Arkib untuk Oktober 30, 2006

Kerja? Persetan…

Oktober 30, 2006

Salam pertemuan sahabat sekalian,

Selamat Hari Raya semua.. heheh..sungguh lambat dan basi ucapan raya kali ni. Orang dah nk beraya puasa enam baru nk ucap Selamat Beraya. Uh..uh.. sesungguhnya saya tidak sempat melakarkan ucapan selamat utk sahabat sekalian tatkala berkejar2an menyiapkan kerja sebelum pulang beraya. Dikhuatiri tak sempat beraya dikampung halaman tercinta.

Alhamdulillah sempat jugak disetelkan bahana2 urusan dunia itu dan berjaya meraikan 1 Syawal dengan jayanya. Al-kisahnya suasana raya tetap diganggu gugat oleh tempias kerja yang cemburu dengan kehepian hati ini. Disebalik mengintai2 sipi, terkadang dicuit jua olehnya (nya disini merujuk kepada kerja) yang menyebabkan emosi dan mood saya agak terkilan. Apapun, permulaan hari bekerja sudah dicemari onar2 yang tidak enak.

Dahla semalam menaiki bas tambahan (berwarna biru dengan tatu K.I.L.A.N.G tercacah dibadannya), duduk pulak port yang tak bagus. Betul2 bawah corong pendingin hawa yang dah tecabut penutup. Sebagai makhluk kebanyakkan yang berdarah panas , keadaan ini adalah suatu penyeksaan duniawi yang agak meruntun jiwa (no offence pada para maffle dan land aligator sume).

Pagi ini, kereta buruk saya tidak dapat dihidupkan setelah seminggu lebih ditinggalkan. Mungkin merajuk barangkali.. Terpaksalah menyusahkan sahabatku.. heh.. Mekasih Acap. Jasamu akan dikenang sampai bila2.. Berbicara songsang perihal tekanan kerja, hari ni dek kerana sudah arakian lamanya wajah monitor tidak ditatapi, berbondong2 urusan sabar menanti..

Sebaik saja setel membaca emel dan semangat membuak2 utk menyental dan menonyoh muka keyboard, sekoyong2 datanglah Ah Chew. Riak wajah dan air mukanya memberi ekspresi yang agak mencurigakan. Walau malang tidak berbau, tapi kali ia dapat dirasakan dalam alunan suara sekujur makhluk bergelar boss..

Fuad, I need this to be your first priority. Big boss want to review it by 3. Make sure ready before that..” Oh.. Man… tidak sampai 10 saat kendian, saya sudah menular kehulu hilir, terbongkok2 menyiapkan projek segera. Sudah dilupakan hasrat utk mengisi tembolok yang asyik masyuk menyanyi riang.. Semua meeting dikanselkan. First priority lah katakan.. Sesekali, saya membuat penakulan tentang kerja.. dirumuskan dari persamaan garis lurus..

y = mx + c

y = ( a+ b) / x + ( d+ e)

dimana y = kualiti kerja, a = masa diperuntukkan, b = duit dibelanjakan, x = kuantiti kerja, d = ilmu pengetahuan dan e = bantuan rakan2..

Agak2nyalah, bagaimana hendak menghasilkan kualiti yang tinggi apabila a, b, d dan e terlalu sedikit tapi x meningkat. Jawapannya, memang mustahil dan kalo terpaksa jugak.. tekanan akan meningkat secara mendadak.. Saya cuba nk plotkan graf darjah kualiti kerja melawan tekanan, tapi sampai sekarang masih blank.. huhu..

Nk tahu apa yang berlaku ketika boss besar review? Simple but steady..Don’t send it. Poster is enough..” Hahahahak… Sesekali terdengar suara sayup2 si banduan yang baru terlepas.. “Ko penerajang jek boss tu. Tak tau ke dia sehari suntuk ko buat benda tu last2.. useless.. takde maknenyer…” Heheh..si setan ni baru terlepas dari belenggu sudah giat melakukan kerja onarnya mencemari hati anak adam yang mulus ini.. 😉

Sayugia hatiku, hari ini daku mengembeling tenaga, masa, urat saraf, akan tetapi setelah itu semuanya menjadi debu hanya dengan satu gelengan dari seorang insan bergelar General Manager.. Cesss…..

Pepatah Melayu ada menyatakan “Lembu yang bertanduk panjang..walau tidak menyondol tetap dituduh menyondol

Pepatah Arab pulak “Kuda tidak akan meninggalkan satu pokok sehingga adanya pokok yang lain

Pepatah CinaPermata tidak berkilau tanpa digilap, manusia takkan sempurna tanpa dugaan

Hahak.. Takde kaitan pon.. Okes.. Sehingga berjumpa lagi. Tahap kewarasan sekarang diparas amaran.. Surut sket dari pagi tadi diparas merbahaya.. Sorry merapu tak tentu pasal..

Pengumuman:

  1. Kepada sahabat yang ada masalah game Cash Flow tu, saya masih menjalankan investigasi dan jika sudah tersedia solusi nya nnti akan diperkhabarkan.
  2. Mulai hari ini sehingga Isnin depan, blog ni tak akan menyentuh pasal kerja dan perniagaan atau buku secara langsung. Maka, pada sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang ilmiah sket, sila kembali di minggu depan. Sape yang nk baca saya merapu.. heheh.. dipersilakan datang lagi esok.. 😛

Sahabatmu,

-Fuad-

Advertisements