Pekerja KFC Terjatuh Dalam Kuali Panas

Ish..Ish..Ish.. kesian dia.. Peringatan buat rakan2 yang suka memasak terutama sekali mengoreng samaada dapur mahupun di dewan peperiksaan, berhati2lah. Malang itu tidak berbau..πŸ˜‰

Hari ni saya nak cakap pasal berfikiran kreatif. Agak2nya kan, kalo KFC buat nugget bentuk orang macam ni makin laris tak? Teringat lawak Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramah. Masa gaji kecik, jumpa member “Weh, Hang nk makan apa arini?”. Dah naik pangkat sikit. “Nak makan kat mana ni”. Dah jadi bos besaar. “Hari ini kita nak makan siapa?” Hahak..

Pasal berfikiran kreatif, ada yang cakap berfikir luar kotak la dalam kotak la berkotak2la. Apapun secara kasarnya berfikiran kreatif ni pikir bende yang orang lain tak terfikir. Tak semestinya kene sesuatu yang pelik2, kadang2 yang simple sangat tapi orang tak terfikir nak buat. Dua kisah yang femes pasal berfikiran kreatif tetapi ringkas dan padat. (Sape2 yang dah tau cerita ni, boleh kita bincang2kan pengajarannya)

Menulis di Bulan: Tersebutlah kisah para angkaswan US berjaya mendarat di bulan dengan jayanya. Hatta melihat kehebatan persekitaran di bulan, para angkasawan pon ingin menulis laporan ekspedisi tersebut. Malangnya, dek kerana graviti dibulan lebih rendah, dakwat pen tak leh nk turun. Aiseh…haru nih. Maka dikumpul para bijaksana utk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah dibuat kajian bermacam2 dan melabur jutaan dolar akhirnya mereka berjaya mencipta pen bertekanan tinggi. Banggalah rakyat US dapat mencipta pen yang boleh menulis dibulan. Sebulan kemudian Rusia telah menghantar angkasawan di bulan dan mereka menulis laporan menggunakan…….penselπŸ™‚

Sabun yang Hilang: Sebuah kilang sabun di US menghadapi masalah dalam pembungkusan sabun kerana ada kotak yang tidak berisi sabun. Utk mengatasi masalah ini para genius memikirkan berbagai cara akhirnya mereka membeli mesin X-Ray yang mahal utk memastikan setiap kotak berisi sabun sebelum di pasarkan. Satu kilang di Jepun juga menghadapi masalah yang sama. Apa yang mereka lakukan, memasang kipas pada line terakhir sebelum dimasukkan dalam kotak. Kotak yang kosong akan terbang ditiup angin.

Nota: Kedua2 cerita tidak bermaksud memperlekehkan kebijaksanaan orang US. Kepada pembaca yag berkerakyatan US, penulis memohon maaf atas ketidaksengajaan mengutuk orang US.

Berfikirlah secara ringkas utk menyelesaikan masalah. Kita hanya memerlukan satu saja idea yang kreatif utk boomm..πŸ˜› Jom mula memerhatikan apa yang orang lain lakukan hari ini dan cuba menukarkan pendekatan dengan cara yang lebih kreatif. If the result not good, change the approach. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, hilangkan kitaran yang negatif. Rasul Allah bersabda, Orang yang paling bodoh adalah orang yang di patuk oleh ular yang sama, di lubang yang sama dua kali.

Sehingga berjumpa lagi.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

14 Komen di “Pekerja KFC Terjatuh Dalam Kuali Panas”

  1. Labanon Says:

    Mesti laku punya… klu KFC buat macam tu keh2 mula2 aku makan kaki dier pahtuhs tangan haha kene dera ayam KFC tuπŸ˜€.
    Wow.. berfikaran luar kotak boleh membuatkan kita menjadi jutwan betul tak??

  2. ad3ck Says:

    cerita pertama tuh aku da penah dengar, tp cerita kedua baru kali nih dengar..komplikasi gak pemikiran orang US, silap, para GENIUS US nih..hehe..

  3. akirasuri Says:

    erk kalaulah KFC buat nugget macam tu, saya pun ngeri nak makan..ha ha ha…tapi kalau makan masa tengah bengang dengan seseorang ok juga..kita anggap nugget bentuk orang tu macam orang yang kita marah tu…kemudian kita makan satu persatu anggota nugget tu dengan andaian tu adalah anggota badan orang yang kita marah tu..ha ha ha sadis betul…

    orang jepun memang lebih kreatif dan kritis berbanding bangsa kulit putih…ni memang tak boleh disangkal…eheh~ jepun guna TQM, dengan falsafah : cheaper, faster and better…eheh~

  4. BAGAK Says:

    aku MAKAN betis dulu, lepas tu makan PAHA pulak.
    fikiran kreatif ni sama dengan lateral thinking ker?

  5. soulof99 Says:

    Heh.. kekadang kita selalu menyusahkan benda yang senang. Menda yang boleh dibuat dgn mudah pon kita kekadang tak perasan…πŸ˜‰ Lihat sahajalah 2 kisah diatas…

  6. aku Says:

    dua cerita tu menarik.. tapi dua2 US yang terkene, herher..
    kreatif tu penting.. hmmm.. kene tambah dalam sifat diri aku ni.. hahha..

  7. cikguonline Says:

    best best la cite ni…. En Fuad memang best.

  8. linn_comel Says:

    hahaha..tergelak tengok gambar tu sebelum baca, ingatkan kfc buat promosi. Kesimpulannnya sekiranya mempunyai otak yang kreatif, banyak memberi manfaat kepada kita dan lagi satu dapat menjimatkan kos. Tertarik denagn kes sabun tersebut. Gunakan minda dengan bijak, banyak perkara atau masalah blh selesai

  9. dayah Says:

    lain mcm je aksi nugget tuh..hahaha. Xmo den mkn :p

  10. fiq Says:

    macam rangup je nugget tu, beslera. hehehheheheheh

  11. Slie Says:

    fuad, balik kelate 21 Okt, hari Sabtu. aku bagitahu awal2, senang apply cuti.

  12. Fuad Says:

    Labanon: Haha.. kejam sungguh dikau..πŸ˜‰

    Ad3ck: Pernah dgr tak kisah kebodohan Albert Einstein.?

    Akirasuri: Wah..Macam penderaan mental jek bunyi nye.. Ada benci seseorang ker? Ehem ehem..

    Bagak: Aku pon tak pasti lateral tu pedia. Mungkin subset utk pemikiran kreatif kot.

    Soulof99: Betul2…satu ujian utk cek daya ingatan. Lampu trafik kaler merah dok atas ke bawah? Jeng jeng jeng.. Kalo pegi tgk dulu tak aci..

    Aku:πŸ™‚

    Cikgu: Terima kasih…

    Linn: Betul2..heh..

    Dayah: Kalo dayah tak mo kasik kat Fiq.

    Fiq: Ko boleh sental yang Dayah x mo tu..huhu..

    Slie: TQ chief.. Nati aku konfem..

  13. blossom Says:

    dua2 cerita pasal US punya errmm.. ‘ke-overpandai-an-sampai-terbodoh’ (kost) menjadi satu pelajaran. But memang this kind of ‘kost’ kadang2 muncul dalam lain2 ‘idea’ US – especially dalam ‘methodology2’ business yada yada yada.. sampai ada yang menyusahkan, membuang masa & wang, but hasil dia sikiiiiiiit sangat or takde langsung. *sigh*

  14. Tukiyem Says:

    alah … ngibul aja ……..
    kesian amat cie ……..
    he he he


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: