Arkib untuk Oktober 11, 2006

Roda-roda kehidupan

Oktober 11, 2006

Salam pertemuan,

Dikesempatan yang ada hari ini, saya nak mencoretkan sesuatu yang agak boring. Sebenarnya saya masih di’ligan’ oleh para bos2 berikut masalah kerja seharian yang semakin meruncing. Salah satu vendor saya dah buat hal dengan menjahanamkan motor terkecil didunia.. Harganya agak lumayan jugaklah, lebih dari sebulan gaji saya. Huhu.. Malangnya saya ni jenis tak pandai nk marah orang, jadik saya dah mintak bos saya yang bambu vendor tu.. 🙂

Apapun sebesar mana selaipun masalah kerja, kalo dibanding kan dengan masalah kehidupan, memang terlalu kecil. Paling teruk masalah kerja pon akan dibuang kerja je. Tapi masalah kehidupan akan menentukan jatuh bangunnya kita dalam kehidupan masa depan bergantung reaksi kita terhadap masalah tersebut.

Sebetulnya saat dan tika ini, saya mengalami zaman penderitaan. Tak perlulah saya menceritakan masalah tersebut. Kalo kehidupan ini ibarat roda, maka sekarang saya dah sampi semula di bawah. Sudah 15 tahun sejak zaman kejatuhan saya berlalu dan kini ia datang kembali dengan masalah yang terpernah terpikir pon oleh saya sebelum ni. Kalo di plot kitaran hidup saya:

Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> Zaman Biasa >> Zaman Kegemilangan >> Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> ????

Kalo diikut kitaran tu ada peluang saya alami zaman kegemilangan sekali lagi.. 😛 Takrif kegemilangan tu mungkin berbeza bagi setiap orang. Apapon disaat keadaan saya yang sebegini sekarang, seorang kawan saya yang baru kawen, isterinya didapati ada ketumbuhan dalam rahim. Seorang lagi ayahnya dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung, sudah seminggu lebih dia bercuti. Dan kawan saya sorang lagi bonda tercinta dimasukkan ke hospital tapi tidak dapat menemaninya atas sebab2 yang tak dpt dielakkan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Hurm… Semoga semua kawan2 saya di tabahkan hati dan dapat menempuhi ujian Allah dgn redha.

Sebelum mengakhiri keluhan hati kali ini, pesan As-Shahid Imam Hassan Al- Banna, 3 perkara yang perlu di peringatkan dibulan Ramadhan.

  1. Perbaikan Akidah
  2. Pengaturan Ibadah
  3. Pengaturan Akhlak

Untuk ulasan penuh boleh rujuk : http://www.dakwah.info/v2/?p=221

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

p/s: Sorry post kali ni macam mengarut jek.. tgh kene pressure.. 😦

Advertisements