Hantu Pokok Pinang

Salam Pertemuan,

Nota Gambar: Iklan Coke di Eropah. Kalau perasaan kita sedikit pun tak terusik, tak tahu nak cakaplah. Kononnya kita Anti-Yahudi, tapi mereka dengan senang mengaut kekayaan dari poket kita. Hurm…

Suatu ketika (lebih kurang 3 atau 4 bulan yang lepas) sebuah stesen minyak Shell di Penang penuh sesak dengan kunjungan orang ramai. Setiap malam, manusia berpusu2 memenuhi kawasan tersebut. Kalau di bukak gerai jual dadih ke saya yakin pasti laris sekaliπŸ™‚ Maka tertanya2 lah saya, apalah daya tarikan stesen minyak itu yang penuh sesak dengan umat manusia walhal bukanya mahu mengisi minyak pon mereka mereka ini.

Rupa2nya mereka ingin menyaksikan secara dekat hantu tenggek di atas pokok. Konon nya bila malam menjelma, bertenggekla hantu diatas sebatang pokok. Maka ramailah orang dari setiap pelusok Penang datang menyaksikan fenomena aneh ni.. Kira pakat2 tgk hantu.. hantu plak tgk derang. Fenomena ini hanya berakhir setelah pokok tersebut ditebang. Terserlah lah crita sebenar yang dikatakan hantu tenggek itu hanyalah sejenis pokok tumpangan yang tatkala malam nampak seolah2 makhluk diatas pokok.

Inilah contoh fenomena hantu pokok pinang yang digilai oleh masyarat Malaysia terutama sekali M….. (kalo cakap kang ada plak yang terasa.. jadi biarlah rahsia..masing2 pakat buat andaian). Istilah ini digunakan oleh Dr. Danial dalam satu rancangan Motivasi Mutiara FM. Kaum M lebih gemar melihat Hantu Pokok Pinang dan terkinja2 dengan artis pujaan hati mereka.

Maka, apa ku pedulik si Pope mahu kata apa…Coke nak iklan mengihina agama.. Tak peduli.. Yang penting Coke adalah penaja rasmi hiburan kegemaran.. Si Pope tu biar Ustaz2 yang setelkan, Pak Menteri yang perlu risau.. Hidup hanya sekali.. Kita enjoy…

Nak dijadikan cerita bangkitlah Professor beragama Kristian menyanggah kata2 Pope… ( Gary ) Kalau yang dianggap pihak seberang sana pon mahu menegakkan kebenaran, nampak sgtlah yang mana benar yang mana salah. Tapi…yang di sini tak kesah.. Tak kiralah yang bernama Aiman atau tidak.. Tetap..Aiman tak kesaaahhh….

Nota: Sorry Aiman.. Nama anda sungguh femes utk tidak digunakan dalam menerangkan senario ini. Namun ia tidak membawa entiti mana2 individu. Sekadar penyedap ayat..

Renungan:

  1. Tak habis2 puak2 disana ingin memainkan sentimen keagamaan.Apa yang perlu kita buat.? Landaskan dengan ilmu bukan emosi (itupon kalo kita beremosi dengan isu2 sebegini)
  2. Kawan..Sampai bila kita mau jadi buih2 dipermukaan air..
  3. Kalo nak kasik jualan laris, kita taruk kain putih ke..wat rambut2 sket kat atas pokok yang berhampiran.. Haa..tak lama lagi ramailah orang dtg.. Boleh buat duit tu..πŸ˜‰

Sekadar perkongsian utk renungan bersama..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

12 Komen di “Hantu Pokok Pinang”

  1. soulof99 Says:

    Sy tak pasti gakbo kat atas tu iklan rasmi coke, tapi apa yang pasti, orang kita ni semakin lama semakin kurang sensitif terhadap masalah2 umat islam akhir zaman ni…😦

  2. akirasuri Says:

    macam pujangga aja bro bercerita..he he he…

    emm M memang suka hiburan, menang hiburan kalah ekonomi..ha ha ha..itu memang tak boleh disangkal..memang M juara bab-bab hiburan..AF ke, Mentol ke, Milionudara ke, memang juara…tapi bila tang aset, ha ha ha M lah paling ketinggalan, M paling corot…M yang paling tewas..bilalah M mahu berubah ya..

    ini sekadar pendapat saya: ya ya sensitiviti terhadap permasalahan umat islam semakin susut nilai..makin hari nilaiannya makin berkurang..media massa yang seharusnya menjadi lidah sudah hilang suara, semua habis disuap dengan hiburan demi mengaut keuntungan..pak menteri?ya ya pak menteri?ini golongan sudah hilang jati perjuangannya, ini golongan hanya nampak kekuasaan adalah segalanya..sudah tidak boleh diharap..jadinya siapa yang perlu berjuang untuk umat islam??jawabnya, saya, awak, kamu, mu, demo dan siapa-siapa yang masih ada kesedaran..kita adalah wadah perjuangan..wallahualam..

    nota: maaf membebel panjang2..jangan marah ya bro..ha ha ha…

  3. ad3ck Says:

    aku sure ramai yang ‘panas’ betul tengok gambar tuh..penghinaan camnih da macam perkara biase da..

    ye betul kater post nih, orang M wat dek jer..tak semua ‘panas’..

    nak tuding jari kat saper yer?

  4. Labanon Says:

    Di sinilah perlunya ilmu untuk menyelesaikan masalah2 sedemikian :D… tanpa ilmu perselisihan akan terus berlaku..

  5. BAGAK Says:

    Ya betul, bagi kita yang dah sedar alhamdulillah.

    Tapi jangan sedar sorang2 jer. Ajak mereka berfikir dan melakukan perkara yang lebih bernas dan membangun.
    Cthnya: jangan surfing dan chat benda tak tentu arah…cuba surf macam mana naci duit dengan bisnes di internet

  6. irwan.dahnil Says:

    Sebab rasa tidak sensitif dan tidak pedulik menyebabkan kita terus-terusan dipersenda.. Bukan dlam Malaysia je, kat Asia Barat tu macam tu jugak…

    Orang yang dengki dan ingin menghancurkan kita ketawa berdekah2 tengok kita bercakaran sesama sendiri…

  7. Walikard Says:

    Sememangnya kita memang marah apabila penghinaan yang sedemikian rupa dilemparkan kepada umat Islam..namun, apabila muncul bab tindakan, ramai pula yang mengambil stand untuk mendiamkan diri…mengapa? Ini kerana jati diri seorang Muslim tu dah pudar, dan semakin jauh dengan Islam yang sebenar…malah melebihkan hiburan2 dan perkara2 lagha yang melalaikan…ayuh kita kembali…ke fitrah sebenar kita…jadikan Ramadhan ni sebagai pemangkin

  8. linn_comel Says:

    Selagi umat islam tak bersatu, islam akan dianggap lemah. Apa yang diperhatikan pemimpin islam terutama di Asia barat, lebih mementingkan kantung sendiri daripada membantu negara islam lain yang dijajah oleh yahudi. Selagi islam tidak tahu apa maksud bersatu, selagi tu islam akan diperlekeh oleh golongan yahudi.

  9. Hazren Says:

    hello fuad.teringin gak nak tengok hantu benornyer.hehe..anyway in case if u r interested with this info:
    http://www.sec.gov/investor/pubs/begininvest.htm

  10. aku Says:

    itu iklan di negara mana tu?

  11. Fuad Says:

    Soulof99: Harap2 keadaan ini akan berubah..

    Akirasuri: Kita doakan M semakin baik.. Takdek hal. Panajang2 lagi bagus..πŸ™‚

    Ad3ck: Tunding jari? Mungkin muhasabah diri adalah yang terbaik..

    Labanon: Ya ya..Ilmu dpt membimbing tindakan yang lebih bermakna.

    Bagak: Cadangan yg bagus..πŸ™‚

    Irwan: Kita sama2 doakan kesedaran dlm ummah..

  12. Fuad Says:

    Walikard: Ayuh2..jom2.. kembali ke fitrah yang sebenar..

    Linn: Tak bersatu dan tiada perancangan yang teliti secara kebersamaan. Semua benci Yahudi tapi buat tindakan sendirik2… Susahla macam ni..

    Hazren: Heh..kalo nk tgk hantu yang sebenar..ada orang yg tau camne.. Heh.. Boleh try tanya.. Thanks for d link. Menarik..πŸ™‚

    Aku: Membe aku yang antar tu ckp kat europe. Tak dicakap plak specific contry..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: