Tolonglah Aku

Salam Pertemuan,

Pernah diceritakan oleh kawan saya kisah adiknya membaca doa qunut.

Di waktu subuh yang hening, seorang gadis kecil menunaikan solat Subuh. Umurnya masih sangat muda dan masih baru belajar beribadat. Tanpa dia sedari, abangnya sedang berzikir disatu sudut bilik sembahyang. Sampai bangkit dari rukuk rakaat kedua, gadis ini terdiam. Dia memang tak tahu baca doa qunut. Selalu mendengar Ayahnya dan abang2nya membaca doa qunut dengan suara yang kuat.ย Maka dengan penuh perasaan dia berdoaย “Ya Allah yang tuhanku. Bagilah aku rambut yang panjang“.. Apa lagi, berdekah2 lah si Abang kat belakang. Abes dinobatkan kesah tu kat seluruh ahli keluarga. Ampeh sungguh si Abang. Tapi sebagai seorang abang yang ada adik perempuan, saya setuju.. memang best ngusik adik pompuan. Hahak..๐Ÿ˜›

Apa yang cuba saya sampaikan ialah doa. Adakah kita hanya perlu berdoa mintak perkara2 yang serius sahaja? Pada pendapat saya, Allah itu yang Maha Penyayang. Dengan kasih sayangnya, sebagai hamba kita patut mengadu semua masalah kita padaNYA, tak kiralah seremeh atau sekecil mana pon. Memanglah Allah Maha Mengetahui, tapi bukankah lagi afdal kita sendiri yang meminta tolong dari yang sangat menyayangi kita, yang sangat pemurah dan maha kaya? Saya betul2 kagum dengan kemurnian hati adik perempuan kawan saya tu. Dia sangat menginginkan rambut yang panjang, siapa lagi yang paling utama dapat menunaikan permintaan dia?

Teringat saya komen dari seorang hakim suatu ketika dulu. “Janganlah kita selalu menyusahkan tuhan dengan meminta bermacam2..” Augustine Paul, seorang hakim yang menulis buku undang2 yang menjadi rujukan utk univeristi2 di Malaysia. Lawak sungguh.. Adakah dia membayangkan TUHAN itu seperti manusia yang mempunyai had.? Masa yang terhad, tenaga yang terhad, sumber yang terhad, ruang yang terhad. Tidak wahai tuan hakim. Allah itu Maha Sempurna. Mintaklah apa sahaja, banyak mana sekalipun. Tidak menjadi masalah sedikit pon pada Zat yang Maha Kuasa.

Renungan:

  1. Doa adalah senjata utama orang Islam
  2. Perlukah kita malu utk meminta sesuatu yang remeh dari Allah padahal Allah lah paling memahami diri kita?
  3. Kalo budak kecik berdoa, mesti best curik2 dengar..๐Ÿ˜‰

Pasal meminta tolong ni, saya nak sentuh sket isi pertama dalam buku Before You Quit Your Job semalam. A succesful business is created before there is a business. Isi ini menekankan mind setting sebagai seorang usahawan dan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan yang terperinci. Setelah rancangan perniagaan yang terperinci siap, langkah yang sangat penting ialah mintak tolong. Mintak tolong akauntan, peguam, jurujual, usahawan yang berpengalaman dan siapa saja yang difikirkan perlu untuk memberi komen rancangan perniagaan anda. Ini adalah langkah yang sangat penting tapi ramai orang tak buat.

Semoga bermanfaat utk anda. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Berdoa dalam hati: Ya Allah, bagilah kerja tak byk harini supaya boleh balik on-time..๐Ÿ™‚

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman, Ulasan Buku

16 Komen di “Tolonglah Aku”

  1. linn_comel Says:

    Apa yg saya nampak senario sekarang ni, dah susah, dah ditimpa nasib malang, baru nakingat Allah , baru nak berdoa. Bila dah senang lupa. Sebaik-baiknya ingat ALLAH di waktu senang dan susah

  2. Slie Says:

    cakap linn tu betul gak. dah susah baru ingat tuhan.

    teringat aku pernah terdengar/terbaca, tak pasti, yang kata bila kita sakit tu allah nak kurangkan dosa kita. lagi kerap sakit lagi sikitlah dosa dan lagi sikitlah peluang nak buat dosa. hehe๐Ÿ˜‰

    mcm firaun, hidup 40 tahun tak pernah kena selsema, nampak sangat yg tuhan benci dia. tak nak kurangkan dosa dia (tp golongan wahdatul wujud ckp firaun dah smpai makam tinggi, dan bercantum dengan tuhan, sbb tu dia mengaku diri dia tuhan๐Ÿ˜† ). AWAS!! dengan lirik lagu kumpulan Dewa 19, liriknya mengambil fahaman wahdatul wujud.๐Ÿ‘ฟ

    doa lah. kalo allah tak bagi sekarang, dia bagi di akhirat kelak. percayalah.

  3. BAGAK Says:

    Kalau kita tak minta, macam mana nak dapat. Tapi bila dah doa kena serius dan berulang2 kali. InsyaALLAH dapat, cuma masa yang menentukan.
    Apa punya hakimlah cam tu, tak tahu langsung kuasa ALLAH yang tiada had. Tak ada benda/ perkara yang susah.

  4. akirasuri Says:

    comel aja adik kawan bro tu..he he he…*tengah bayangkan kalau alya yang buat macam tu*๐Ÿ˜›

    emmm sudah ada rancangan perniagaan ke incet fuad?saya ada buat rancangan perniagaan pasal penternakan udang harimau..he he he tapinya modalnya besar sangatlah…sampai berjuta-juta lemon…ha ha ha…

  5. E-One Says:

    tingat lak satu pesan dari sahabat saya ni, lebih kurang katanya:
    Bila kita mintak/berdoa sst kepada Allah, ada beberapa kemungkinan berikut:
    1. Allah akan kasi dengan segera+cash apa yg kita mintak
    2. Allah akan tangguhkan apa yg kita minta ke suatu masa yg lebih sesuai
    3. Allah tangguhkan terus dan diberikan pada hari Akhirat nanti
    4. Allah tak berikan apa yg kita mintak, tp digantikan dgn sst yg lain

    Jadi, kesimpulannya, jgn berputus asa dalam berdoa kepada Allah kerana selain Allah, sapa lagi nak tolong kita? Bagaimana Allah memperkenankan doa kita adalah hakNya. Cuma perlu kita yakin, setiap sst yg diberikan Allah adalah yg terbaik utk kita kerana Allah tak sekali2 zalim, tapi Maha Pemurah dan Maha Pengasih. apa yg penting masa berdoa tu kita kena yakin betul2 Allah akan makbulkan doa kita dan mintaklah pertunjuk serta hidayahNya selalu… Amin. Selamat beramal๐Ÿ˜‰

  6. cikguonline Says:

    Setelah berusaha jangan lupa berdoa…. kih kih kih curi dengar budak kecik berdoa… kelau yang kelakar takpe la kalau dia dia mintak yg baik2 sejuk hati…mendengarnya.

  7. KU> Says:

    ya,berdoalah anda sebelum anda di doakan…
    Pastu pasal buku “Before You Quit Your Job”lak,hmm..betul gak kata2 dia.aku pun sebenarnya ada gak niat nak berhenti keje ni,tp rancangannye belum buat lg.hehe..๐Ÿ™‚

  8. ad3ck Says:

    just nak share citer yg aku dapat melalui email..tapi agak panjang citer dier..tak kire, nak share gak..;p nih citer dier:

    A MAN WENT TO A BARBERSHOP TO HAVE HIS HAIR CUT. AS THE BARBER BEGAN TO WORK, THEY BEGAN TO HAVE A GOOD CONVERSATION. THEY TALKED ABOUT SO MANY THINGS AND VARIOUS SUBJECTS. WHEN THEY EVENTUALLY TOUCHED ON THE SUBJECT OF ALLAH,

    THE BARBER SAID: “I DON’T BELIEVE THAT ALLAH EXISTS.”

    “WHY DO YOU SAY THAT?” ASKED THE CUSTOMER.

    “WELL, YOU JUST HAVE TO GO OUT IN THE STREET TO REALIZE THAT ALLAH DOESN’T EXIST. TELL ME, IF ALLAH EXISTS, WOULD THERE BE SO MANY SICK PEOPLE? WOULD THERE BE ABANDONED CHILDREN? IF ALLAH EXISTED, THERE WOULD BE NEITHER SUFFERING NOR PAIN. I CAN’T IMAGINE A LOVING ALLAH WHO WOULD ALLOW ALL OF THESE THINGS.”

    THE CUSTOMER THOUGHT FOR A MOMENT, BUT DIDN’T RESPOND BECAUSE HE DIDN’T WANT TO START AN ARGUMENT. THE BARBER FINISHED HIS JOB AND THE CUSTOMER LEFT THE SHOP. JUST AFTER HE LEFT THE BARBERSHOP, HE SAW A MAN IN THE STREET WITH LONG, STRINGY, AND DIRTY HAIR. HE LOOKED DIRTY AND UNKEPT. THE CUSTOMER TURNED BACK AND ENTERED THE BARBER SHOP AGAIN AND HE SAID TO THE BARBER:

    “YOU KNOW WHAT? BARBERS DO NOT EXIST.”

    “HOW CAN YOU SAY THAT?” ASKED THE SURPRISED BARBER. “I AM HERE, AND I AM A BARBER. AND I JUST WORKED ON YOU!”

    “NO!” THE CUSTOMER EXCLAIMED. “BARBERS DON’T EXIST BECAUSE IF THEY DID, THERE WOULD BE NO PEOPLE WITH DIRTY LONG HAIR AND UNKEPT, LIKE THAT MAN OUTSIDE.” “AH, BUT BARBERS DO EXIST! THAT’S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE DO NOT COME TO ME.”

    “EXACTLY!”

    AFFIRMED THE CUSTOMER. “THAT’S THE POINT! ALLAH, TOO, DOES EXIST! THAT’S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE DO NOT GO TO HIM AND DON’T LOOK TO HIM FOR HELP.

    “THAT’S WHY THERE’S SO MUCH PAIN AND SUFFERING IN THE WORLD.”

    citer nih sedikit sebanyak ader kener mengener ngan doa..sorry panjang ngt..

  9. fiq Says:

    pasni aku nak dengar adik aku doa la =]

  10. aku Says:

    ad3ckz; gud story.. sangat bagus.

    Fuad, ko ni memang pandai menulis betul la.. respek!

  11. Fuad Says:

    Linn, Slie: Hamba mudah lupa…

    Bagak: Aku pernah dengar orang cakap, Allah suka mendengar doa hambanya. Sebab tu berdoa byk kali baru Allah perkenankan. Kalo doa je terus dapat, makin jarang la berdoa.. Aku tak ingat dah sapa yang cakap..

    Akirasuri: Ni musti curik kat website jabatan perikanan nih. Saya pon dah ade cik Akira kalo business plan yang ambik kat website tuh.. Hahak.. Tapi kalo Cik Akira wat sendirik.. nk mintak tolong.. nak tiru..๐Ÿ˜›

    E-One: Terima kasih atas perkongsian yang menarik..

    Cikgu: Budak2 hati masih bersih. Bukan setakat doa, ckp pon terus dari hati..

  12. Fuad Says:

    KU: Haha..Nnti ko nak brenti bagitau la aku. best berenti secara berjemaah. Hahak..

    Ad3ck: Wah cerita yang menarik. Terima kasih. Tak dek hal panjang2. Aku memang suka dengar/baca cerita.๐Ÿ™‚

    Fiq: Nnti dia doa, Ya Allah bagilah abang Fiq kawen cepat2.. Sebok je dok umah nih.. Hahak.. peace bro.. just kiddin..

    Aku: Erk.. biasa je brader. Main membebel je. Nak sastera memang x gheti ler..

  13. akirasuri Says:

    huhuhu yang ni buat sendirilah…saya dan kawan saya buat, sebenarnya kena buat benda tu untuk satu subjek teras u….huhuhu…kami gunakan sebuah syarikat penternakan udang harimau dekat kayu hitam sebagai model dan pesaing…huhuhu…nak ke RP tu?kalau nak nanti saya tengok kalau ada lagi dalam simpanan [comp saya baru diformat]….

  14. aminbakish Says:

    Selangkah kita dekat padaNya, seribu langkah Dia dekat kepada kita.๐Ÿ™‚

  15. Fuad Says:

    Akirasuri: Nak2.. bleh ye Cik Akira..๐Ÿ™‚ Mekasih banyak2.

    Aminbakish: Betul2.. andai seorang hamba mendekati Allah dengan berjalan, nescaya Allah mendekati dia dengan berlari, andai hamba itu mendekati Allah dengan berlari, nescaya Allah terbang mendekati hambanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: