatiannya.

Sangkar Pertama: Napier, Harga : RM500.
Sangkar Kedua: Centipede, Harga : RM1000.
Sangkar ketiga: Zoysia, Harga: RM3500.

Lexus memanggil jurujual untuk mendapat maklumat lanjut..

Lexus: Apsal Napier ni harga RM500. Mahal tu. Saya pernah beli monyet camni harga RM30 jek.

Jurujual: Ooh.. Napier ni istimewa Encik. Kemahiran dia, dia boleh melukis plan dengan baik. Encik nk plan rumah, bangunan hatta kandang kambing pon Napier boleh lukis..

Lexus: Pergh.. Biar betul.. Abes Centipede ni plak apsal sampai RM1000 harga dia?

Jurujual: Haha.. Yang ni lagi gempak encik. Centipede boleh mereka cipta. Bab2 design ni memang dia terer. Dia wat calculation semua. Architecture pon dia boleh jugak. Encik cakap je nk bangunan apa, dia boleh design siap2. Encik beli la dua2 encik. Centipede design pastu Napier boleh lukiskan plan.

Lexus: Fuyooo.. Takda kerja la Engineer ngan Drafter nnti. Abes apa cita si Zoysia plak. RM3500 tu..

****Pesanan penaja******

Iklan susu kanak2…

Kelihatan seorang bapa sedang bermain2 dengan anak kecilnya. Si bapa seolah2 sedang mengajar anaknya sesuatu…

Bapa: Bunga…Buuunga… Sebut2… Buuungaa… Apa ni sayang?… Bunga.. Buuunga.. (Sambil menunjukkan sesuatu diatas kertas…macam akaun syarikat saja)

Anak kecil: ‘Riba’ lah

Ibu: Pandainyerr…

Susu Demethyl untuk kanak2 pintar….

*****Iklan Tamat*****

Lexus: Fuyooo.. Takda kerja la Engineer ngan Drafter nnti. Abes apa cita si Zoysia plak. RM3500 tu..

Jurujual: Sebenarnya saya pon tak tahu apa kemahiran Zoysia ni ada. Dia tak wat apa2 pon. Lepak2.. Tengok tv. Ngorat monyet2 betina lain. Takda kebolehan kot..

Lexus: Abes.. Apsal mahal sangat? (muka tak puas ati)

Jurujual: Erk.. sebab Napier ngan Centipede panggil dia ‘Boss’.

Habiss cerita..🙂

Ulasan Cerita:

“Smart people hire people smarter than him” – Robert Kiyosaki

Ulasan Iklan:

Many years ago, someone asked Albert Einstein what he thought was the human race’s greatest invention. His reply?

“Compound interest.”

Fuad: Kalo haram buat apa. Banyak lagi cara perniagaan Islam yang bagus dan tidak menindas tapi dalam masa yang sama boleh memberi keuntungan..

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Nota: Cerita dan iklan ini adalah rekaan semata2. Jika ada entiti atau individu yang tersinggung dengan jalan penceritaan tersebut, penulis memohan maaf.

Explore posts in the same categories: Saja2

12 Komen di “Pandainyer….”

  1. fiq Says:

    kalo ade monyet tu aku beli fuad, aku lepak umah die buat keje aku upah monyet tu pisang je.hahahahahhahah.

  2. BAGAK Says:

    banyak syarikat konsultan nak beli monyet tu, boleh jadi agen ni.

  3. linn_comel Says:

    hahaha…besh..besh..nnti fakulti pembinaan penuh ngan monyet je..

  4. ad3ck Says:

    learn something here..aku seolah-olah monyet yang murah~!

    btw, iklan yang penuh dgn maksud tersirat..haha..bace byk kali baru paham..;p

  5. cikgubiz Says:

    Wa 3 3 ekor malah tu…..

  6. aku Says:

    the best post!

    “Smart people hire people smarter than him” – Robert Kiyosaki

    ya! ya! ya!

  7. Labanon Says:

    Haha.. cun post ini.. klu syer beli yang beruk ke 3 huhuhu siap panggil bos lagi 2 ekor yang lain tu …😀

  8. Fuad Says:

    Fiq: Haha.. nnti boleh suggest kat sekolah2 monyet tambah silibus baru. Selain panjat pokok kelapa, monyet juga diwajibkan mengambil subjek melukis😉

    Bagak, Linn: Nnti bertambah la kadar pengangguran dalam dunia.. heh..

    Ad3k: Haha…ada gak orang paham iklan tuh..

    Cikgu:🙂

    Aku: TQ2.. kat mana nak carik orang2 pandai ni ye..

    Labanon: Itu tektik pemasaran je tu sbnar nyer. Jurujual tu tak tahu nak wat camne sebab Zoysia tak laku dia soh Napier ngan Centipede panggil bos. Hahak.

  9. walikard Says:

    Sungguh mendalam pengertian cerita tu. Great post🙂

  10. dayah Says:

    wah,fuad reka sendiri ke citer nih? kagum! kagum! ;0

  11. akirasuri Says:

    ahaksss…riba?emmm ustat saya kata, memang sukar mahu hapuskan sistem ekonomi konvensional, sebab kita lahir-lahir memang dah guna sistem konvensional..nak ganti amat sukar sikitlah, makan masa… malaysia sendiri amalkan sistem ekonomi campuran..ahakss…

    ya ya ya bunga..
    buuuungaaa…
    bukanlah…ORKIDlah..ahakss…

  12. Fuad Says:

    Walikard: Terima kasih..

    Dayah: Kalo dayah suka boleh la sebar2 kan.. Nk buat pengakuan, nama2 monyet itu adalah sebenarnya nama specis rumput.. Huhu.. Takda kaitan dengan monyet pon..

    Akirasuri: Itulah..walau bank2 mengamalkan cara islam tapi kalau bank negara masih mengamalkan sistem konvensional, seolah2 bercampur aduk semuanya. Aduh2.. susah betul hidup di akhir zaman ni..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: