100 Orang Di Dalam Dunia

Salam pertemuan,

Entry kali ini adalah hasil permintaan kawan saya, E-One berkenaan satu email yang menarik. Semoga entry kali ini mencetus sesuatu di sudut hati anda. Semoga ia menjadi satu pendekatan baru kita memandang persekitaran kita. Maafkan saya jika pengalihan bahasa tidak begitu bagus.

***********************************************************

Andaikata seluruh penduduk di dunia ini menjadi hanya 100 orang:

  • 57 orang adalah orang Asia, 20 orang Eropah, 14 orang Amerika dan 8 orang Afrika
  • 52 orang Wanita dan 48 orang Lelaki
  • 11 orang homoseksual dan 89 heteroseksual
  • 6 orang membolot 59% daripada kekayaan dunia dan semuanya adalah orang Amerika
  • 80 orang hidup dalam keadaan daif
  • 70 orang tidak berpelajaran
  • 50 orang hidup dalam kelaparan
  • Seorang akan mati
  • 2 orang akan lahir
  • Seorang mempunyai komputer
  • Hanya seorang mengikuti pengajian tinggi

Jika hari ini:

Anda bangun dengan sehat, anda lebih gembira dari 1 juta orang didunia yang takkan hidup sampai minggu depan.

Anda bebas dari perang, kelaparan, penyeksaan atau dipenjarakan, Anda lebih berbahagia dari 500 juta manusia lain.

Anda masuk masjid tanpa rasa takut mati atau dipenjarakan, anda lebih beruntung dari 3 juta manusia di dunia.

Masih ada makanan di dalam peti sejuk, memiliki pakaian dan kasut, ada tilam dan tempat berteduh, anda lebih kaya dari 75% daripada penghuni bumi Allah ini.

Anda mempunyai akaun bank, duit di dalam dompet, syiling di dalam tabung, anda tergolong daripada 8% manusia di bumi yang hidup senang.

Dan jika saat ini juga anda dapat membaca entry ini bermakna anda tidak tergolong dari 200 manusia yang tidak berpendidikan dan….. Anda memiliki sebijik komputer.

******************************************************

Andai kata tidak terpacul di bibir anda kalimah “Alhamdulillah“, saya mengandaikan anda adalah seorang yang bongkak dan tidak sedar diri. Maafkan andaian saya jika andaian tersebut tidak tepat. Mungkin anda mempunyai andaian anda tersendiri…

Sehingga bertemu lagi andai waktu untuk itu masih ada.

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Motivasi, Saja2

7 Komen di “100 Orang Di Dalam Dunia”

  1. ad3ck Says:

    Alhamdulillah – perkataan pertama lepas aku bace entry neh..:)

  2. akirasuri Says:

    hamdallah…oh pokcik semakin pandai bermain kata-kata…ihiks!!

  3. linn_comel Says:

    Alhamdulillah..syukur nikmat ALLAH beri

  4. aku Says:

    Alhamdulillah

    Fuad, kalau ko tak sedar, ko adalah seorang yang pandai memilih tajuk. Sepanjang aku tengok tajuk-tajuk kat dashboard, aku akan sentiasa tertarik dengan tajuk ko. Tadi masa baca kat dashboard tajuk 100 Orang Di Dalam Dunia, terus terdetik dalam hati aku, “ni post Fuad ni”. Dan, memang betul sangkaan aku.

  5. alhafiz3d Says:

    Alhamdulillah Syukur

  6. esis Says:

    alhamdulilllah…..

  7. Fuad Says:

    Ad3ck, Linn, Alhafiz, Esis: Alhamdulilah🙂

    Akirasuri: Ini tidak berkata2 Cik Kira.. Heh..

    Aku: Oo yeke. Aku rasa biasa jek. Mungkin citarasa kita sama. Boleh jadi rakan kongsi yang serasi nih..😛


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: