Masa Pun Pandai Cemburu

Salam pertemuan,

Salah satu sikap buruk saya ialah buat kerja last minute. Atau boleh saya katakan ini adalah kemahiran istimewa saya😉 Saya mula melatih kemahiran ini sejak tahun 1 di UTP. Setiap laporan makmal, esaimen mahupun belajar utk exam saya lakukan pada saat2 akhir. Kebanyakkannya kalo pagi esok kene hantar, maka malam tu barulah saya mula buat.

Bila ditegur atau diperli, alasan saya ialah saya sedang melatih EQ saya.. 🙂 Kononnya saya sedang melatih diri utk suasana bekerja sebenar dimana keputusan atau kerja perlu dilakukan dengan pantas dalam masa yang terhad. Ia juga melatih saya mengawal diri dalam keadaan tertekan. Heheh..

Tapi yang peliknya, kerja last minute saya kadang2 atau kebanyakkannya lebih bagus dari orang yang buat kerja lebih awal. Contohnya laporan makmal orang lain kebanyakkan 5 mukasurat tapi saya sampai 10 mukasurat. Kalo saya belajar dari awal pon, apa yg saya dapat dari last minute study jauh lagi banyak. Maka saya membuat teori sendirik. Hukum Fuad Pertama – Teori Tekanan.. Teori ini menerangkan bahawa “Man work better under pressure”.😉

Saya ingin sekali menulis kemahiran ni dalam resume saya dibahagian kemahiran, “Work better under pressure”. Tapi setelah berfikir berpuluh2 kali dan atas nasihat rakan2 akhirnya saya terpaksa ubah “Able to work under pressure”

Weekend ni skill saya betul2 tercabar. Saya tengah bertarung sengit dengan masa. Walau dah mengunakan segala pencak silat Gayong, Cekak hatta Silat Pulut pon saya masih di pihak yang sedang mengalami kekalahan. Masa sedang mencekik saya. Nak bernafas pon terasa perit. Akhirnya saya terpaksa menggunakan Tai Chi. Kita lihat siapa yang kena…. Saya dah memaksa contractor saya,Ah Chong datang kerja semalam. Haha.. Tapi tak setel jugak. Nak paksa dia kerja arini macam kesian plak. Simpati adalah sikap yang tak baik..😛

Dear Ah Chong: Kalo lu tak bawak itu barang hari 1, wa naik itu Penang Bridge terjun bawah. Nnti wa jadi hantu wa pergi lumah lu tiap malam.

Katanya No problem Boss. Gerenti setel..” Mengapakah hati kecilku meragui kata2nya..Tapi itu hanya satu dari kerja yang bertimbun. Yang lain camne nih… isk..Isk..

Kenapa ini terjadi? Minggu lepas, seorang Application Engineer dah brenti kerja. Segala kerja dan masalahnya diperturunkan pada saya. Yang sedihnya seorang lagi engineer bercuti. Dan tamabah2 menyayat hati Marketing Manager saya jugak dgn gembiranya pergi melancong 2 minggu di Australia. Kata2 terakhirnya sebelum blah, “Don’t worry. I’ll check my email regularly. I will check from time to time”. Ternyata dia seorang yang mungkir janji. Hanya satu email diperolehi Jumaat lepas..2 patah perkataan jek.. “Any Updates?” Aduh2..demam ni Lai.. Maka semua kerja2 yang ditinggalkan terjunjung di batu jemala saya tanpa rela.. (Erk..batu jemala tu apa?)

Apa yang terbayang sekarang, esok..kat meja GM, saya berdiri. Puas di fire dgn machine-gun, di tembak dengan bazooka. Lepas tu di bambu cukup2.  Setelah lembik, disembelih dan akhirnya dibakar hingga jadik abu.. Huhu.. byk bersabar tuan GM di bulan Ramadhan yang Mulia ni.. Doakan saya dapat keluar dari tempat GM dengan selamat esok..

Terpanjang plak membebel. Sesi meluahkan perasaan.. heh.. Okes..sambung buat kerja.. Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Saja2

12 Komen di “Masa Pun Pandai Cemburu”

  1. labanon Says:

    Haha.. sikap itu juga diamalkan oleh saya secara turun menurun HOHOHO… skill nenek moyang perlu dijaga.. Sememangnya presure akan membuatkan kita menggandakan USAHA DAN KERJA. Tapi tak baik utk kesihatan kerana jantung terpaksa pump darah dengan cepat dari kebiasaa.. tapi takpe kot orang kata bersenam. keh2 apa aku merepek?

  2. aku Says:

    huhuhu.. memang ramai amalkan Teori Tekanan ni ek.. ke melayu aje😛
    teori tekanan ni high risk..
    bak kata pepatah mamat-mamat HYIP: high risk, high reward… huhuhu

  3. linn_comel Says:

    haha..cerita pasal keje last minute ni , saya mengaku saya juga salah seorang ygsuka bekerja last minute zaman belajar di Universiti dulu. Saya adalah salah seorang pengamal tegar, sehingga satu incident yang tak dapat saya lupakan berlaku. Seperti Fuad juga assignment buat last day, kira malam sebelum due date. Nak dijadikan cerita, malam tersebut blackout, sehingga tiga pagi..so satu apa pun tak siap, assignment terpaksa hantar lambat dan potong markah dikenakan sebagai penalti sbb lambat hantar. Walaupun jadi mcm tu still tak insaf juga.

  4. Slie Says:

    fuad ni mmg pengamal last minute tegar. dari zaman skolah lagi. pantang ada masa lenih, tidor. kat meja pun jadi. nasib baik skrg tak tido kat ofis..(agak je nih..) ker tido jugak?😆

  5. fiq Says:

    bro. sorry.aku demam panas. ujian tuhan bulan2 puasa nih. k bro. aku doakan kau, salam

  6. soulof99 Says:

    Heh… biasanya orang lebih berjaya bila ditekan berbanding galakan.😉

  7. E-One Says:

    Utk Slie, Fuad baik kat opis, tak pernah tidur, tapi kalo tido kat surau selalu kut… :)Fuad, soli aaa… pecah rahsia opis… hehehe… saya amat setuju work under pressure… selagi takder pressure, keje yg boleh siap sejam pun melalut sampai sehari… sehari till seminggu… tapi kalo work last minute tu, hemmm agak bahaya utk diamalkan… agaknya bila kita dalam keadaan selesa and takde pressure, kita lebih cenderung nak lepak2 and lengah2 kan…! mungkin itu kut sifat org Melayu yg menebal dlm diri kita, esp saya sendiri ni… bayangkan kalo kita semua buat keja siap and sblm masa yg ditetapkan, hemmm… entah betapa cemerlangnya kita yg dah cemerlang ni🙂 … hehhee… jom kerja kerana Allah and Umat Islam Umat Cemerlang…🙂

  8. akirasuri Says:

    awak!!chayo!!berusahalah…he he he…[walaupun lambat sikit]

    emmm saya pun suka buat segala benda last menet….dari study fnl, asgmt etc smua last menet…huhuhu….benda ni saya dah amalkan dari f2…ha ha ha…tu kena paksa masuk hostel, hohohoho…..tapi saya tetap saya…ya ya ya…

  9. walikard Says:

    LAst minute? zaman sekolah saya tak tergolong kat sini…bila masuk U yes, I am the one🙂 dan selalunya….yang last minute pulak yang best (amaran: jangan amalkan, langit tak selalu cerah ;-))

  10. ad3ck Says:

    sori kalau kiter berlainan ‘arah’..hehe..tp aku tak suke wat kejer last minit..setuju ngn ko, last minit nih ader kebaikan nyer..tp mesti ader keburukan kan? pader pendapat aku:

    2 kesan buruk wat kejer last minit:
    1. takut tak siap kejer..or kurang preparation (utk exam/presentation)..
    2. daya ingatan (lebih2 lagi klu exam) tak bertahan lamer..maknernyer, klu ko amek exam yg samer sebulan lepas ko amek exam tuh, susah da nak jawab..

    tapi kadang2 aku wat kejer last minit gak..hihi..

  11. Fuad Says:

    Labanon, Aku: Agaknya orang2 tertentu je boleh amalkan kot. Hahak..

    Linn: Stakat blackout tu biasa je Linn. Saya pecut pegi CC kat Ipoh semata2 nk wat esaimen.. Macam2 boleh jadi kalo wat keje last minute..

    Slie: Haha..teringat cikgu Mustapha ngan Cikgu Sazali.. Maafkan daku cikgu, memang x pernah buat latihan yang cikgu bagi.. tido lagi besh.. Slie.. mung ingat sket, dalam bilik tu kito duo jah tak stadi.. orang lain terbongkok2.. haha..

    Fiq: Patutlah senyap jek. Alhamdulillah dah sehat.. Terima kasih doakan aku..🙂

  12. Fuad Says:

    Soulof99: Hahak..mungkin jugak kot. Tapi dalam business tak dak sapa nk tekan kita. Motivasi je yang jadi pendorong utk terus berjaya..

    E-One: Aduh..abes bocor rahsia. Nasib baik takdak budak UTP, kalo tak abes kisah dari sekolah sampai keje dikantoikan…

    Akirasuri: Tenkiu..🙂

    Walikard: Ya betul. Jangan jadikan amalan..

    Ad3ck: I can never agree more than that.. heheh.. Itulah sikap buruk aku. Nk berubah nih..😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: