Roda-roda kehidupan

Salam pertemuan,

Dikesempatan yang ada hari ini, saya nak mencoretkan sesuatu yang agak boring. Sebenarnya saya masih di’ligan’ oleh para bos2 berikut masalah kerja seharian yang semakin meruncing. Salah satu vendor saya dah buat hal dengan menjahanamkan motor terkecil didunia.. Harganya agak lumayan jugaklah, lebih dari sebulan gaji saya. Huhu.. Malangnya saya ni jenis tak pandai nk marah orang, jadik saya dah mintak bos saya yang bambu vendor tu..🙂

Apapun sebesar mana selaipun masalah kerja, kalo dibanding kan dengan masalah kehidupan, memang terlalu kecil. Paling teruk masalah kerja pon akan dibuang kerja je. Tapi masalah kehidupan akan menentukan jatuh bangunnya kita dalam kehidupan masa depan bergantung reaksi kita terhadap masalah tersebut.

Sebetulnya saat dan tika ini, saya mengalami zaman penderitaan. Tak perlulah saya menceritakan masalah tersebut. Kalo kehidupan ini ibarat roda, maka sekarang saya dah sampi semula di bawah. Sudah 15 tahun sejak zaman kejatuhan saya berlalu dan kini ia datang kembali dengan masalah yang terpernah terpikir pon oleh saya sebelum ni. Kalo di plot kitaran hidup saya:

Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> Zaman Biasa >> Zaman Kegemilangan >> Zaman Biasa >> Zaman Penderitaan >> ????

Kalo diikut kitaran tu ada peluang saya alami zaman kegemilangan sekali lagi.. :-P Takrif kegemilangan tu mungkin berbeza bagi setiap orang. Apapon disaat keadaan saya yang sebegini sekarang, seorang kawan saya yang baru kawen, isterinya didapati ada ketumbuhan dalam rahim. Seorang lagi ayahnya dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung, sudah seminggu lebih dia bercuti. Dan kawan saya sorang lagi bonda tercinta dimasukkan ke hospital tapi tidak dapat menemaninya atas sebab2 yang tak dpt dielakkan. Bumi mana yang tak ditimpa hujan. Hurm… Semoga semua kawan2 saya di tabahkan hati dan dapat menempuhi ujian Allah dgn redha.

Sebelum mengakhiri keluhan hati kali ini, pesan As-Shahid Imam Hassan Al- Banna, 3 perkara yang perlu di peringatkan dibulan Ramadhan.

  1. Perbaikan Akidah
  2. Pengaturan Ibadah
  3. Pengaturan Akhlak

Untuk ulasan penuh boleh rujuk : http://www.dakwah.info/v2/?p=221

Sehingga berjumpa lagi..

-Fuad-

p/s: Sorry post kali ni macam mengarut jek.. tgh kene pressure..😦

Explore posts in the same categories: Saja2

19 Komen di “Roda-roda kehidupan”

  1. labanon Says:

    Wah.. apakah zaman kegemilangan ecik Fuad? huhu begitulah kehidupan kita ibarat roda yang sentiasa berputar…😀

  2. akirasuri Says:

    hidup macam indek saham..ada turun ada naiknya..ada banyak untung ada banyak ruginya…hohoho…tabah..tabah..tabah…

    chayo fuad!!

  3. akirasuri Says:

    oh lupa…tengok tajuk entri ni teringat cerita roda-roda kotaraya…ha ha ha…

  4. linn_comel Says:

    2002-2003 adalah zaman kejatuhan bagi saya..memang jatuh merudum..cuma saya teringat zaman saya pelajar dulu, ada seorang tua mengatakan kepada saya, hidup saya penuh dengan ujian..cuma satu pesan saya..alami dengan tabah dan jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan iman dan akidah. Alhamdulillah saya boleh bertahan dengan penuh kesabaran. Sehinggalah hari ini..sedikit sebanyak perubahan kearah kegemilangan , walaupun tak segemilangan mana..tapi saya bersyukur..Alhamdulillah. Saya berjaya melepasi saat getir tersebut. Apa-apa pun kita kena bersedia dengan apa jua ujian ALLAH samada ketika susah dan senang..

  5. aku Says:

    Sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu, ada kesenangan
    Sesungguhnya selepas setiap kesusahan itu, ada kesenangan

    Semoga Allah tetapkan iman kita.

  6. Mohd Ashraf Says:

    Jadikan kesusahan itu sebagai salah satu pengajaran dalam hidup. Anda berjaya jika dapat mengharungi kesusahan tersebut. Anda juga tidak gagal, jika tidak dapat mengharungi kesusahan, kerana, anda perlu berusaha untuk dikatakan berjaya😀

  7. ali Says:

    Asam garam kehidupan je tu mr.Fuad. Semoga roda anda akan berputar kembali, dapat la kiranya dikecapi semula zaman kegemilangan sekali lagi.

  8. acuterateh Says:

    Roda tu akan terus berada di bawah sekiranya en. Fuad berhenti mengayuh, dan roda itu juga akan naik semula secara perlahan2 seandainya en. Fuad teruskan kayuhan. Kayuhan tidak semestinya kuat tetapi mestilah konsisten dan saya percaya kayuhan itu akan posti sampi ke kemuncaknya sekali lagi.

    Ingat, setiap dugaan yg diberikan ALLAh pada umatnya menghapuskan dosa-dosa silamnya……..ASSOBRU MINAL IMAN dan kemenangan pasti ada pada org2 yg bersabar.

  9. walikard Says:

    Memang roda kehidupan sentiasa begitu…oleh itu, kita kena bersedia untuk berada di bawah dan jangan terlalu excited bila berada di atas, kerana sudah pasti selepas itu giliran untuk kita ke bawah pula🙂

  10. aminbakish Says:

    baguslah en. fuad tak pandai marah orang…

    bila kita diuji, tanda Dia sayangkan kita…
    jangan sedih-sedih, jangan rungsing2,
    walau diberi derita pasti ada penawarnya..🙂

  11. cikguonline Says:

    Semoga En Fuad tabah menghadapis segala dugaan yang mendatang.

  12. ad3ck Says:

    Aku dari satu sudut tengok idup nih cam roda..tp aku belom penah mengalami zaman kegemilangan..

    Tapi sebenarnyer term roda tuh dalam erti kater lain qada dan qadar..

    Tul ker?

  13. chot Says:

    oo byk yg aku kurang lagi bila baca entry2 ko ni bro..

  14. Idaman Says:

    relax la mr Fuad. Hidup (bagi manusia yg masih waras) kalo takde ujian and dugaan ni bukannya nama hidup… Allah akan terus menerus menguji kita (tanda sayangNya)… setiap ujian ada motif tertentu… ini antara cara Allah nak tarbiah kita and utk add-on lg satu character baru dlm diri kita… myb dr seorang yg gelojoh kpd seorang penyabar. sbnrnya, sblm ujian Allah sampai, Dia dah kasi banyak amaran kecik sbg peringatan, tapi kita yg lalai, lama2 Dia akan kasi yg berat pulak. Contoh: kalo rumah kt lereng bukit selalu ada batu2 kecil jatuh, kalo tuan rumah still buat dono, lama2 batu besar lak yg jatuh menghempap rumah tadi. Cara terbaik utk menghadapi ujian hidup ialah dengan menjangkakan dan menghadapi kesemua ujian td. Insyallah, Allah akan uji kita ikut kemampuan kita, tak lebih, tak kurang. Jadi, ceria selalu dan jd kuat yer Mr Fuad… Jgn putus asa yer…

  15. starstreet Says:

    pada am sesekali kita bercerita tentang kehidupan adalah sesuatu yang tak salah… dan bukan mengarut… selain benda2 yang dah biasa kita buat… kadang2 perlu kita bercerita tentang kehidupan.. lagipun kita boleh bermusabah dan membetulkan apa yang dilakukan selama ini.. akhirnya kita akan sedar juga setiap perlakuan kita sama ada ianya benar, salah, dosa, pahala, baik, jahat dan sebagainya.. dan akhirnya kita menjadi seorang manusia yang cukup sifat2 yang diperlukan sebagai seorang manusia.. matila berfalsafah pulak hari ni…

  16. Fuad Says:

    Labanon: Heh.. taklah hebat sgt pon kot..🙂

    Akirasuri: Mekacih Cik Kira…

    Linn: Alhamdulillah..

    Aku: Insya Allah..

    Ashraff: What doesn’t kill you, makse you stronger.. Macam dragon ball plak😉

  17. Fuad Says:

    Ali: Satu motivasi yang bagus utk tidak mudah putus asa… tq..

    Acuterateh: Thanks..🙂 Tgh mengayuh dengan sepenuh hati sekaramg nih.. heh..

    Walikard: Harap2 dapat lulus ujian walau tak cemerlang, lulus pon jadiklah..

    Aminbakish: Huhu.. rugi la tak pandai marah orang.. heh..

    Cikgu: Terima Kasih..

    Ad3ck: Aku setuju dgn ko…

    Chot: Kita semua byk kekurangan bro…

  18. Fuad Says:

    Idaman: Mekasih..🙂

    Starstreet: Heh… btol gak ye.. Kadang2 blog ni jugak jadik tempat melepaskan perasaan..😉


  19. Roda-roda Kehidupan

    Tulisan ini adalah respons tidak langsung kepada catatan Fuad di Almari Buku.
    Kalau nak diikutkan, roda kehidupan aku sekarang ini berada di bawah. Ukuran yang aku gunakan adalah keseronokan untuk bekerja dan menyiapkan kerja.

    Semasa di atas : Aku ras…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: