Sudahlah Wahai Pengecut

Salam pertemuan semua,

Sahabat saya pernah mengingatkan saya ketika saya nk memulakan perniagaan di pasar malam. Orang melayu ni hang kena berhati2 sket. Kuat hasad dengki dia. Lebih2 lagi kalo berniaga.

Maka, diceritakanlah kisah benar tentang Makciknya. Makcik kawan saya ni berniaga nasi lemak disekitar P. Pinang. Biasalah, byk peniaga yang menjual nasi lemak. Dek rezeki nya yang murah, nasi lemak makcik ni sangat laris. Mungkin kerana sedap dan sikap makcik ni yang pemurah (dia selalu bagi duit kat budak2 kecik yang datang kat gerai dia). Nak dijadikan cerita, seorang pengecut mengintai dari jauh kejayaan makcik ni. Kerana hasad dengki dan sikap pengecutnya utk bersaing secara sihat, dia menggunakan ilmu khurafat utk mengenakan makcik ni. Sedihnya makcik yang dulu berbadan agak berisi menjadi semakin kurus dan menderita akibat ilmu si pengecut durjana ini. Akhirnya, Allah menarik nyawa makcik ini. Penderitaan beliau berakhir. Allah itu maha pengasih.

Yang lebih teruk perangai si pengecut ini, dia pergi meninjau keadaan makcik ni utk memastikan dia sudah meninggal. Agaknya berbangga dengan kehebatan ilmu kotornya. Dasar si pengecut. Saya tak pernah tengok dengan mata kepala sendiri ilmu kotor yang begitu kejam ni. Stakat yang ringan2 tu pernah gak.

Saya pernah melihat kuasa ilmu khurafat ini masa saya sekolah menengah. Saya ada seorang kawan, yang mana tiap kali nk masuk tandas mesti mintak tulun saya pegangkan dompet dia. Saya peliklah. Apsal plak tak leh wat masuk jamban. Akhirnya dia bagitau yang dia ada tangkal dalam dompet tu. Katanya itu tangkal penunduk. Berlainan dengan ilmu pengasih, penunduk ni tak buat perempuan jatuh hati tapi tunduk mengikut perintah je dan tak melawan. Inilah rupanya rahsia kenapa budak2 perempuan tak pernah melawan dia (Ini terjadi selepas dia bwk tangkal tuh, sebab sebelum ada tangkal tu memang dia antara ranking atas di anti oleh geng2 pompuan)

Nota: Zaman sekolah menengah, budak2 lelaki ngan pompuan memang slalu bergaduh jek kerje😛

Secara peribadi, saya merasakan bertapa tidak gentlemannya menggunakan tektik kotor begitu. Ini satu lagi jenis pengecut. Common la. It just a very childish and foolish thing to do. Adakah nampak macho bila semua pompuan tunduk walhal bertabirkan bantuan syaitan2 dan jin2..

Wahai pengecut2.. sahabatmu akan dibelenggu kelak. Sampai bila engkau masih mau jadi pengecut berselindung dibalik amalan mungkar kau itu. Tempuhilah dunia ini dengan kudrat kau sendiri…

Pesanan dari insan kerdil:

  1. Stakat mana hidup ini mahu jadi hebat dengan bergantung pada kesyirikan.? Hidup ini hanya sementara.
  2. Usahlah berhasad dengki. Jadilah seorang yang bermaruah dan bersainglah dengan sehat.
  3. Wahai Si Pengecut, sudahlah.. Cukuplah onar yang engkau dah lakukan dimuka bumi ini..
  4. Alert…alert.. Akan datang.. Pelaburan yang menjanjikan pulangan hebat. Dalam satu malam saja keuntungan melebihi 60000%. Pergh..sape yang tak merebut peluang pelaburan ni sgtlah rugi.. kurang waras mungkin lagi tepat ;-) Al-Qadr.

Sehingga bertemu lagi andai hayat masih mengizinkan.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

11 Komen di “Sudahlah Wahai Pengecut”

  1. Labanon Says:

    Isk…isk… kasihanya.:( Memang pengecut… jika berani bersainglah secara sihat kerana ianya akan sama-sama memberi keuntungan kepada pesaing-pesaing tersebut.

    Pesaing=Rezeki Allah
    Kerana secara tidak langsung akan menambah mutu perniagaan anda juga.
    Kerana akan membuat anda berusaha lebih gigih dan kuat.
    Dan banyak lagi😀.

  2. ad3ck Says:

    Ya Tuhan..dorang neh sampai cenggitu sekali plan nak jatuhkan orang lain..
    camner (melayu especially) nak maju? elok sangat la perangai cenggitu..per yang dorang dapat is kepuasan yang sementara yang sangat dorang banggerkan..Beraper tahun jer dorang hidup kat dunia neh?

    fakta BENAR untuk direnungi: 1 hari di akhirat = 1000 tahun di dunia

    kalau umur seseorang tuh sampai 100thn, baper jam jer kat akhirat?

  3. akirasuri Says:

    emm kesian dekat arwah, moga dicucuri rahmat..aminn…

    emm dalam dunia ni macam nilah..ada ramai yang bertopeng manusia tapi berhati syaitan…yalah daki dunia yang dikejar, sedangkan harta akhirat tak difikir…syaitan beraja dalam hati, perbuatan mulalah jadi lebih dangkal dan menjelikkan…

    tapi tulah satu sikap kenapa orang melayu susah nak berjaya…ramai sangat yang graduate dengan PHD tak bertauliah…inilah natijahnya, gunakan ilmu yang bukan-bukan bila dah ada PHD itu…alahai…

  4. Slie Says:

    dlm dunia moden skrg pun ada lagi yg tak terbuka minda. pelik sungguh. dengki punya pasal sanggup sampai buat macam tu.

    fuad, depan sunshine, deret rumah kedai tu ada tempat makan murah, esp tengahari. hari tu aku makan tghari amik daging, siput, telor masin, sayur, ulam, sambal belacan, nasi, kena RM3.60 jer. terkedu jap pakcik jual murak sangat, sedap lak tu patutla ramai… kalo nak merasa baik cepat, puasa dah nak dekat..hehhe

    p/s : aku tader kaitan ngan tokei kedai tu.. apsal la masa dok bayan baru tak tahu pun ada kedai tu..

  5. soulof99 Says:

    Wakaka.. ade gak manusia jenis pengecut smapai camtu sekali. Adeke nak buat pompuan tunduk guna tangkal…

  6. KU> Says:

    haiyaa..aku pun kekadang heran ler dgn sikap manusia yg tak pedulikan perasan org lain ni.

  7. BAGAK Says:

    Ilmu2 pengecut akan musnah dengan zaman teknologi ini. Orang akan sibuk belajar ilmu internet dan lain daripada ilmu pengecut tu. Dulu hantar santau guna angin sekarang hantar virus guna wireless.
    Satu cabaran kepada pengecut…kalau berani mari kita cabar mereka buat duit di internet ni!

  8. aku Says:

    Aku, abang aku dan bos muda aku selalu buat lawak camni:
    “Tu, restoran tu ada pelaris. Pelaris dia tempat yang bersih, makanan yang sedap dan harga yang murah”. Pastu ketawa ramai2…

    Mentaliti pengecut ni bahaya sebab dia kacau orang. Kalau dia pengecut, duduk terperuk dalam rumah sorang2 tak pe la jugak..

  9. aminbakish Says:

    kakak saya pun kena black magic ni. Kakak saya meniaga Yong Tau Fu kat sebuah tempat. Dia orang baru. Hari pertama, ramai datang, hari kedua ramai lagi datang, dan ramai lagi untuk hari2 seterusnya. Masuk minggu kedua, kakak saya pelik orang macam tak nampak kedai. kuah yang dibuat elok, sampai kedai masin, balik rumah lagi sekali, elok. kakak saya juga rasa panas di kedai. Akhirnya berhenti, pindah meniaga di pasar malam. syukur rezeki murah, cuma kena rajin keluar tiap2 hari…

  10. linn_comel Says:

    Satu yang paling saya tak puas hati bila berlaku persaingan ialah dengki. Kenapa mesti ada perasaan seperti itu, sedangkn ALLAH telah menjanjikan rezeki kepada yang berusaha. Anggaplah persaingan itu satu kebaikkan bukan kemudaratan. Tak perlu ada sifat dengki seperti ini. Kalau yang main ilmu hitam ni, tak ke rasa bersalah, menjadi pembunuh apabila orang dikenakan meninggal angkara ilmu hitam . Nauzubillah, jauhkan aku dari sifat dengki dan khianat..

  11. Fuad Says:

    Labanon, Ad3ck: Kadang2 manusia lebih suka cara jalan yang lebih susah kerana takut kepada jalan yg lagi senang..

    Akirasuri: Haha.. PHD. Nice..🙂

    Slie: Ok2.. Nati aku cari.. Tenkiu

    Soulof99: Hahak. Tapi best gak kadang2 tgk pompuan yang slalu muke garang tibe2 depan mamat ni wat manja2..malu2.. Hahak.. Pssst – Ni rahsia kita.. Heh..

    Ku: Manusia memang pelik.. heh.. tapi salesman yang berjaya slalu ckp, human is predictable.. hermm..agaknya derang slalu main ngan emosi orang kot..

    Bagak: Kalo dulu toyol curik duit bawah bantal..agknya sekarang toyol dah pandai hack computer bank wat credit transfer..😉

    Aku: Pengecut yang tikam belakang mmg merbahaya.

    Aminbakish: Bagusla..Kadang2 tu kene tukar angin gak bile dah something tak kene..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: