Stay Hungry.Stay Foolish.

Salam pertemuan,

Semalam, seorang kawan bertanyakan pasal buku motivasi. Baru saya sedar yang saya takda pon buku motivasi kendiri, motivasi business je yang ada. Mungkin lepas ni kena start carik buku motivasi kendiri plak. Sape2 ada cadangan, amat2lah dihargai..๐Ÿ™‚

Teringat saya suatu email yang pernah saya dapat suatu ketika dulu yang memberi pandangan berbeza pada saya tentang kehidupan. Kandungan email tersebut ialah ceramah Steve Jobs sempena majlis graduasi Universiti Standford. Kepada sesiapa yang tak mengenali Steve Jobs, dia merupakan CEO Apple Computer dan Pixar. Ceramahnya berkisar kepada 3 cerita iaitu:

  1. Connecting the dots…
  2. Love and loss
  3. Death

Saya nk crita pasal menyambung titik-titik dalam kehidupan. Steve menceritakan bagaimana mak kandung dia begitu menginginkan dia belajar sehingga ke peringkat tinggi. Dia menceritakan bagaimana semua simpanan Mak dan Ayah angkatnya dihabiskan utk membiayaan pembelajaran dia, hidupnya yang susah di kolej dan akhirnya dia tak menghabiskan pengajian dia.

Adakah itu perkara yang malang? Steve Jobs tidak menghabiskan pelajarannya kerana ada mata pelajaran teras yang dia tak minat. Jadi dia tak ambik. Dia ambik yang dia minat saja. Salah satunya ialah mata pelajaran yang memang tak nampak langsung faedahnya iaitu kaligrafi a.k.a penulisan atau khat. Di situlah dia belajar tulisan San Sheriff, Arial dsan sebagainya. Ilmu inilah yang dia aplikasikan bila dibuat komputer Mac. Kaedah yang sama digunakan oleh Windows dalam Microsoft Word. Jika Steve Job tidak gagal dalam pengajiannya, maka hari iniย word editorย hanya mempunyai satu jenis font sahaja.๐Ÿ˜‰

Dia memulakan Apple Computer bermula dari umur 20 di garaj rumahnya. Pada umur 30 tahun dia dipecat oleh Apple. Bayangkan bagaimana rasanya di buang kerja dari syarikat yang ditubuhkan sendiri dari kosong. Bagaimana dia pergi meminta maaf tapi masih ditolak, dia hampir2 membunuh diri. Akhirnya dia kerana minat pada komputer dia menubuhkan syarikat NeXT dan Pixar. Apabila Apple menghadapi masalah, Steve Jobs dipanggil semula berkerja dan dengan teknologi NeXT, Apple kembali bangkit.

Sekarang barulah dia sedar berapa beruntungnya dia dipecat dari Apple dahulu. Jika dia tak dipecat, Pixar takkan wujud dan teknologi animasi tidak akan sehebat sekarang. Apple juga tidak akan se gah hari ini jika dia tak dipecat dan memulakan NeXT.

Menyambung titik2 dalam kehidupan hanya boleh dilakukan ke masa silam. Jika hari ini kita menghadapi masalah kehidupan yang teruk, kita tidak tahu apakah ia sebenarnya berguna utk masa depan kita. Sehingga tiba saat itu, barulah kita tahu kenapa Allah takdirkan peristiwa ini berlaku pada kita. Apapun yang berlaku, yang penting kita perlu sedar, semua ini pasti mempunyai kebaikkan yang kita belum tahu lagi. Hiduplah dengan sebahagia mungkin tanpa putus asa pada yag Esa.

Pada akhir ceramahnya, pesanan Steve Job pada para graduan ialah “Stay Hungry. Stay Foolish” Secara peribadi saya mengandaikan dia memesan supaya teruskan semangat dahagakan ilmu dan berani mencuba apa yang kita minat lakukan walau ia nmpak bodoh pada orang lain.

Kepada sesiapa yang berminat utk membaca ceramah lengkapnya boleh rujuk : http://news-service.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html

Kalo nak dengar ceramah plak boleh tgk you-tube : http://www.youtube.com/watch?v=60cDHb-tvMA

Tip: Blog Ad3ck ada cara untuk download you-tube ke komputer anda. Bila dah download, boleh didengar bila2 masa sahaja๐Ÿ™‚

Kebanyakkan orang berjaya di dalam dunia ni menghadapi kehidupan yang susah sebelum berjaya. Semoga ini memberi inspirasi buat insan yang ingin berusaha tanpa putus asa. Sehingga jumpa lagi…

-Fuad-

p/s: Peliknya ceramahnya Steve Jobs seolah2 tazkirah. Semuanya ajaran Islam yang diamalkan oleh orang kafir utk berjaya. Orang Islam apa cita plak.. Hurmm..

Explore posts in the same categories: Motivasi

16 Komen di “Stay Hungry.Stay Foolish.”

  1. aku Says:

    ya… aku memang sedar, orang putih yang berjaya sebenarnya melakukan apa yang Islam galakkan walaupun mereka tidak sedar.. contoh pada aku: Warren Buffet, dari kesemua quote yang diucapkannya, betapa dia tekankan membeli saham untuk memiliki syer keuntungan syarikat.. ini adalah sesuatu yang sangat betul.. sangat-sangat betul…

    bila aku baca post ko:
    “Sekarang barulah dia sedar berapa beruntungnya dia dipecat dari Apple dahulu. Jika dia tak dipecat, Pixar takkan wujud dan teknologi animasi tidak akan sehebat sekarang. Apple juga tidak akan se gah hari ini jika dia tak dipecat dan memulakan NeXT.”
    aku dah start menakjubi kebesaran ALLAH, tak sangka ko dah tulis pada perenggan lepas tu.. hmm.. very nice post!

  2. akirasuri Says:

    oh oh pakcik…
    emmm belajar dari kehidupan sendiri, ambil iktibar adalah cara untuk berjaya…fikir dengan penuh hikmah…jangan salahkan takdir…

    oh lab nak tutup…salam


  3. Cadangan buku motivasi kendiri
    1) Membina imaginasi cemerlang – dr tuah iskandar – alaf 21
    2) Nak ke tak nak – dr tuah iskandar – alaf 21
    3) Sibuk atau penyibuk – aku tak ingat penulis nya – pts publication
    4)Dare to fail – Billi Lim – hard knock factory
    5) Buku biografi mahatma ghandi (aku lupa tajuk dia, buku dari india, rm5 je kat popular)

    Itulah antara buku motivasi kendiri yang best penah aku baca

  4. ad3ck Says:

    tapi kadang2 biler manusia berhadapan ngn ujian yg dia nampak tak baik utk diri dia (cth dlm post ko: Steve kene pecat), tak sumer kuat utk menghadapinyer..aku kadang2 camtuh..salahkan yang lain, tp bukan diri sendiri..

    mungkin kener beli gak buku motivasi kendiri..

  5. dayah Says:

    ermm…very2 nice entry!!

  6. aminbakish Says:

    Sabar setiap kejadian.. mungkin ada hikmahnya..๐Ÿ™‚

  7. linn_comel Says:

    setiap keburukan yg berlaku pasti ada kebaikkan disebaliknya..

  8. acuterateh Says:

    Kita manusia ni jarang beringat pabila dikala senang tetapi pabila susah derita barulah sedar akan kesilapan. Kata orang “DALAM KESEMPITAN ADA KESEMPATAN”. Buku ni pun best jugak kalau dibaca.

  9. Hidet Says:

    Assalamualaikum.

    En Fuad, sila email saya di hidet@yahoo.com
    nak kasi ebook nihongo..
    minta maaf post kat sini..
    saya cuba cari En. fuad punya email kat blog ni tapi tak jumpa.
    letak kat mana yer?

    Wassalam.

  10. alhafiz3d Says:

    post dari En.Fuad semua best.


  11. […] Aku dah tengok video yang Fuad cakap. Bleh tengok kat pakdi.com […]

  12. walikard Says:

    Hebatnya orang2 yang berjaya…mereka melaksanakan ajaran Islam walau mereka bukan Muslim…itu rahsia yang ada pada kita, tapi kita tak pernah pun nak gunakan rahsia tu dengan sebaik-baiknya…begitu juga dengan “senjata” doa kita

  13. fiq Says:

    thanx bro!! =]

  14. cikgubiz Says:

    Best artikel Steve Jobs ni…. minat betul aku dengan icon2 Apple ni cun siot…

  15. Fuad Says:

    Aku: Trima kasih..๐Ÿ™‚

    Akirasuri: Wah..stay sampai lab tutup tuh. Jadik Nek Siak jaga lab ye..

    Roshaizulnizam: Terima kasih banyak. Cadangan beginlah yang saya nntikan selama ini.. Mekasih sekali lagi..

    Ad3ck: Setuju. Bersabar dan redha tu bukanlah sesuatu yang mudah..

    Dayah: Mekasih Cik Dayah..

  16. Fuad Says:

    Aminbakish, Linn: Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia2..๐Ÿ™‚

    Accuterateh: Urm.. itu tajuk buku ke tu?

    Hidet: Ok2.. Nnti saya emel. Wah2..bestnyer blajar bahasa jepun..

    Alhafiz3d: Terima kasih.. ni dah makan lom nih?๐Ÿ˜‰

    Walikard: Islam mudah lupa.. heh..

    Fiq: Welkam Chief..๐Ÿ˜›

    Cikgu: Sempoi je ye branding dia. Nnti leh wat branding duku.. ok x?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: