Arkib untuk Oktober 2006

Pergelutan di dalam Supermarket

Oktober 31, 2006

Salam pertemuan,

Lokasi: Pasaraya Bilal, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Masa: 3 Syawal 1427, Jam 9 pagi.

Tak sampai 3 langkah masuk dalam supermaret Bilal, HP Nokia ku berbunyi. Huh.. pasal kerja lagi.. Tak boleh nk senang sket.. Rungut hatiku.. Ismail dan Shahidan sudah melangkah masuk ke perut pasar raya. Tenggelam dan hilang dalam ributan orang ramai yang masih sebok membeli belah walau Raya dah masuk hari ketiga.

Urusan dengan Kenny mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kacau mood raya betul bile kene keje jugak walau secara KJJ (Kerja Jarak Jauh). Aduhai… urusan Raya tak abes lagi nih. Walau hari ni wat rumah terbuka, pagi ni masih terhuyung hanyang menapak mencarik bahan2 masakan, taugeh a.k.a kacang cambah, bunga kantan semua dah jadi rebutan terhangat dipasaran. Sebagai tukang drebar, saya tak kesah stakat shoping moping ni.. janji dapat makan besh.. Hahaha.. 😛

Sebaik saja sampai bahagian sayur2 kelihatan Ismail tengah duduk dilantai. Ape ke he nyer budak nih..? Kot ye pon nk lepak2 jgn la sampai tercongok kat latai tuh.. Terkezut babun saya bila tgk Shahidan tgh menggelupur atas lantai. Mulut dah berbuih2 dah. Mata dah nmpak kaler putih jek.. Mane ilang mata hitamnyer..? Daripada terus berpikir benda yang tk mustahak tu, baik setel hal ni dulu. Yang peliknyer Ismail tampak relek dan macho jek.. Dia baru lepaskan gengamannya di mulut Shahidan yang dok terkancing gigi dari tadi.. Nasib baik dia ada, kalo tak apalah nk buat bila Shahidan terkene  sawan.

Sebetulnya bila Shahidan dah terkena, dia tak kan kenal orang dah. Dia semacam di rasuk dan akan mula berkeliaran. Tapi, misi pertama pastikan dia stabil dulu. At least kembalikan mata hitamnya dan hentikan buih-buih yang membuak2 keluar. Setelah digosok2 dan urut2 belakangnya, Shahidan bangkit. Fuh..lega rasanya. Walau nmpk blank2 tapi jauh lagi ok dari sebelumnya..

Heheh.. ku sangka panas hingga ke petang tapi dah ribut salji di pagi hari.. tetiba Shahidan menyerang. Hampes sungguh.. Mana boleh kalah, abesla kemachoan tatkala awek-awek ramai dok jadi pemerhati bebas.. Maka, bersilatlah saya di tengah2 orang ramai dalam supermarket tuh.. Yang pasti, tenaga Shahidan memang kuat (Kata Mak nya bila dia mengamuk 5 orang pon belum tentu dapat pegang). Kalo lawan kudrat, pasti dah kalah dah. Nasib baik belajar Silat Jatuh sampai tamat, walau ayam jantan saya keluar gelanggang masa majlis penamat still masih bertahan jugaklah.. Kalo tak memikirkan Shahidan ni adik sepupu tambah pulak dia tgh sakit, silap hari bulan mau tapak kaki naik atas muka budak ni kang..

Nota ringkas: Dalam majlis penamat Silat, Tok Guru akan mintak setiap anak murid bawak ayam jantan. Satu lubang di gali di tengah gelanggang. Setelah disembelih, ayam di letakkan di tengah gelanggang. Kononyer lah Tok Guru dapat tgk bakat anak muridnya melalui perlakuan ayam yang di bawak. Kali ayam tu mati terjatuh dalam lubang, konon nya boleh jadik tok guru. Kalo jatuh dalam lubang dan keluar balik, boleh tambah ilmu belajar pencak berkeris pulak. Abang saya ayam dia jatuh dalam lubang tapi tak jadik tok guru sampai sekarang pon.. Saya? Ayam saya keluar gelanggang dan mati bawah rumah.. hahahak…tak tahulah apa maksudnyer.. Jadik pengganas ke ape.. 😉

Alhamdulillah..setelah beberapa kali jatuh.. Shahidan mula tenang.. Walau dia tak kenal orang tapi dia dah start berkeliaran di dalam pasaraya. Ismail di tugaskan sebagai pemerhati tak profesional. Saya… masih menanti Mak Cik datang. Mengikut Ismail, walau dalam keadaan separuh sedar dan tak kenal orang..Shahidan masih mengenali seorang insan.. Insan yang sangat mulia iaitu ibu kandungnya.

Sebaik sahaja Mak Cik sampai, Shahidan terus menerpa. Benarlah kata Ismail tu.. Sungguh sabar Mak Cik menjaga anak bongsunya.. Kesian memanglah kesian. Nk belajar tak boleh, nak berenggang jauh pon tak boleh. Penyakitnya memberi banyak kesan dalam hidup Shahidan namun kasih sayang seorang ibu yang tak pernah pudar memastikan Shahidan terus bahagia dengan hidupnya sendiri..

Sesungguhnya kasih ibu itu sampai ke syurga.. Sayangilah ibu anda..

60 minit sebelum kejadian…. 

Haha.. arini wat rumah terbuka. Inilah masanya mahu menyental sesungguh hati. Nak2 mak buat Mee kari plak. Masyuk2.. Tapi seperti biasa tugasan membeli belah dulu.. Ismail setia menjadi konco tetap.. Ketika kereta nk bergerak, Shahidan melompat masuk..

“Dan..nk pegi mana?” Shahidan tersengih.. “Bosan aa dok umah.. Nok ikut la beli barang.. Best sket jalan2..” Saya senyum.. ok gak kalo ramai askar.. boleh buli.. Lalala.. Selamat Hari Raya…. Sesekali melihat gelagat Shahidan berborak riang ngan Ismail.. Di jangka hari ini semuanya berjalan lancar… diharapkan…. ya diharapkan…

Abess cerita… 🙂

-Fuad-

Advertisements

Kerja? Persetan…

Oktober 30, 2006

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Selamat Hari Raya semua.. heheh..sungguh lambat dan basi ucapan raya kali ni. Orang dah nk beraya puasa enam baru nk ucap Selamat Beraya. Uh..uh.. sesungguhnya saya tidak sempat melakarkan ucapan selamat utk sahabat sekalian tatkala berkejar2an menyiapkan kerja sebelum pulang beraya. Dikhuatiri tak sempat beraya dikampung halaman tercinta.

Alhamdulillah sempat jugak disetelkan bahana2 urusan dunia itu dan berjaya meraikan 1 Syawal dengan jayanya. Al-kisahnya suasana raya tetap diganggu gugat oleh tempias kerja yang cemburu dengan kehepian hati ini. Disebalik mengintai2 sipi, terkadang dicuit jua olehnya (nya disini merujuk kepada kerja) yang menyebabkan emosi dan mood saya agak terkilan. Apapun, permulaan hari bekerja sudah dicemari onar2 yang tidak enak.

Dahla semalam menaiki bas tambahan (berwarna biru dengan tatu K.I.L.A.N.G tercacah dibadannya), duduk pulak port yang tak bagus. Betul2 bawah corong pendingin hawa yang dah tecabut penutup. Sebagai makhluk kebanyakkan yang berdarah panas , keadaan ini adalah suatu penyeksaan duniawi yang agak meruntun jiwa (no offence pada para maffle dan land aligator sume).

Pagi ini, kereta buruk saya tidak dapat dihidupkan setelah seminggu lebih ditinggalkan. Mungkin merajuk barangkali.. Terpaksalah menyusahkan sahabatku.. heh.. Mekasih Acap. Jasamu akan dikenang sampai bila2.. Berbicara songsang perihal tekanan kerja, hari ni dek kerana sudah arakian lamanya wajah monitor tidak ditatapi, berbondong2 urusan sabar menanti..

Sebaik saja setel membaca emel dan semangat membuak2 utk menyental dan menonyoh muka keyboard, sekoyong2 datanglah Ah Chew. Riak wajah dan air mukanya memberi ekspresi yang agak mencurigakan. Walau malang tidak berbau, tapi kali ia dapat dirasakan dalam alunan suara sekujur makhluk bergelar boss..

Fuad, I need this to be your first priority. Big boss want to review it by 3. Make sure ready before that..” Oh.. Man… tidak sampai 10 saat kendian, saya sudah menular kehulu hilir, terbongkok2 menyiapkan projek segera. Sudah dilupakan hasrat utk mengisi tembolok yang asyik masyuk menyanyi riang.. Semua meeting dikanselkan. First priority lah katakan.. Sesekali, saya membuat penakulan tentang kerja.. dirumuskan dari persamaan garis lurus..

y = mx + c

y = ( a+ b) / x + ( d+ e)

dimana y = kualiti kerja, a = masa diperuntukkan, b = duit dibelanjakan, x = kuantiti kerja, d = ilmu pengetahuan dan e = bantuan rakan2..

Agak2nyalah, bagaimana hendak menghasilkan kualiti yang tinggi apabila a, b, d dan e terlalu sedikit tapi x meningkat. Jawapannya, memang mustahil dan kalo terpaksa jugak.. tekanan akan meningkat secara mendadak.. Saya cuba nk plotkan graf darjah kualiti kerja melawan tekanan, tapi sampai sekarang masih blank.. huhu..

Nk tahu apa yang berlaku ketika boss besar review? Simple but steady..Don’t send it. Poster is enough..” Hahahahak… Sesekali terdengar suara sayup2 si banduan yang baru terlepas.. “Ko penerajang jek boss tu. Tak tau ke dia sehari suntuk ko buat benda tu last2.. useless.. takde maknenyer…” Heheh..si setan ni baru terlepas dari belenggu sudah giat melakukan kerja onarnya mencemari hati anak adam yang mulus ini.. 😉

Sayugia hatiku, hari ini daku mengembeling tenaga, masa, urat saraf, akan tetapi setelah itu semuanya menjadi debu hanya dengan satu gelengan dari seorang insan bergelar General Manager.. Cesss…..

Pepatah Melayu ada menyatakan “Lembu yang bertanduk panjang..walau tidak menyondol tetap dituduh menyondol

Pepatah Arab pulak “Kuda tidak akan meninggalkan satu pokok sehingga adanya pokok yang lain

Pepatah CinaPermata tidak berkilau tanpa digilap, manusia takkan sempurna tanpa dugaan

Hahak.. Takde kaitan pon.. Okes.. Sehingga berjumpa lagi. Tahap kewarasan sekarang diparas amaran.. Surut sket dari pagi tadi diparas merbahaya.. Sorry merapu tak tentu pasal..

Pengumuman:

  1. Kepada sahabat yang ada masalah game Cash Flow tu, saya masih menjalankan investigasi dan jika sudah tersedia solusi nya nnti akan diperkhabarkan.
  2. Mulai hari ini sehingga Isnin depan, blog ni tak akan menyentuh pasal kerja dan perniagaan atau buku secara langsung. Maka, pada sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang ilmiah sket, sila kembali di minggu depan. Sape yang nk baca saya merapu.. heheh.. dipersilakan datang lagi esok.. 😛

Sahabatmu,

Deep Insights Brings Certainty

Oktober 16, 2006

Salam pertemuan,

Tajuk entry kali ini di ciplak dari slogan terbaik tahun 2005 yang dimenangi oleh Syarikat Hameg Instruments. Saya menafsir kan dari sudut kerjaya. Kita borak2 kosong pasal kerja plak arini.

Dalam satu program tempat saya kerja dulu, satu program kerjaya diadakan. Pengendali program tersebut ialah Plant Manager sendirik (orang paling besar dalam sesebuah plant). Plant Manager ni memang seorang yang peramah dan baik hati. Tapi masih ramai jugak orang yang komplen katanya baik sangat pn tak boleh jugak. Apapun, pendapat peribadi saya sikap merendah diri tidak semestinya buat orang pijak kepala asal tahu batasnya. Saya sendirik sgt respect kat dia. Teringat lagi bila mula2 sampai di bintulu, tak tahu lagi yang En Samasudin di orang paling besar. Jumpa kat kedai makan, pastu dialah yang tolong angkat barang masa kitorang pindah, tolong bawakkan pegi tempat makan, tulun tumpangkan pegi masjid. Lepas tu baru tahu yang dia adalah Plant Manager. Terkejut betul dengan sikap mesra rakyatnya. Manager paling saya respect, En. Samsudin Miskon.

Berbalik pasal program kerjaya tadi, topik pertama yang dibincangkan ialah pasal matlamat hidup. Dalam satu organisasi, conflict on interest dikira sesuatu yang agak basic yang perlu dielakkan. Apa yang pekerja harus pastikan, matlamat hidupnya mestilah sama dengan matlamat syarikat. Maka rata2 mula menjawab, Saya ingin jadi Plant Manager mcm En Samsudin, Saya nk jadik Technical Professional, Saya nak jadik VP Petronas. Nampak sgt align dengan matlamat syarikat. Namun hati saya berbisik, macam mana orang yang matlamatnya tak sama dengan syarikat? Saya mahu buat business, tak nak makan gaji..

Hanya ada 2 jawapan jika anda mengalami conflict of interest.

  1. Anda harus meninggalkan Syarikat …. Atau..
  2. Syarikat harus meninggalkan anda.

Pilihan kedua tu nmpk macam janggal plak, jadik yang tinggal pilihan pertama jelah. Hati saya menjerit.. kenapa sampai begitu sekali. Seolah2 mendengar runtunan jiwa saya, En Fasilitator menjawab, jika anda tidak sehaluan dengan syarikat, anda hanya menyeksa diri sendiri dan syarikat juga rugi kerana memiliki pekerja yang tidak bermotivasi. Sampai bila anda nk hidup sebegini.. Saya mengetap bibir.. “Sampai abes kontrak pinjaman pelajaran la kot..”

Hari ini saya telah meninggalkan syarikat sumber pendapatan utama Malaysia. Tapi bukan kerana conflict of interest.. Sebab dia… bukan skop entry hari ini.. 😉 Namun ada benar  jugak ckp En. Samsudin dulu, perkara asas ialah conflict of interest mesti dielakkan. Selalunya saya melaungkan tak suka US yang pro-yahudi… namun dibalik kenyataan ini… yang memberi sesuap makan adalah syarikat US. Disamping hati yang sudah cemuih dan menyampah dengan feel para pendokong yahudi laknatullah, diketika yang sama tulang empat kerat dan otak serta urat sarap bertungkus lumus memastikan ekonomi mereka kian mekar dipesada industri antarabangsa.

Sampai bila? Entahla Labu… namun daku kini tak pernah alpa mengintai peluang kearah matlamat hidup sendiri. Semoga doa akan termakbul jua di suatu hari..

Selamat menyambut hari makanan sedunia hari ni.. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Sekecil Mana Dunia Ini?

Oktober 15, 2006

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Alhamdulillah hari ini ada banyak masa. Mesti dimanfaat sebaiknya 🙂 Nak2 dah 10 hari terakhir bulan Ramadhan ni ye.. Hari ini kita borak pasal persahabatan atau networking.. Mungkin orang MLM byk pengalaman yang boleh dikongsikan bersama nnti..

Dalam satu post sebelum ni saya utarakan 2 teori dipanggil Hukum Fuad Pertama dan Murphy Law. Mengkagumkan jugak bila ramai yang setuju dengan kedua2 teori ni. Satu teori yang saya sangat teringin nak tahu kebenarannya ialah Six Degree of Separation Theory. Pernah dengar?

Kepada yang tak pernah dengar, Six Degree of Separation theory menerangkan semua orang dalam dunia ni… ya betul anda tak salah baca, semua oleh dalam dunia ni berkaitan antara satu sama lain dengan tak lebih dari 5 orang perantara. Macam yang saya ceritakan dalam post sebelum ni contoh yang saya gunakan, Saya kenal Lelabu. Lelabu plak kenal Labanon. Labanon plak kenal Linn. Linn plak kenal Hidet. Hidet kenal En Aku. En Aku kenal Ad3ck. Ad3ck sebenarnya adalah kawan lama saya. Secara ringkas membe atas membe atas membe atas membe atas membe adalah membe. 😛

Jika teori ini terbukti, satu lagi cara menunjukkan bertapa hebatnya kuasa Allah. Kita takda alasan utk tidak menitik beratkan Silaturrahim dan berdakwah. Sesungguhnya kalo kita berkawan dengan seorang saja sehari lambat laun kita ada kaitan secara langsung dengan seluruh penduduk dunia tak kiralah dimana mereka berada. Maka saya begitu teruja utk membuktikan tahap kebenaran teori ini. Saya terfikir nak buat eksperimen dan memerlukan bantuan anda. Sapa2 yang sudi nak ambik serta dalam eksperimen just bagitau dalam komen nnti saya email… Sapa2 yang tak nk ambik serta pon xdek hal, kalo ada pengalaman sendiri berkaitan ini, sudi2lah berkongsi. Perkembangan ilmu ni.. 🙂

Bagaimana Eksperimen ini dilakukan?

Teori ini sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 1929 lagi oleh seorang penulis bernama Krinthy Frigyes dalam cerpennya bertajuk Chain. Beberapa orang ahli matematik juga cuba merumuskan satu formula utk membuktikan teori ni.. namun setelah 20 tahun mereka masih gagal membuktikan kaitan utk N bilangan orang menggunakan pemalar K1, K2, K3 hingga Kn. Tapi satu eksperimen dilakukan oleh Stanley Milgram pada tahun 1967 menggunakan poskad. Eksperimen ini dinamakan “the small world problem“. Saya juga ingin menggunakan kaedah yang sama tapi menggunakan email. Saya nk tgk jika email yang saya hantar tu boleh datang kat saya balik atau tak. Dan jika email tu dtg balik, brapa orang yang diambil utk email tu datang balik..

Apakah dia Nombor Fuad?

Diadaptasikan dari Bacon Number. Nombor ini digunakan utk mengukur kepopularitian atau tahap pergaulan seseorang dalam satu kelompok masyakat. Contohnya Nombor Fuad saya ialah 0. Sebab saya adalah Fuad. Hahak.. Cth Akirasuri kenal saya, Nombor Fuad Akirasuri ialah 1. Pastu Zati tak kenal saya tapi kenal Cik Akira yang mempunyai Nombor Fuad 1. Jadi Nombor Fuad utk Zati ialah 2. Makin sedikit purata nombor Fuad dalam sesuatu kelempok orang menunjukkan bertapa popular. Contohnya dalam komuniti internet semestinya purata Nombor SaifulSham, Shuth, Irfan Khairi lebih rendah dari Nombor Fuad.. 😉

Fakta2 menarik berkenaan Six Degree of Separation Theory. 

Selain pertalian, Six degree of Separation juga merangkumi bagaimana sesuatu tindakan itu boleh memberi kesan kepada 6 orang lain secara berkaitan. Katalah anda kena membuat keputusan saat ini, sedar atau tak hasil tindakan anda itu akan memberi kesan sehingga 6 orang lain yang anda tak kenal pon. Agak keterlaluan jugak kerana teori ini mula dipertimbangkan dalam mengkaji bagaimana sesuatu penyakit itu tersebar. Dan kini satu kajian dilakukan utk mengkaji bagaimana virus komputer tersebar menggunakan teori ini.

Anda pasti pernah menonton cerita seperti Keluarga 69 (P. Ramlee), Lost (Series di Astro) yang mengadaptasikan konsep Six Degree of Saparation dalam jalan ceritanya. Para peminat Lost pasni boleh cuba mengkaji bagaimana kaitan watak2 dalam cerita tu. Hebat kan?

Perkara kuar dari topik: Bila dok cakap pasal kecik ni teringat 2 teka-teki adik saya. Kalo nk try jawab, teka-teki berbunyi begini,

  1. Apa dia yang kecik, hitam dan basah?
  2. Apa yang macam gajah tapi kecik?

Esok saya bagi jawapannya, tapi suka diigatkan ini teka teki yang dibagi oleh budak kecik. Kadang2 jawapannya memang tak puas hati..heh..

Sehingga bertemu lagi sahabat…

-Fuad-

Pengumuman…

Oktober 12, 2006

Arini saya tak sempat lagi nk tulih blog.. 😦 Disaat orang lain bertungkus lumus melakukan ibadat, saya pulak sedang sebok dengan urusan dunia.. Urusan yang perlu disiapkan hari ini jugak…by hook or by crook.. kata mamat tulah.. Huh. Bertapa ruginya.. Teringat pesan beringat 5 sebelum 5.

Maka dengan berat hati terpaksa jugak melangkah ke opis yang sudah tak rela menerima kedatangan saya lagi malam ni. Saya ingin mengucapkan terima kasih yang terhingga kepada sahabat yang sudi bertandang ke blog ni hari ni.

Mintak maaf jugak tidak dapat mencurik ilmu kalian hari ini. Saya nk bagitau satu rahsia yang saya baru tahu hari ini. Waktu saya balik tadi, gerai air depan Masjid Bayan Baru mengamalkan satu polisi. Apabila sahaja Azan Maghrib berkumandang, air akan diberikan secara percuma.. Haha.. Rezeki orang berbukak dalam keta.. Sapa2 nk berbukak air free bolehla nk dekat azan wat muka tak malu menerjah ke gerai tu.. 😛 Apapun semoga brader tu dimurahkan rezeki hendaknya.

Ok2.. pengumuman yang saya nak buat: Kepada sahabat2 yang mintak Game CashFlow tu saya dah antar tgh ari tadi. Semoga dapat manfaatkan. Kalo ada yang nama ter miss tu nnti bagitaulah.. Siap satu game hantar pegi Hong Kong lagi.. heheh..

Pengumuman kedua, saya nk tolong promote e-book free dari Labanon, harap2 tak basi lagi lah berita nih.. 😉 Boleh dapatkan e-book tu di sini : http://usahawan.d3ly.com/

Sorry brader tak sempat baca lagi.. Tapi saya dah baca yang version 0.0 punyer. Ebook yang sgt menarik dan betul2 tak sangka dihasilkan oleh penulis muda yang mempunyai visi yang sangat mantap. Apalagi, rebutlah peluang ini.. 🙂

Okeh2.. Jom balik. Rugi dok lepak kat opis time karnival sale nih.. Sehingga berjumpa lagi sahabat.