Boleh Caya ke ni..?

Salam pertemuan,

Penahkah anda dengar teori2 seperti Pareto Principle, Murphy Law dan Six Degree of Separation Theory? Jika anda tahu tentang teori2 ni, adakah anda setuju dengan teori2 seperti ini? Mungkin anda pengalaman anda sendiri menunjukkan bahawa teori2 ni betul.. Saya amat mengalu2kan dan sangat menghargai perkongsian pengalaman anda.

Kepada yang tak mengetahui apekebende teori2 yang ntah apa2 ni, nnti saya ceritakan. Sebelum tu kite bercerita dahulu.😛

Saya ada seorang kawan, nama panggilannya.. Tasha. Nama penuh die Muhammad Tashamuddin Bin Tauhid Ahmad. Sebelum disalahertikan, suka saya tegaskan bahawa Tasha bukanlah jenis lelaki yang dikategorikan… auuw.. boleh rujuk entry Cik Akirasuri berkenaan golongan ini. Cuma mungkin membe2 nk kenakan dia guna panggilan Tasha. Ada kesah best gak pasal nama nih..😉 Simpan dulu crita tu..

Nak dijadikan cerita, sebelum di panggil bertugas sebagai staff Petronas, Tasha berkerja di kilang Semiconductor, Silterra. Apabila tiba saat Petronas memanggil para2 askar yang dilatih, maka terpaksalah Tasha berhenti dari Silterra. Dek kerana dia merupakan pekerja cemerlang maka Silterra menawarkan gaji sehingga RM4000++ dan bersetuju menampung perbelanjaannya melanjutkan pelajaran. Namun, dia tetap bertegas nak berhenti dan berkerja dengan Petronas yang gajinya lagi rendah dan tak menawarkan pakej melanjutkan pengajian.

Apabila dikhabarkan berita ini, seorang kawan yang dah pekerja dengan Petronas ketika itu terus membuat panggilan. “Weh.. Apsal ko bodoh sangat?”

Dia menjawab..Aku takmo gaji tinggi2. Nnti dah gaji tinggi mulalah beli rumah mahal, kete mahal. Bile dah terikat dengan hutang.. Company buat apa saja kat ko, ko kene ikut jek” Secara ringkas, teori dia kalo kita makan gaji besar, kita akan menjadi hamba syarikat. Sape setuju angkat tangan.. heh.. Jadi saya namakan itu teori Tasha.

Nota: Kawan yang membuat panggilan itu adalah saya. Suka sekali lagi saya ingatkan bahawa bahasa yang saya gunakan tu dah kira jauh lagi ok dibandingkan dengan membe2 kitorang yang lain ;-)

Kepada Tasha: Harap tak kesah dikongsikan teori ko. Puasa elok2. Jangan sampai kene ganti 2 bulan berturut2 sudah. Sape soh kawen nk dekat bulan pose.. heheh..

Berbalik kepada teori2 tadi, Pareto Principle yang juga dikenali sebagai 80-20 Rule atau Law of Vital Few menjelaskan (secara asas) bahawa 80% daripada kesan berpunca daripada 20% penyebab. Contohnya 80% dariada kekayaan dimiliki 20% penduduk. 80% pendapatan datang daripada 20% usaha. 80% masalah dalam kampung berpunca dari 20% penduduk. Teori ini sangat femes dikalangan para usahawan dan pengkaji ekonomi. Mereka menggunakan teori ini sebagai sandaran untuk menghasilkan jualan atau menjana lebih pendapatan dengan lebih effektif.

Alamak.. macam dah panjang sgt je post arini. Sebab topik ni sangat best untuk dikupas, saya bercadang menulis artikel pasal Pareto Principle dan hantar kepada En. Adly. Dia sekarang sedang menerima artikel berkaitan perniagaan utk e-book yang bakal meletup “Dari Sifar Menjadi Usahawan“. Tajuk ni saya nk book, budak ekonomi jangan kaco.. heh..

Manakala Murphy Law pulak menceritakan “what ever can go wrong, will go wrong“. Secara ringkasnya kalo nampak macam nk salah jek.. tak lama lagi akan jadi la tu. Six Degree Separation Theory menjelaskan bahawa orang akan berpusing pada bilangan ke 6. Contohnya Fuad kenal Akira. Akira kenal Fiq. Fiq kenal En Aku. En Aku kenal Adly. Adly kenal Bagak. Bagak sebenarnya dah kenal Fuad. Kira membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe. Huhu.. pening2..

Ok..ok..ok.. Cukup2.. byk dah bercerita arini. Sebenarnya nak cerita pasal teori Kereta dan Anda yang dipelopori oleh Fuad dan kesah nama Tasha tu, tapi dah panjang sgt. Kalo ada permintaan saya akan terus bercerita..🙂

Sehingga berjumpa lagi….

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Maklumat Umum, Perkongsian Pengalaman

11 Komen di “Boleh Caya ke ni..?”

  1. BAGAK Says:

    Tulisan yang menarik.
    Dan yang paling penting banyak link🙂

  2. akirasuri Says:

    Tajuk ni saya nk book, budak ekonomi jangan kaco.. heh.. *adakah saya tak boleh masuk menyebok? ha ha ha*

    oh mahu hantar tajuk tu ya dlm e-book, emmm tajuk pareto principle, jangan lupa cerita pasal pareto optimum ya😉 ..huhuhu…kalau perlu bahan xtra, saya ada untuk bagi pinjam..ok pokcik, besh of lux!!ahaksss…

  3. aku Says:

    wah… aku pon masuk gak.. hehehe…

    tapi Fuad, aku terpaksa terima teori Tasha, ‘Kenapa anda perlu MAKAN Gaji?’ tulisan aku hanya apply untuk pekerja bawahan.. jika anda orang atasan, anda adalah askar penting company… seperti teori Tasha: kene 100% untuk company.

    hanya satu pengecualian: jika anda ada mindset untuk tidak bergantung kepada company, membuat prepration ‘Before You Quit Your Job’, then tak kisah atasan atau bawahan.

  4. Mohd Ashraf Says:

    Menarik kisah tu. Bagi saya, semuanya adalah pada diri. Jika anda rasa anda boleh, maka anda boleh.

    Tasya ni saya boleh kategori sebagai orang yang berpandangan jauh ““Aku takmo gaji tinggi2. Nnti dah gaji tinggi mulalah beli rumah mahal, kete mahal. Bile dah terikat dengan hutang..”

    Sebenarnya anda harus berfikiran seperti tasya… maksud saya berpandangan jauh, tetapi seharusnya positif.

    Saya pernah berjumpa dengan top student, yang berpandangan jauh, lebih kurang Tasya la. Dan perjumpaan dengan beliau, membuatkan saya mengubah cara saya berfikir. Apa yang dia cakap…

    Sila ke http://mohdashraf.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemikiran beliau😀

  5. ismail Says:

    assalamualaikum..

    fuad sebijik mcm name member saya…anyway menarik awak punya post nie..:) first time landing kat blog nie.

    selamat berpuasa dan teruskan blogging

  6. walikard Says:

    Tulisan yang sangat bernas🙂 Untuk saya pula, saya tak sanggup terima gaji yang tinggi melangit, tapi kerja yang dibuat tak mendatangkan kepuasan, tak boleh belajar apa-apa🙂


  7. […] Fuad membentangkan Teori Tasha. Anda setuju atau tidak? […]

  8. Fuad Says:

    Bagak: Heheh.. Tenkiu2..🙂

    Akirasuri: Makcik kalo nk antar artikel jgk pilih la tajuk lain. Makcik kan terer. Orait gak kalo ada bahan tambahan. Tulun send ye.. Mekasih Makcik.. Baikla makcik nih..😉

    Aku: Ya ya. Jom lancarkan kempen benti kerje.. Eh..Kempen buat persediaan utk brenti kerje.. heheh..

    Ashraf: Pandangan yang menarik.. Setiap sesuatu perkara bergantung kepada cara melihatnya…

  9. Fuad Says:

    Ismail: Walaikumussalam Wr. Wb. Terima kasih kerana sudi landing kat cni. Selamat berpuasa jugak. Dah pegi tgk blog td, very nice. Baru beli komputer. Leh banyak blajar dari blog tu..

    Walikard: Betul2. Kepuasan itu lagi penting dari duit.

  10. Neo Says:

    zaman akan dtg sara hidup mmg tinggi…pasal bila dah gaji tinggi nak beli kereta mewah dan mcm2 lagi bukannya isu…yg penting cara kita berbelanja..org kata bijak membeli. Sebagai contoh nanti bila dh ada anak…sudah tentu kita nak memberi pendidikan yg terbaik utk anak …atau kita belum tau hayat kita bila…so bleh buat insuran utk generasi akan dtg takpun kalau kita sendiri dah kurang upaya nanti…tu semua kita blum tau…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: