Arkib untuk Oktober 5, 2006

Business Budak Kecik

Oktober 5, 2006

Salam pertemuan,

Masa saya bersekolah rendah dulu, permainan yang agak femes masa itu ialah main titik, main rugbi kertas, bola kertas, laga bijik getah, tepuk gambar dan macam2 lagi. Tak ingat dah.. banyak sgt.. Saya masih ingat ada seorang kawan saya memperkenalkan permainan baru. Sebenarnya taklah baru sangat tapi yang terbaru dalam sekolah tu lah.. 😛

Saya tak tahu jenis apa nama permainan ni. Permainan buku kot sebab istilah bahasa Inggerisnya ialah Game Book. Kalo dibandingkan dengan permainan komputer seolah2 main game RPG tapi dalam versi buku. Yang lebih menarik, kawan saya ni tak beli Game Book dipasaran yang sudah pastinya terlalu mahal utk budak2 sekolah rendah. Dia mencipta Game Book nya sendiri. Game itu sangat menarik dan dia mengenakan bayaran 20sen untuk bermain game tersebut sehingga tamat (tak kiralah mati atau menang, tapi kebanyakkannya tak sempat menang lagi dah mati). Sambutan yang menggalakkan. Saya sendiri pernah karang beberapa Game Book tetapi bagi main free je kat membe2.. Heheh.. Masa tu tak business minded lagi..

Apapon apa yang cuba saya ceritakan di sini ialah bagaimana seorang budak sekolah rendah juga boleh memulakan perniagaan dengan bermodalkan pen, buku tulis dan yang paling penting ialah idea. Satu lagi ialah cerita adik saya sendiri, Fitri.

Ayah saya selalu bawak balik barang2 dia kat opis yang tak dipakai. Salah satu ialah business card lama yang dah tak dipakai. Maka si Fitri ni cukuplah seronok dapat kad yang kaler2 macam tu. Nak dijadikan cerita, di bawak satu bekas business card Ayah saya tu ke sekolah. Balik dari sekolah dia dengan excitednya bagitau Mak “Mak, Yi dah jual sume kad Ayah. Yi jual 1osen 5 keping..” Marah betul Mak saya masa tuh. Esoknya Fitri terpaksa pulangkan sume duit member dia. 🙂

Apa yang saya dapat simpulkan, buat business ni tak lah susahpon. Budak kecik yang tak tahu apa2 pon boleh wat business. Untung tak ingat plak tuh.. Malulah sket (ditujukan kepada diri sendirik)

Cerita Selingan: 

Masa Sekolah Menengah saya pernah cuba karang Game Book yang bertemakan mata pelajaran Fizik. Sebab ramai kawan saya yang selalu cakap Fizik ni susah nk belajar dan saya pulak yang jenis suka mengajar guna cerita maka saya mulakanlah projek Game Book ni. Tapi malangnya tak sempat siap dan projek tu terbengkalai.. Buat Cikgu2..rasa2nya ada potensi tak Game Book berkaitan pendidikan utk dipasarkan di Malaysia nih..? Haha.. Idea tuh.. 😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Advertisements