Kempen Berhenti Kerja

Salam pertemuan,

Saya tidak berniat melancarkan kempen berhenti kerja😛 Saya cuma mahu bercerita pasal pengalaman pasal pekerjaan. Masa saya nak berenti company saya dulu adalah beberapa membe yang semagat betul nk berenti.. Tapi last2 saya je yang berenti.. huhu.. Kepada sesiapa yang terasa tu, ni cabaran nih..😉

Sebenarnya memang tak salah bekerja. Malah dunia hari ini memerlukan pekerja. Kalo sume nk jadik bos pon susah jugak. Jadi, entry kali ini saya nak dedikasikan kepada orang yang memang betul2 nk berhenti kerja dan mulakan perniagaan.

Pendapat saya, orang2 yang nk berhenti kerja tapi masih bekerja kerana tidak sanggup hilang jaminan yang setiap bulan gaji akan masuk. Gaji masuk bermakna ada fulus. Ada fulus bermaksud boleh teruskan hidup lagi.. Haha.. Ada jugak yang banyak hutang2 menyebabkan mereka tak boleh berhenti. Cthnya saya.😦

Namun, adakah satu langkah yang bijak berhenti kerja tanpa perancangan yang terperinci? Pendapat saya, sebelum berhenti, seseorang memerlukan bukan sahaja rancangan terperinci tetapi jugak beberapa back-up plan andai rancangan tak menjadi. Bak kata Robert Kiyosaki, berhenti bekerja dan memulakan perniagaan ni laksana terjun dari kapal terbang tanpa payung terjun. Payung terjun perlu dibuat sebelum terhumban ke tanah. Jika sempat, anda selamat. Jika tidak.. terimalah kesakitan tu (harap2 tak mati) dan kemudian terjun lagi sampai berjaya..🙂

Buat sesiapa yang ingin melancarkan kempen berhenti kerja.. saya akan ulas buku Robert Kiyosaki bertajuk “Before You Quit Your Job” pada entry akan datang. Nantikan…

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

11 Komen di “Kempen Berhenti Kerja”

  1. Slie Says:

    selamat berpuasa fuad… sahur karang ngan apa? kurma? kejut budin tu skali..liat nak bangun sahur tu..hehe😉

  2. akirasuri Says:

    he he he…hidup zaman ni tak boleh lari dari hutang…saya?hutang lagi banyak…alahai…tapinya kalau asyik fikir pasal hutang dan mahu mencari fulus aja, lama-lama tergadai juga masa untuk amal..jadinya bersederhana ajalah dalam segala hal [pendapat sayalah]…huhuhu~

    apapun, selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertrawikh, beramal dan yang sama waktu dengannya…😀

  3. walikard Says:

    Orang yang gagal merancang, adalah merancang untuk gagal😉

    Selamat Berpuasa…mudah-mudahan, ibadat kita diterima dengan ditanda markah BEST oleh ALLAH SWT

  4. soulof99 Says:

    Heh.. tak sabar nak tunggu review ttg buku Robert Kiyosaki tu…🙂

  5. acuterateh Says:

    Sesekali ada juga saya ke blog saudara..
    Salam Perkenalan , Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan Penuh Ketaqwaan dan semoga kita berkongsi idea di lain masa.

  6. fiq Says:

    heheehehhehe. aku nak beli payung terjun =]

  7. aku Says:

    tak sabar gak tunggu review buku Kiyosaki.

    “Masa saya nak berenti company saya dulu adalah beberapa membe yang semagat betul nk berenti.. Tapi last2 saya je yang berenti.. ”
    sangat kerap berlaku, pasal berenti keje, jangan percayakan sesapapon, buat keputusan ikut pertimbangan yang sesuai🙂

  8. linn_comel Says:

    Yup..nak berhenti kerja mesti ada perancangan, at least untuk setahun yang akan datang. Plan biz betul2. Kena ada jaminan simpanan duit at least boleh cover untuk 2 tahun. Sbb kita tak pasti apa yg akan berlaku. So nak resign boleh..be prepare untuk segalanya

  9. Labanon Says:

    Anyway… orang kata untuk menjadi kaya adalah buat perniagaan selepas waktu kerja anda😀

  10. Fuad Says:

    Slie: Hahak. Izzat bgn awal. No problem.

    Akirasuri: Ya ya. Wasatiah itu yang terbaik. Selamat beribadat dgn lebih tekun di bulan yang pernuh berkat ini..

    Walikard: Slamat berpuasa jugak.

    Soulof99: Ulasan ni tak leh detail sgt. Just nak share important point. utk pemahaman yang menyeluruh..cadangkan dapatkan satu.😉

    Acurateh: Selamat berkenalan. Mengukuhkan ikhwah di bulan mulia ni ada berkatnya🙂 Selamat berpuasa dan berkongsi idea nnti..

  11. Fuad Says:

    Fiq: Make sure kalo ko dah beli payung terjun tu kene terjun. Kalo beli jek simpan bawah rumah je..rugi la.. heh.

    Aku: Setiap orang ada sebab yang tersendiri. Apapun pikirlah yang terbaik sebab yang dapat kesan pin diri sendirik..

    Linn: Wah.. kene buat dana 2 tahun ye.. Kene menyimpan sungguh2 nih..

    Labanon: Heh.. mungkin betul jgk tu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: