Kisah Gadis Paling Cantik

Salam pertemuan, 

Setakat saya hidup sehingga saat ini, tidak pernah saya berjumpa dengan seorang yang tidak mempunyai masalah. Urm.. itu secara umumnya. Secara khusus, saya pernah juga kenal beberapa orang yang tiada masalah..golongan yang sembahyang bukan lagi wajib bagi mereka..😉

Saya pernah beberapa kali didekati rakan2 (slalunya ketika mereka menghadapi masalah).. “Bestla jadi ko, orang lain study bagai nak rak, ko lepak2 jek, takda masalah kewangan, famili ko sume ok,ramai orang nk kawan ngan ko..ko hepi jek.. tak pernah aku tgk ko ada masalah… tak macam aku..”

Saya hanya tersenyum.. jika seseorang tak menunjukkn dari segi luaran yang dia tiada masalah adakah bererti hidupnya sentiasa bahagia setiap saat dan ketika..? Maka, berceritalah saya akan satu kisah yang selalu Ayah saya ceritakan kepada pekerja2nya yang rasa rendah diri.. Kisah gadis yang paling cantik.. (Crita budak2 kecik yang sangat femes tapi mempunyai iktibar yang besar)

Dikaki sebuah gunung tinggal gadis yang tersangat cantik bersama keluarganya. Gadis ini ialah seekor tikus😉 Kerana kecantikannya yang luar biasa maka dia merasakan dirinya tidak layak utk tikus kebanyakkan. Maka dia pun mencarilah bakal suami yang paling hebat.. Ditanyalah olehnya kepada Matahari.. “Wahai Abang Mat (gelaran manja bagi Matahari) yang gagah perkasa, mahukan Abang Mat kawen ngan saya? Abang Mat lah yang paling power sekali dalam dunia”.. “Aiseh..Abang Mat tak power sgt.. Awan lagi power boleh tutup Abang Mat”.. Setelah ditanya dengan Abang Wan (Awan), Abang Wan kata Abang An (Angin) lagi terer sebab boleh tiup dia. Abang An plak kata Abang Kit (Bukit) lagi terer tak leh nk tolak. Tapi apa yang Abang Kit kata, ada seekor tikus yang dok korek dia lagi power.. Akhirnya berkahwinlah gadis tikus itu dengan tikus kebanyakkan.

Nota: Banyak versi cerita ni..ada yang kata tikus nak cari bapa yang lagi kuat..apapun..pengajaran tetap sama..

Pengajaran:

  1. Walau siapapun kita, berbanggalah dengan diri sendiri. Usah berangan nk jadi orang lain.
  2. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2.
  3. Setiap orang tanpa mengira apa pekerjaan, taraf hidup, kedudukan kewangan, rupa paras tetap mempunyai peluang berkahwin dengan gadis cantik..😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Nota tak penting: Model entry kali ini ialah Ratu Muslimah 2006, Dilar Sadiqova. Yang menarik, mereka dihakimi berdasar karangan esei dan kemudiannya disaring dan dinilai berdasarkan aspek kecerdikan, peri laku sopan, menutup aurat, bertudung, pengetahuan agama Islam, kebolehan mengaji al-Quran dan menghafal ayat suci selain memasak serta menjahit bagi markah tambahan. Agaknya bila plak ada Raja Muslim. (macam lawak jek bunyi dier.. hahahak)

Explore posts in the same categories: Motivasi, Perkongsian Pengalaman

15 Komen di “Kisah Gadis Paling Cantik”

  1. aku Says:

    versi yang aku dengar, sama dengan versi ko cerita nih…

    tang ni aku tak faham:
    “golongan yang sembahyang bukan lagi wajib bagi mereka.. “

  2. ad3ck Says:

    Motivasi yang bagus..:) mengajar aku bangger menjadi aku..samer cam aku (bukan aku, tapi aku yg jadi pengomen pertamer tuh..tak~! bukan aku!!), tak paham yang nih:

    “golongan yang sembahyang bukan lagi wajib bagi mereka.. “

  3. dayah Says:

    dayah suke pengajaran yg no 1 dan 2 itu fuad!

  4. BAGAK Says:

    Cerita yang menarik bro tapi model tu lagi menarik jiwaku

  5. akirasuri Says:

    1.ihiks..menarik..huhuhu…tk pernah pun dengar kesah ni…eheh~tapi ada moral…siapa pun kita Allah lagi berkuasa dari kita…😀

    2. bro kalau ada pertandingan raja muslim bro nak masuk ke😉 hakhakhaks

  6. soulof99 Says:

    Sy pun berkongsi ketidak fahaman ttg frasa “golongan yang sembahyang bukan lagi wajib bagi mereka.. ” Tak faham le enche fuad…

  7. cikguonline Says:

    Menarik…. setiap orang ada tugas masing2…..

  8. Slie Says:

    mgkin yg fuad maksudkan, golongan yang dah mati kot…org mati sembahyang dah tak wajibkan. tanggungjawab yg hidup plak utk smayangkan dia.

    fuad, jelaskan sket. bagus la motivasi ko…aku pun dah lama tak bg motivasi dan tak bermotivasi.. 😀

  9. Slie Says:

    haa…mgkin jugak budak2…budak2 takder masalah dan semayang pun tak wajib lagi…tp fuad pakai bukan lagi wajib..bukan lagi tak sama dengan belum lagi. pening dah aku…

  10. hati Says:

    cerita yg pertama mmg menarik bg saya kerana disitu tercetus satu peribahasa iaitu tikus utk tikus bkn tikus utk org lain……………………kkah kah kah kah kah ..lwk ja mmg best fuad cerita hg,nak tny skit?????tahu apa mksd nama fuad??????????jadi pemanggil kaseratus sila jwb……….

  11. hati Says:

    apapun you are the ………………best cemerlang gila gemilang gila terbilang gila,cntk pompuan dlm gambr td

  12. walikard Says:

    Wah, memang anggun wanita dalam gambar tu, Alhamdulillah, dari pandangan mata kasar saya lengkaplah muslimah tu. (takpe, isteri saya tak marah kalau cakap macam ni :-)) Cantik model cerita yang digunakan, saya tak pernah dengar cerita ni, tapi ia tetap mndidik dengan kisah tersiratnya🙂

  13. Fuad Says:

    Apa yang saya maksudkan ialah orang kurang waras atau dalam bahasa pasarnya orang gila. Sebab derang ni bahagia jek. heh.. Agaknya itulah sebabnya diberi nama hospital bahagia.

    Nota: Syarat Wajib Sembahyang. 1) Islam 2) Baligh 3) Berakal

    dayah: Pengajaran no 3 tu dayah tak suka? heh..

    Bagak :🙂

    Akirasuri: Tak leh masuk pertandingan2 camtu.. Saya jenis yg low profile.. heh..

    Hati: Maksud fuad dari segi bahasa ialah hati. Dalam segi syarah nya, qalbu atau akal. Urm.. panjang gak kalo nk syarah maksud fuad tuh.. Masa study dulu boleh wat esei 3 m/s pasal maksud fuad saja (Subjek Islamic Study). Apapun kalo orang tanya maksud nama saya Ahmad Fuad, Hati yang Terpuji.. Moga2 nama itu tidak menghampakan pemberinya..

    Walikard: Kem salam kat wife..🙂

  14. fiq Says:

    eh, camne aku bole telepas komen ni, aku rasa da komen aritu….ni mesti xtekan submit ni. adessss heheheh

  15. aminbakish Says:

    kita semua sama, hanya insan biasa..🙂


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: