Before You Quit Your Job

Salam Pertemuan,

Buku dari Robert Kiyosaki bersama Sharon Lecture. Before You Quit Your Job 10 Real Life Lessons Every Entrepreneur Should Know About Building a Multimillion Dollar Business.

Pendapat peribadi saya, kebanyakkan buku karya Robert berkait rapat antara satu dengan yang lain. Pendapat saya, tiga buku utama yang menerangkan prinsip asas Robert ialah Rich Dad Poor Dad, Cashflow Quadrant dan Retire Young Retire Rich. Konsep asas dalam 3 buku utama ni digarap dalam buku Before You Quit Your Job dan ditulis khusus untuk orang yang ingin berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri.

Jom kita tgk 10 perkara yang perlu diambil kira sebelum berhenti kerja mengikut kata2 si Robert nih:

  1. A Successful Business is Created Before There is a Business (Perniagaan yang berjaya sudah diwujudkan sebelum ia bermula)
  2. Learn How to Turn Bad Luck to Good Luck (Belajar menukar nasib tak baik kepada nasib baik)
  3. Know the Difference Between Your Job & Yor Work (Tahu perbezaan tugas dan pekerjaan anda)
  4. Success Reveals Your Failures (Kejayaan akan menunjukkan kegagalan anda)
  5. The Process is More Important Than the Goal (Perjalanan itu lebih penting dari matlamat)
  6. The Best Answers are Found in Your Heart… Not Your Head (Jawapan terbaik adalah dari hati bukan otak)
  7. The Scope of the Mission Determines the Product (Matlamat perniagaan anda menentukan produk)
  8. Design a Business That Can Do Something That No Other Business Can Do (Bina perniagaan yang buat lain dari yang lain)
  9. Don’t Fight for the Bargain Basement (Jangan bersaing dengan keuntungan yang rendah)
  10. Know When to Quit (Tahu bila perlu berhenti)

Itulah dia 10 perkara yang Robert cuba sampaikan dalam buku dia. Ini adalah kata2 dia dan setiap orang mempunyai pendekatan yang tersendiri. Apapun ini adalah buku yang sgt menarik dari segi kandungan. Seperti biasa Robert mempunyai cara yang menarik utk menerangkan semua teori2 dia dan disokong oleh Sharon. Kalau sape yang dah baca buku ni akan berpendapat utk memulakan perniagaan bukanlah semudah 1)Berhenti Kerja 2)Mulakan Perniagaan. Namun Robert jugak menggalakkan pembacanya ambik risiko, seperti buku2nya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermakna untuk anda. Mungkin lenkali kita leh bincang detail setiap isi2 tu.. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Buku Keusahawanan, Buku Motivasi, Ulasan Buku

8 Komen di “Before You Quit Your Job”

  1. cikguonline Says:

    Bagus jugak buku ni…. patut di beli ni. En Fuad mesti dah memiliki ke 3 3 buah buku tersebut..

  2. BAGAK Says:

    hebat2
    dah baca buku ni mmg anda hebat

  3. aminbakish Says:

    saya teringin gak nak baca buku ni. tapi saya tak nak berenti kerja🙂

  4. linn_comel Says:

    rasa mcm besh je, buku ni, nak kena pi cari satu.
    Berapa harga ye En.Fuad

  5. Fuad Says:

    Cikgu: Saya memang ada kebanyakkan buku Robert Kiyosaki. Selain isi, memang cara penyampaian dia menarik. Tak bosan bila baca. Macam buku Azizi Ali jugaklah, walau kadang2 tu byk isi2 yang berulang dari buku2 dia, tapi memang best cara dia bercerita.

    Bagak: Hahak. Apa yang hebatnya syeikh.? Dah baca buku ni tak bermaksud nak berhenti kerja dalam masa terdekat.. heheh

    Aminbakish: Bagus jugak utk mind setting dan motivasi diri🙂

    Linn: Harga dia saya tak berapa ingat tapi dalam RM40 – RM50 tak silap saya. Kalo tgk kat website http://www.richdad.com harga dia $16.95 bersamaan RM62.46. Itu tak masuk kos penghantaran lagi tu. Beruntunglah rakyat Malaysia dapat subsidi buku pastu dapat pelepasan cukai plak. Rakyat Malaysia yang tak membeli buku2 adalah orang yang rugi..

  6. shuth Says:

    yer.. buku nie memang best.. saya dah beli dan baca pada tahun lepas… harga dia RM69.00 kalau tak silap saya..
    Saya dulu emmang nak berhenti kerja.. tapi bila baca buku nie.. terus tak jadi berhenti.. banyak lagi benda kena buat sebelum boleh berhenti kerja.. he! he! he!..

  7. akirasuri Says:

    emmm berhenti kerja dan mahu mulakan berniaga tanpa ilmu yang lengkap adalah satu tindakan yang agak kurang bijak..pendapat sayalah…huhuhu

  8. Fuad Says:

    Shuth: Oo yeke.. Terima kasih keran membetul kan. Kalo shuth pon cakap camtu, kene byk berfikir sebelum berhenti nih..🙂

    Akirasuri: Pendapat yang baik cik Akirasuri. Markah lebih dari penuh, melimpah2. 150%.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: