Tangan yang memberi

Salam pertemuan,

“Pakcik, saya nak yang kaler putih kecik ye..?” Seorang budak kecik berdiri disamping gerai saya.

Setelah siap iceblended vanilla dan dah dihias cantik2, saya menghulur kepada budak kecik tersebut. Tiba2 muka dia berubah.. “Saya ada seringgit je Pak Cik” suara yang beralun dengan sedikit nada meminta belas..

Saya senyum..”Takpe.. Pak Cik wat special utk adik.. Ni rahsia kita tau.. Lenkali pon Pak Cik jual singgit je kalo adik nk iceblend ..” Kanak2 itu berlari2 riang dan hilang dicelah2 pengunjung pasar malam.

Jam dah menunjuk pukul 9:30 malam. Saya dah bersedia utk menutup gerai. Malam ni agak kurang pelanggan. Target saya nk habiskan bahan sebelum bulan puasa. Puasa ni nk cuti berniaga. Sedang mengemas2 barang, datanglah seorang lelaki mendekati gerai saya.

“Weh.. dah tutup ke..? Awal lagi nih..”

“Dah tutup la bang.. Sorry lah”

Dia berfikir sejenak sambil memerhati saya mengemas barang.. “Eh..ko buat la utk aku satu. Jap lagi aku dtg ambik” dia terus blah.. Saya dalam hati.. Gengster betul brader nih. Tak nampak ke aku dah kemas barang dah sume..

Dengan hati yang berat, saya keluarkan balik2 barang. Saya siapkan satu iceblended utk brader tadi.. Sementara menanti dia datang, datang satu famili membeli 4 lagi iceblended diikuti seorang budak kecik membeli 2. Alhamdulillah. Rezeki semalam agak murah. Sekarang jualan saya dah mencapai target. Yang tak tahan tu siap diperli oleh brader tu.. “Haa..kan aku dah soh ko bukak balik..” sinis sungguh nada nya. Apapun..tenkiu brader..

Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas. Walau sedikit sumbangan dengan ikhlas kerananya, pasti dibalas berkali2 ganda.

Pengajaran:

  1. Jadikan pemberian ikhlas satu amalan. Walaupun terlalu sedikit sumbangan itu kita pasti tak menyangka Allah membalasnya dengan berkali2 ganda.
  2. Customer is always right.😉
  3. Berniaga adalah satu senaman yang baik utk mengeluarkan peluh..

Pengumuman:

  • Projek dadih lapis saya terpaksa dibatalkan kerana hasil ekperimen menunjukkan dadih yang dibuat menggunkan kotak ais tak menjadi seperti menggunakan peti ais. Apapun terima kasih keatas rakan2 yang menyumbangkan idea dan komen.
  • Tiket balik kampung masa Raya dari P. Pinang ke Kelantan sudah habis. Sape2 yang dok Penang nak balik Kota Bharu dgn keta, kalo ada kosong lagi bagaitau la ye..
  • Sape2 nk rasa dadih boleh ler datang rumah petang ni.. Walau rupanya tak cantik tapi rasanya tetap best.. Heh.. (Sehari suntuk beli bahan dan buat dadih semalam, akhirnya.. Isk..isk..😦 )
  • Kepada member2 blog dan jugak pembaca, Saya ingin memintak halal segala ilmu yang saya timba melalui blog2 korang, komen2 korang, email2 korang dan rujukan2 yang korang beri. Insya Allah ilmu itu akan digunakan kearah kebaikkan. (Baru lepas kena basuh pasal keberkatan ilmu)

Sekian buat kali ini.. Terima kasih..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

15 Komen di “Tangan yang memberi”

  1. Slie Says:

    fuad, nak tumpang ker? aku mmg beraya di kelate tahun nih. (guna kuasa veto). tp aku cuti awal sikit kot..tgk lah kalu kena tarikh aku ngan tarikh mung.

  2. BAGAK Says:

    Tangan yang memberi selalunya di atas, tangan yan menerima di bawah.
    Keluar daripada tabie bila sebaliknya. Cuba buat praktikal, bagi apa2 kat orang letakkan tangan anda dibawah. Rasa cam jangal jer.

  3. fiq Says:

    sebak aku baca, hahhhahaha emo=]

  4. dayah Says:

    haha,bdk2 mmg selalu mcm tu.bila ms nk bayor mst dia kata tak ckp duit.dah nmnya budak,nk wat mcm mn, diorg tak reti lg kira jumlah duit… dayah pnh gak, ms jual nugget kt hari sukan sek rendah. boleh siap mntak diskaun lg bdk tuh.tp dayah ni takmo bg, dayah suh dia kuarkan sumer duit yg dia ada, pastu dayah yg amek duit dr tangan dia smpai ckp singgit,hahah :p

  5. akirasuri Says:

    nak minta dadih tu sikit…tolonglah pos bro ke sini…boleh bagi budak bertiga ni makan..ahaksss…

    emmm kalau kita bersedekah dengan 1 dengan hati yang ikhlas, nescaya Allah akan lipat gandakan rezeki kita…berniaga dengan ikhlas kerana Allah, insya-Allah akan membuahkan hasil yang sangat besar…chayo bro…

  6. ap|izz Says:

    wawawa….!terima kasih…

  7. cikguonline Says:

    murah rezeki tu……

  8. zac Says:

    iceblended…huhuhu..itulah paberet ku..!! Tapi betul la.. rezeki ada untuk yg sabar dan berusaha..!!

  9. aku Says:

    hehe.. cite pasal budak tak cukup duit.. dedulu mase aku sekolah rendah, memang tau tak cukup duit, tapi lapar time rehat, takkan tak makan, kan? terpaksala buat muka tebal.. jadik jangan ingat bebudak takde rasa malu, sebab aku pernah laluinya dulu🙂

    kira projek dadih tak jadik la ni.. hmm.. tak pk projek lain ke?

  10. ad3ck Says:

    sumer yang berlaku ader hikmahnyer..:) kalau tak beberapa minit lepas brader tuh suroh bukak balik, mungkin akan dibalas esoknyer, mungkin 1 minggu/bulan/tahun selepas tuh..tp klu tak dibaals kat dunia, biler kat sana nanti, CONFIRM dibalas..:)

    kata kunci: sabar..

  11. Walikard Says:

    Natijah sabar itu manis buahnya…berbahagialah orang-orang yang sentiasa sabar di atas dunia ini🙂 Dunia dapat, akhirat pun dapat

  12. Fuad Says:

    Slie: Cayalah🙂 Nnti aku kol pasal start cuti tuh. Nnti aku jadi driver. Mung dok ngan wife mung sit blake..😉

    bagak: Kene wat ekperimen tuh..

    Fiq: Aiseh.. ni cerita hepi ending.. Camne leh sebak lak nih.. heh..

    dayah: Kene blajar dari dayah lagi ni..🙂

    Akirasuri: Erk.. Nak pos dadih..? Cair la nnti..

    Apizz: Sesama…

    Cikgu, Zac: Amin..😛

    Aku: Heh..budak2 pon tau malu.. Projek lain takda lah bro. Concentrate buat website ngan blajar saham je dulu..

    Ad3ck: Betul2.. Sabar subur tak sabar masuk kubur..

    Walikard: Heh.. yang tinggi ganjaran itu yang susah nk diamalkan..🙂 Cobaan..

  13. linn_comel Says:

    sekali kita bagi orang, berganda-ganda kita dapat balasan, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak.

  14. Labanon Says:

    Wah.. murah rezeki… tu nak balik Kelantan belanjalah saya Fuad…😀 Dok Kelantan jugak..

  15. Fuad Says:

    Linn: Stuju2..🙂

    Labanon: Boleh.. No hal. Nnti balik kita gi makan colek lepah terawikh..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: