Arkib untuk Oktober 4, 2006

Financial Freedom – Suatu Epilog

Oktober 4, 2006

Salam pertemuan pembaca semua,

Hari ini saya nak buat sesuatu yang tak pernah saya buat di blog Almari Buku. Apakah benda itu.? Memberi ranking pada buku.. 🙂

Sabtu lepas saya singgah di Popular utk beli The Edge, tapi terbeli 2 buah buku iaitu Stock Performance Guide (keluaran Dynaquest) dan Secret of Self-Made Millionaires (dikarang oleh Adam Khoo). Komen pasal Stock Performace Guide boleh rujuk blog Main Saham. Saya bagi 5 bintang utk buku Secret of Self-Made Millionaires, memang antara yang terbaik saya pernah baca. Memandangkan saya tak baca abes lagi, saya tak masukkan dalam ulasan lagi.

Okeh.. pasal ranking yang saya bagitau tadi.. Dalam almari buku saya ada beberapa buku yang berkaitan perniagaan internet yang saya kumpul sejak tahun 2003 lagi. Untuk mengelakkan ada pihak yang tersinggung, saya rahsiakan nama buku2 tersebut.. 🙂 Berdasarkan penilaian saya 2 buku terbaik dalam kategori perniagaan internet ialah Rahsia Buat Duit Di Internet karya team Saifulsham (Syazwan & Sabri) dan jugak buku Secret of Self-Made Millionaires karya Adam Khoo. Walaupon Secret of Self-Made Millionaires bukanlah dalam kategori perniagaan Internet sepenuhnya namun kupasannya mengenai perniagaan internet di ambil kira.

Jika anda bertanya kenapa, Rahsia Buat Duit Di Internet adalah buku paling praktikal pada saya. Anda beli, baca, tgk VCD dan terus boleh buat website dan kalo bernasib baik boleh terus buat jualan pada hari yang sama. Sangat praktikal. Sementara buku Secret of Self-Made Millionaires memberi kupasan yang sgt mengujakan tentang perniagaan Internet dari segi keuntungan dan langkah-langkah2nya. Hasilnya, saya terus nak mendaftar Seminar Rahsia Buat Duit dengan Internet anjuran Team Saifulsham semalam. Malangnya pengambilan telah dihentikan. Huhu..

Apapon, saya nk berkongsi satu maklumat yang saya dapat dari buku Secret of Self-Made Millionaires yang saya rasa sgt penting utk diketahui. Ramai orang yang cakap nk capai Financial Freedom tapi tak sedar terdapat 2 lagi peringkat dibawah Financial Freedom perlu dicapai sebelum melangkah ke dunia kebebasan kewangan. Mengikut Adam, terdapat 4 peringkat kekayaan iaitu:

  1. Financial Stability – Dana anda cukup utk menampung kos hidup selama sekurang2nya 6 bulan (tanpa bekerja) dan anda memiliki perlindungan insuran secukupnya jika anda ditimpa kemalangan atau musibah.
  2. Financial Security – Hasil pelaburan anda memberi pulangan yang cukup utk menampung kos keperluan asas. Jika anda tak berkerja anda tak perlu merempat.
  3. Financial Freedom – Ini adalah peringkat yang diidam2kan oleh ramai orang. Hasil pelaburan anda cukup utk menampung kos gaya hidup anda sekarang tanpa perlu bekerja.
  4. Financial Abundance – Peringkat ini, pelaburan anda memberi pulangan yang mencukupi utk menampung kos gaya hidup yang anda impikan tanpa perlu bekerja. Lagi hebat impian hidup anda lagi lambatlah nk tercapai..

Jadi, buat satu langkah demi satu langkah dan Insya Allah boleh berjaya. Yang penting tetapkan matlamat, mulakan perancangan dan LAKSANAKAN. Sehingga bertemu lagi.

-Fuad-

Advertisements