Business Budak Kecik

Salam pertemuan,

Masa saya bersekolah rendah dulu, permainan yang agak femes masa itu ialah main titik, main rugbi kertas, bola kertas, laga bijik getah, tepuk gambar dan macam2 lagi. Tak ingat dah.. banyak sgt.. Saya masih ingat ada seorang kawan saya memperkenalkan permainan baru. Sebenarnya taklah baru sangat tapi yang terbaru dalam sekolah tu lah..😛

Saya tak tahu jenis apa nama permainan ni. Permainan buku kot sebab istilah bahasa Inggerisnya ialah Game Book. Kalo dibandingkan dengan permainan komputer seolah2 main game RPG tapi dalam versi buku. Yang lebih menarik, kawan saya ni tak beli Game Book dipasaran yang sudah pastinya terlalu mahal utk budak2 sekolah rendah. Dia mencipta Game Book nya sendiri. Game itu sangat menarik dan dia mengenakan bayaran 20sen untuk bermain game tersebut sehingga tamat (tak kiralah mati atau menang, tapi kebanyakkannya tak sempat menang lagi dah mati). Sambutan yang menggalakkan. Saya sendiri pernah karang beberapa Game Book tetapi bagi main free je kat membe2.. Heheh.. Masa tu tak business minded lagi..

Apapon apa yang cuba saya ceritakan di sini ialah bagaimana seorang budak sekolah rendah juga boleh memulakan perniagaan dengan bermodalkan pen, buku tulis dan yang paling penting ialah idea. Satu lagi ialah cerita adik saya sendiri, Fitri.

Ayah saya selalu bawak balik barang2 dia kat opis yang tak dipakai. Salah satu ialah business card lama yang dah tak dipakai. Maka si Fitri ni cukuplah seronok dapat kad yang kaler2 macam tu. Nak dijadikan cerita, di bawak satu bekas business card Ayah saya tu ke sekolah. Balik dari sekolah dia dengan excitednya bagitau Mak “Mak, Yi dah jual sume kad Ayah. Yi jual 1osen 5 keping..” Marah betul Mak saya masa tuh. Esoknya Fitri terpaksa pulangkan sume duit member dia.🙂

Apa yang saya dapat simpulkan, buat business ni tak lah susahpon. Budak kecik yang tak tahu apa2 pon boleh wat business. Untung tak ingat plak tuh.. Malulah sket (ditujukan kepada diri sendirik)

Cerita Selingan: 

Masa Sekolah Menengah saya pernah cuba karang Game Book yang bertemakan mata pelajaran Fizik. Sebab ramai kawan saya yang selalu cakap Fizik ni susah nk belajar dan saya pulak yang jenis suka mengajar guna cerita maka saya mulakanlah projek Game Book ni. Tapi malangnya tak sempat siap dan projek tu terbengkalai.. Buat Cikgu2..rasa2nya ada potensi tak Game Book berkaitan pendidikan utk dipasarkan di Malaysia nih..? Haha.. Idea tuh..😛

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

Explore posts in the same categories: Perkongsian Pengalaman

18 Komen di “Business Budak Kecik”

  1. hidet Says:

    Assalamualaikum.

    1st time saya dengar istilah game book..
    apa sebenarnye game book ni? macam menarik jek..
    boleh citer kan sikit?

    Wassalam.

  2. labanon Says:

    Wow.. hebat adik ko Fuad.. huhu dah busniess minded dah kecik2 lagi😀

  3. linn_comel Says:

    Fuad, cerita lah sikit apa game book ni,kalau bolakertas laga biji getah dan tepuk gambar ni, sayalah juara time kecik2 dulu.Tapi game book ni nampak mcm menarik jer..blh buat duit.

  4. fiq Says:

    game book…xsilap aku ada versi bahasa melayu gak kan? asal nye english, yang ape tu ala…wolf2 blakang die kan?

  5. ad3ck Says:

    tindakan adik ko bijak.
    dier mengambil kira target pembeli dan kualiti kad2 tersebut. 10sen 5keping. tak baper kisah sebab modal 0. klu 50sen 1keping mesti takder/tak ramai org beli. kecik2 lagi da ader strategi..macam labanon pnyer post terbaru pasal strategi perniagaan..:)

  6. aku Says:

    memang best aa adik ko.. kalo adik aku musti aku bangge hehe…
    dulu aku tak la pandai cari idea baru..
    just jual bende yang orang dah jual ->
    1. nasi lemak kerang,
    2. bende yang bleh buat label nama tu, apa kejadah nama dia ntah…

  7. walikard Says:

    Teringat zaman kecik2 dulu…game book saya tah kemana-mana peginya tah…anyway, budak2 yg ada idea berniaga tu memang saya salute..InsyaALLAH, bakal tycoon tu (ke dah jadi?)

  8. akirasuri Says:

    oh berbanding kimia, bio, fizik dan add math…saya paling tak suka fizik..ha ha ha…

    berniaga tak perlu ilmu tapi perlu kekreatifan…mengolah dari satu benda yang tak bernilai jadi benda yang hebat…contoh, jepun sendiri dah lakukan…

  9. Fuad Says:

    Hidet, Linn: Waalaikumussalam. Gamebook ni macam main game RPG. Dia macam novel dimana pembacanya adalah hero/heroin cerita tu. Jalan cerita dia plak ditentukan oleh pilihan2 yang dibuat oleh pemain game. Cth kalo jumpe monster nak lawan pegi m/s 10 kalo nk lari plak m/s 11. Untuk cth boleh rujuk: http://www.fightingfantasygamebooks.com/gamebooks.htm

    Labanon: Haha.. Lawak jugak kalo teringat mak cerita pasal tuh.. Die sengih jek..

    Fiq: Betul2. Ada yang dah dialih bahasa ke BM. Aku pernah beli satu. Macam2 tajuk ada.

    Ad3ck: Itu mmg untung tu. Berniaga tanpa modal.

  10. Fuad Says:

    Aku: Ok la tu. Sekurang2 buat jugak. Aku ni masa keje baru dok terhegeh2 nk wat business..

    Walikard: Dah lost contact ngan dia. Apa dah jadik tak taulah..🙂

    Akirasuri: Kreatif tu jugak adalah satu ilmu.. Btol tak makcik? heh..

  11. Hidet Says:

    Ohho..terima kasih fuad kerana terangkan..
    teringat dah..dulu kecik-kecik zaman sek ren pernah baca buku gitu..
    cuma tak tahu jek istilah dia Game Book..
    dulu citer penyiasatan ada..tapi tak ingatlah tajuk apa..


  12. Bagus jugak idea game book tu. Anak2 murid aku melopong je mulut bila aku mengajo Teknologi Elektrik……

  13. cikgubiz Says:

    Bagus ni pernah baca tapi susah jugak nak jumpa buku ni di pusat sumber sekolah aku…. kalau buat dengan Microsoft Power Point pun bagus ni.

  14. Fuad Says:

    Hidet: Sama2..🙂

    Roshaizul: Heh..boleh la try nnti..

    Cikgu: Idea bagus tu cikgu. Cikgu boleh jadi pelopor..

  15. wani Says:

    Hai…saya berminat betul untuk melihat sendiri macam mana bentuk game book tu…. di mana boleh saya dapatkan……? mesti best kan… saya ambil pendidkan dalam bidang fizik… so…. maybee ini dapat bantu pelajar agar lebih minat fizik…

  16. Fuad Says:

    Kalo nk tgk gamebook ni.. pegi kedai buku (cth: Popular/MPH) tanye katne gamebook. Selalunyer memang adalah. Kalo kat cni susah nk tunjuk.🙂 Satu lagi kalo betul2 serius nk buat gamebook pasal fizik saya leh tulun. Just reply my email..😛

  17. Fuad Says:

    Erk..bagi emel address tipu plak.. Anyway.. kalo betul2 serius leh contact saya.. emel: ahmadfuad.ibrahim@gmail.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: